Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Terdapat banyak suplemen Vitamin C ada dijual di pasaran. Tapi apa kelebihan dan perbezaan Vitamin C dari Shaklee ini dengan Vitamin C yang lain?
     
    Vitamin C Shaklee direka dengan sains pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam.

    Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. 
     
    Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. 
     
    Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
     
    7 Sebab Pilih Vitamin C Shaklee
     
     
    1. Menggunakan teknologi "Sustained Release' yang melepaskan 100 mg Vitamin C ke dalam badan setiap jam. Badan kita hanya mampu menyerap 100 ke 200 mg sahaja dalam satu masa. Jangan ambil yang tiada teknologi ini kerana ia suatu pembaziran.

    2. Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoid Sitrus untuk O meningkatkan keberkesanannya

    3. Nutrisi 1 tablet bersamaan 7.5 buah oren atau 6 cawan brokoli atau 119 biji lobak merah

    4. Dihasilkan dari ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif

    5. Dihasilkan pada tahun 1981 dengan teknologi "Sustained Release' yang pertama di dunia oleh Dr. Forrest C. Shaklee

    6. Diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat untuk diambil dalam jangkamasa panjang dam terbukti melalui kajian saintifik

    7. 1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C
     
    Jadi, bagi anda yang tidak dapat sepenuhnya sumber Vitamin C dari makanan, adalah disarankan anda mengambil suplemen Vitamin C sebagai tambahan. 

    Pilihlah yang berkualiti dari syarikat yang dipercayai seperti Shaklee.

    Nak cuba Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee ini, boleh terus contact Eina ok.



    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
     
    Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba boleh kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan.

    Sustained Release Vita-C Plus adalah Vitamin C Semulajadi. Antara perbezaan Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C jenama lain adalah

    ✔Mempunyai sistem perlepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamn C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

    ✔Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoids Sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.

    ✔Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.

    ✔Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.


    Di sini, kami memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang mungkin ditanya mengenai bahan terbaik ini yang menyokong dalam kesihatan badan

    SOALAN 1: ADAKAH LEBIH BAIK MENGAMBIL DOS VITAMIN C YANG LEBIH TINGGI PADA SATU MASA ATAU MENGAMBIL DOS VITAMIN C YANG KECIL SEPANJANG HARI?
     
     
    Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet. Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. 

    Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release System dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. 
     
    Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan. 


    SOALAN 2: SAYA MAKAN MAKANAN SIHAT TERMASUK BUAHAN DAN SAYURAN. PERLU KAH SAYA MENGAMBIL VITAMIN C?
     
     
    Kandungan vitamin C dalam buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. 
     
    Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 40 sen sahaja setiap biji!


    SOALAN 3 : SAYA MEMPUNYAI GASTRIK. SAYA DENGAR BAHAWA PESAKIT GASTRIK TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENGAMBIL SUPLEMEN VITAMIN C. 
     
     
    Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik. Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.
     
     
    SOALAN 4 : BERAPA BANYAK VITAMIN C YANG PERLU SAYA MAKAN SETIAP HARI?
     
     
    Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/hari. 

    Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari. 


    SOALAN 5 : SUSTAINED RELEASE VITA-C SHAKLEE MEMPUNYAI KOMPONEN YANG DIPANGGIL BIOFLAVONOID. APAKAH IA?
     
     
    Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. 

    Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang.
     
    Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.
     
     
    So, untuk anda yang nak cuba Vitamin C Shaklee boleh jer terus whatsapp Eina untuk order ok.


    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
     

    Continue Reading
    Siapa sini mempunyai jenis kulit kering? Jemput baca tips di bawah ya.


    Tekstur kulit kering biasanya kasar dan nampak kusam. Lubang pori-pori pula agak kecil. Jika tahap kelembapan bagi jenis kulit kering tidak cukup, ia boleh menyebabkan kulit menjadi merekah. Tanda-tanda penuaan juga akan nampak lebih jelas berbanding jenis kulit yang lain.
     
