Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barokah. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.
Eina ada terjumpa satu tulisan dalam facebook, tapi Eina tak ingat dapat dari mana. Tulisan ni Eina ada kongsikan kat fb Eina dalam 5-6 tahun yang lepas.
Hari ni Eina baca lagi and Eina rasa Eina nak simpan dalam blog plak. Sebelum tu, Eina nak minta izin dulu la kepada sesiapa sahaja penulis asal tulisan ni, izinkan Eina kongsikan dalam blog Eina ni ya. Terima kasih.
Ok, ini tulisannya
Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.
Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.
Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.
Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.
Kadangkala, tidak terjangkau dek akal fikir. Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya. Lalu tinggal kita yang harus memilih, mahu menjadi orang biasa-biasa atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa. Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.
Eina sangat suka dengan tulisan ni. Mungkin ada yang pernah baca and mungkin ada juga yang baru baca. Pada Eina tulisan ini memberi makna yang sangat mendalam.
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.