    Kulit kering terjadi disebabkan kulit memiliki kalenjar minyak dan tahap kelembapan yang sangat sedikit dipermukaan kulit. So, sebab tu setiap kali kita mencuci muka, kulit akan terasa kering.

    Lebih teruk lagi, garis-garis halus dan kedutan pada wajah akan mudah terbentuk sehingga menyebabkan kita akan nampak lebih berusia atau tua dari usia sebenar.

    Kalau anda sering menggunakan sabun, pembersih muka atau penyegar secara berlebihan, keadaan kulit kering akan bertambah teruk dan bermasalah. Faktor cuaca juga mempengaruhi keadaan kulit, contohnya apabila cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

    Bagi memastikan kulit kering tetap sihat dan bermaya, anda perlu pastikan kelembapan kulit kita mencukupi. Kalau anda memiliki jenis kulit kering, jom ikuti langkah-langkah di bawah

    Tips Penjagaan Wajah Kulit Kering
     

    1. Untuk tanggalkan solekan di mata, letakkan sedikit pembersih solekan mata yang berasaskan minyak pada kapas muka dan bersihkan kawasan mata dengan perlahan-lahan. Produk berasaskan minyak ini akan membantu mengurangkan kekeringan kulit. Tapi jangan guna berlebihan pula ya, boleh menyebabkan kulit terkena alahan. Mostly orang guna baby oil kan, boleh juga. tapi jangan guna berlebihan ok. 

    2. Untuk mencuci wajah, pastikan anda menggunakan pembersih wajah yang mampu menyingkirkan kotoran dan solekan yang terdapat pada permukaan kulit. Lebih elok guna pembersih wajah jenis gel oil cleanser macam Youth Gel Oil Cleanser ni. Buat sedikit urutan kemudian biarkan seketika, then bersihkan wajah dengan menggunakan kapas muka. Selepas itu barulah bilas wajah dengan menggunakan air bersih. Sebaiknya gunakan air sejuk untuk rasa lebih segar. Penggunaan air sejuk juga membantu peredaran darah pada kulit wajah.

    3. Langkah ini paling penting. Pastikan sapu pelembap wajah selepas mencuci. Sapukan dengan menggunakan hujung-hujung jari dalam gerakan bawah ke atas. Gunakan pelembap yang mempunyai tekstur yang pekat kerana ia mengandungi lebih banyak air berbanding minyak. Jika ingin bermakeup pastikan pelembap telah meresap ke dalam kulit dahulu kira-kira 15-20 minit.
     
     
    Skincare Untuk Masalah Kulit Kering
     
    Jika anda lakukan secara rutin dan konsisten dengan menggunakan skincare yang sesuai, boleh mengurangkan garis-garis halus pada wajah dan kedutan juga dapat dikurangkan. Kulit pun akan jadi lebih halus dan licin.
     
    Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering ok.
     
     
    Nak tanya vitamin atau skincare untuk kulit kering? 

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading

    Semalam ada dapat 1 parcel dari BellaAmmara. Seingat Eina memang tak ada order apa-apa pun dari BellaAmmara ni.

    Masa ambil parcel tu duk fikir juga, siapa plak yang hantar ni, kot la tersilap ke apa kan. Tapi nama & alamat betul dah.

    Masuk jer rumah terus la unboxing parcel tu. Excited punya pasal. Hehe

    Bukak jer kotak tu ada kad ucapan. Bila baca kad tu, terus bergenang airmata. Rupanya hadiah dari my mentor Nadiah Suhaidi. Patutlah hari tu tanya kita suka kaler apa. Rupanya nak hadiahkan telekung.

    Allahuakbar. Eina rasa tersentuh dan terharu sangat, bila baca ulang 2-3 kad ucapan tu sampai keluar jugalah airmata ni. Speechless.

    Master Nad ni bukan setakat mentor Eina dalam bisnes Shaklee ni jer, tapi dari beliau jugalah Eina dapat belajar banyak perkara termasuklah yang berkaitan dengan personal life. 

    Memang tak terbalas jasa beliau pada Eina selama ni. Terlalu banyak sangat kebaikan beliau pada Eina. Allah jer yang dapat balas semua kebaikan beliau. 

    Eina rasa beruntung sangat berada dalam bisnes circle yang sangat positif macam Shaklee ni. Sebab kita ada mentor yang akan guide kita dari zero sampailah kita dapat apa yang kita nak. Lepas tu selalu dapat hadiah. Hehe

    Betapa pentingnya kita buat bisnes yang ada mentor ni, sebab kita takkan rasa keseorangan. Bila kita down, mentor ni la yang bantu naikkan semangat kita. Mentor ni jugalah yang akan bantu kita kekal positif dan kuat.
     
    Inilah salah satu sebab kenapa Eina still setia dengan bisnes Shaklee ni more than 7 years dah. Syukur.
    Eina nak ambil kesempatan ni nak ucap ribuan terima kasih kepada mentor Eina iaitu Master Nadiah Suhaidi dan suaminya Master Amir kerana sentiasa ada dengan Eina sepanjang 7 tahun Eina berbisnes ni.

    Teruslah menjadi inspirasi kepada semua orang. Semoga Allah kurniakan Nad sekeluarga kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Akak sayang Nad Lillahi Taala. ❤🤗
    Continue Reading
     
    Kalau anda memiliki jenis kulit normal, anda sungguh bertuah. Kerana jenis kulit normal jarang menghadapai masalah yang serius.

    Antara ciri-ciri kulit normal adalah kulit anda mungkin akan mengeluarkan minyak yang berlebihan di bahagian Zon-T (hidung, dagu dan dahi), kulit anda cepat terbakar apabila terkena sinaran matahari dan selalunya selepas 10 minit mencuci wajah, kulit akan terasa segar dan lebih anjal.

    Bagi kulit normal, perkara yang perlu diutamakan ialah memastikan kulit kekal sihat, bersih dan tidak bermasalah. Ini bagi memastikan kandungan semulajadi minyak dan air pada kulit tetap seimbang.

    Sewaktu mencuci, pastikan wajah benar-benar dibersihkan dengan lembut dan berhati-hati supaya apa sahaja solekan dapat ditanggalkan. Sebaik sahaja wajah dibersihkan, pastikan wajah diberi pelembap ekstra bagi memastikan tahap kelembapan pada kulit seimbang.

    5 Tips/Langkah Penjagaan Untuk Kulit Normal

    1. Bersihkan solekan dimata dengan betul. Jika tidak ia boleh menyebabkan mata menjadi kemerah-merahan dan nampak letih. Jika anda memakai maskara atau eye liner, pilih pembersih solekan mata yang sesuai dengan jenis maskara atau eye liner yang digunakan.


    2. Cuci wajah dengan air bersih dan gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit. Urut wajah dengan perlahan-lahan selama 30 saat hingga 60 saat. Urutan wajah boleh melancarkan peredaran darah sekaligus membuatkan wajah kelihatan lebih berseri-seri.

    3. Bersihkan wajah dengan air bersih dan keringkan menggunakan tuala yang lembut dan bersih. Jangan gosok wajah terlalu kuat kerana boleh menyebabkan wajah menjadi cepat berkedut. Sebaiknya tekapkan tuala ke wajah dengan lembut sehingga wajah menjadi kering.


    4. Pakai penyegar wajah atau toner. Elakkan kulit di sekitar mata bagi mengelakkan ia menjadi kering atau kemerah--merahan

    5. Akhir sekali letakkan moisturizer pada wajah. Sapukan dari bawah ke atas. Teknik ini akan melindungi kulit dan lebih mudah untuk apply make up.


    So, jangan skip langkah di atas untuk memelihara kulit anda ok. 

    Skincare Natural Untuk Kulit
     
     
    Nak tanya vitamin atau skincare untuk kulit sihat? 

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
     
    Continue Reading
     
    1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO.
    Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna. ESP Shaklee mengangdungi Soya Non-GMO

    2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
    Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.

    3. Bagaimana ESP Shaklee berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
    ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

    4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.
    ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)

    5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
    Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

    6. Bagaimana nak kenal pasti pelanggan yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tahu yang dia alergik soya
    Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.

    7. Dari segi perbidanan Melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?
    Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.

    8. Berapa sudu yang sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?
    Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14 gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.
     


    9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil jadi sembelit? Tetapi ada juga yang ambil ESP boleh jadi kurus?
    Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, adalah perlu untuk minum air banyak (3Liter sehari) jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik serta melancarkan proses penghadaman

    10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
    Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).

    11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?
    Boleh, tiada masalah.

    12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
    Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

    13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?
    Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam

    14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
    Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

    15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
    Tidak

    16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
    Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.

    17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
    Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

    18. Bolehkah ibu yang menyusu anak G6PD ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
    Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.

    19. Orang gout boleh ambil ESP tak?
    Boleh

    20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
    Bergantung pada pemakanan ibu dan anak


    21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
    ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.

    22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
    Rujuk jawapan 10.

    23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.
    Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.

    24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
    Tidak. Boleh rujuk jawapan 9.

    25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
    ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit seperti kulit putih dan gebu.

    26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai untuk kanak-kanak?
    Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake.

    27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabeties?
    Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.

    28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?
    ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.

    29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dlm pengambilan?
    Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14gram protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-9gram setiap jam. Jadi dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.

    30. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
    Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.

    31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.
    Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.

    32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
    Tidak disarankan minum ESP yang telah luput tarikhnya.


    33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?
    Rujuk jawapan no 9

    34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
    Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.

    35. Bagaimana ESP mengekalkan kesegaran? Sebagai contoh banyak ESP produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain ESP bau pun kadang-kadang lain. Kadang-kadang pelanggan tanya kenapa bau ESP tidak sama untuk semua tin?
    Ini kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada ketika itu.

    36. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
    Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.

    37. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
    Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.

    38. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
    Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.

    39. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
    Kerosakan buah pinggang bukan disebaakan oleh faktor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.

    40. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
    Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.

    41. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil dan ibu menyusu?
    Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.

    42. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP sebagai healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna ESP?
    Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari

    43. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
    ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil suplemen seperti vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.

    44. Kenapa ada ESP berasa pahit?
    ESP tidak pahit. Sila report kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan.

    45. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?
    Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.
     
    46 Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
    Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.

    47. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita
    ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.
     
     
    48. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
    Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.

    49. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
    Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

    50. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
    Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

    51. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
    Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.

    52. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
    Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya adalah berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang

    53. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma.
    Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu

    54. Kenapa ESP mesti dibancuh dengan air sejuk atau suam? Tidak dengan air panas?
    Protein akan musnah jika dibancuh dengan air yang suhunya melebihi 40 celcius. Jadi, penting ESP dibancuh dengan air sejuk atau suam untuk memelihara protein dan khasiatnya.

    55. Bolehkah penghidap diabetes mengambil ESP?
    Boleh kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) adalah rendah iaitu 39.
    Kadar GI yang rendah bertindak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Tetapi adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
     

    So, untuk anda yang nak cuba ESP Shaklee boleh jer terus whatsapp Eina untuk konsultasi ok.


    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
     
    Continue Reading
    Allahuakbar, Allah Maha Besar

    Dia boleh berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu.

    Allah turunkan makhluk bernama Coronavirus ni merupakan satu teguran Allah yang sangat besar buat kita.

    Banyak sangat perkara yang tak disangka-sangka terjadi dan banyak juga perubahan kehidupan harian yang kita perlu buat secara drastik kan. Sama-samalah kita bersatu memutuskan rantaian Covid19 ini.
     
     
    Ini adalah 5 langkah yang boleh kita lakukan bersama keluarga bagi mengurangkan risiko daripada jangkitan virus tersebut.

    5 Langkah Mencegah Coronavirus Covid19

    1. Menjaga kebersihan


    Seringlah mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih untuk mencegah penyebaran kuman kepada diri sendiri dan orang lain. Tutup mulut dan hidung menggunakan lekukan siku atau tisu saat batuk atau bersin, dan segera buang tisu ke dalam tempat sampah yang tertutup.

    2. Hindari tempat orang ramai

    Tinggal di rumah dan hindari kawasan yang padat dengan orang jika anda harus juga keluar dari rumah. Jika anda memang perlu berada di tempat tersebut, pakai topeng muka dan bataskan pergaulan dengan orang ramai.
     
    3. Segera berjumpa doktor sekiranya tidak sihat


    Jika anda merasa kurang sihat disertai dengan demam, batuk atau kesulitan untuk bernafas, segera cari bantuan medikal. Sebelum pergi berjumpa doktor atau ke hospital, hubungi mereka dan sampaikan informasi lokasi terakhir yang anda kunjungi (jika ada) dan tanda-tanda penyakit anda.

    4. Hindari sebarang sentuhan dengan binatang


    Hindari bersentuh dengan binatang (hidup atau mati), pasar basah, dan jika boleh, elakkan produk yang berasal dari haiwan.

    5. Masak daging dan telur dengan betul

    Sediakan daging atau telur hingga masaksepenuhnya adalah hal penting untuk memastikan kebersihan makanan. Memasak daging hingga betul-betul masak akan mematikan bakteria berbahaya.


    Doa Perlindungan 
     
    Sambil kita membuat langkah-langkah di atas, jangan kita lupa meminta perlindungan daripada Allah SWT.

    Ini adalah doa-doa yang boleh diamalkan agar kita terhindar daripada bahaya dan penyakit yang memudaratkan. InsyaAllah

    Doa perlindungan daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit buruk

    Doa perlindungan daripada marabahaya


    Doa perlindungan daripada bahaya


    “Barangsiapa membacanya tiga kali ketika pagi hari, maka dilindungi dari segala sesuatu hingga sore hari, dan barangsiapa mengucapkannya tiga kali ketika sore hari, maka tak akan mengalami gangguan segala sesuatu hingga pagi hari.”

    – HR. Abu Dawud 4/323, HR. Tirmidzi 5/465, HR. Ibnu Majah 2/332

    Semoga Allah SWT selalu melindungi kita semua.


    Sumber: MuslimPro

    Continue Reading
     
    Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semua sekolah juga ditutup sepanjang PKPB. 
     
    Bila kerajaan umumkan PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya tempoh hari, Eina rasa agak lega sikit sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah fikirkan keselamatan dan kesihatan anak-anak yang masih bersekolah. Bila diaorang duduk kat rumah ni, InsyaAllah rasa lebih selamat la kan. 
     
    Bila kita tengok hampir setiap hari kes meningkat, Eina rasa PKPB ini adalah wajar.

    Tapi tak dinafikan ada juga pihak yang terkesan contohnya seperti peniaga-peniaga kecil. Eina harap ada jalan lain dan ada rezeki lain untuk kalian. InsyaAllah
     
    Kalau ikutkan Eina ada plan nak balik kampung dalam masa terdekat ni. Asalnya nak balik 10hb hari tu, tapi anak-anak semua kurnag sihat, termasuk juga Eina sendiri. So, Eina decide tangguh dulu la balik kampung tu. Mak, abah pun ada cakap, biarlah semua sihat dulu nanti barulah balik.
     
    Tiba-tiba dapat berita pengumuman PKPB plak, so memang tak kemana la. Dengan pelaksanaan PKPB ni, kerajaan pun dah tetapkan pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. So, kita redha dan tunggu jer la sampai keadaan reda ya.

    Tapi, kalau perlu bekerja merentas daerah, perlu ada pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
     
    Boleh download borang permit di bawah untuk korang yang terpaksa bekerja merentas daerah ya. Boleh juga diperolehi di balai-balai berdekatan.
     
    Borang Permit Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
     
    Atau korang boleh juga download di portal rasmi Polis Diraja Malaysia
     
    Sepanjang PKPB ni juga banyak aktiviti tidak dibenarkan. Antaranya termasuklah semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, dan termasuk majlis perkahwinan. So, nak beriadah, dalam pagar rumah jer la ya. Masa ni kesian kat anak-anak la kan. Tapi, demi keselamatan kita ikut ya.
     
    Kalau nak keluar beli keperluan rumah, hanya 2 orang sahaja dibenarkan. Bab ni, Eina selalu kirim kat husband lepas dia balik kerja jer. Sebelum balik rumah, mintaklah dia singgah mana-mana yang perlu. Okla tu.

    Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa. Ikut SOP yang ditetapkan la ya. Korang boleh baca info-info dalam lama web Majlis Keselematan Negara.

    SOP PKPB - Aktiviti Harian

     
    Waktu pandemik sekarang ni, walaupun duduk rumah Eina tetap concern bab kesihatan anak-anak. Eina pastikan imun diaorang kuat supaya tetap sihat. Eina memang tak missed bagi diaorang makan vitamin. 
     
    Apa sahaja yang boleh diaorang ambil macam Vitamin C, Multivitamin, Nutriferon (immune booster) memang Eina bagi jer. Mencegah lebih baik dari merawat kan. Selebihnya kita serah kat Allah. Mudah-mudahan dalam lindungan Allah sentiasa. Aminnn
     
    Bila anak-anak cuti sekolah ni memang jadual harian bertukar la. Sibuk melayan macam-macam kerenah diaorang.
     
    Kejap-kejap jadi tukang masak, kejap kang tukar jadi cikgu garang 🤓, pastu tukar jadi cleaner plak. Macam-macam profession ada. 😎

    Mujurlah memang amalkan vitamin Shaklee, jadi kuranglah juga rasa letih badan tu. Cuma letih emosi sikitlah. Normal la tu bagi ibu-ibu surirumah a.k.a WAHM macam Eina ni. Hehe. Macam mana sekalipun, tetap juga kena hadap. Syukur Alhamdulillah la, anak-anak tetap depan mata kan.

    Okla, lastly, jomlah kita sama-sama amalkan doa di bawah. Semoga Allah lindungi kita semua dari makhluk yang bernama Coronavirus Covid-19 ni. Aminn

    “Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” - (Hadith Riwayat Abu Daud)
     
    Mohon doakan kami kat Selangor, KL dan Putrajaya ni baik-baik sahaja ya kawan-kawan. 
     
    Terima kasih sudi baca. :)

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    About me

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Sijil Halal Shaklee

    Sijil Halal Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee untuk Masalah Eczema
      Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan ...
    • Testimoni - Abah Dengan Kisah Vivixnya
      "Disclaimer: Results may vary based on the individual" Selalunya Eina akan kongsikan testi dari orang lain. Tapi hari ni E...
    • Vivix Hadiah Istimewa Untuk Yang Tersayang
      Hari-hari terakhir promosi Vivix, saya kongsikan lagi testimoni seorang anak yang menghadiahkan kepada ayahnya Vivix untuk membantu dalam ma...

    Blog Archive

    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ▼  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ▼  Oct 2020 (14)
        • 7 Sebab Kenapa Perlu Pilih Vitamin C Shaklee
        • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C
        • Tips Kembalikan Kesegaran Kulit Kering
        • Dapat Hadiah Dari Mentor
        • Tips Penjagaan Wajah Untuk Kulit Normal
        • Soalan-Soalan Tentang ESP Shaklee
        • 5 Langkah Mencegah Coronavirus Covid19
        • PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya
        • Set Shaklee Untuk Turunkan Kolesterol
        • Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee M...
        • Hilangkan Kesan Parut Dengan Vitamin Cantik Shaklee
        • Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee
        • Promo Shaklee Oktober 2020
        • Kurus Dalam Masa 3 Bulan, Berat Turun Sebanyak 16kg
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top