Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Hai semua, korang tau tak?


    Esok hari terakhir bulan September, jadi esok juga merupakan hari terakhir promo ESP ya. Beli sekarang dengan harga jimat.

    Beli 6 canister ESP
    > Free 1 canister
    > Free membership
    > Get Cashback

    Beli 2 canister ESP Discount 5%

    Cepat grab promo superb ni tau. Sangat berbaloi. 

    Jatuh Cinta Dengan ESP

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Assalammualikum  
    Ini kisah saya mula2 jatuh cinta dengan ESP.
    Memula saya cuba set family wellness  tanpa ESP.. saya start ambik ESP march 2014. Saya ambik sebab nk tambah tenaga je sbb selalu lesu n ngantuk2 kat office.. saya ambik waktu pagi seblm pergi keja.. tak pikir pun pasal  kulit masa tu.. pastu saya ada la add on herb-lax, alfalfa utk lawas.. tapi ESP mmng tak penah skip.. baru perasan mmng tak penah skip langsung.. mula la kwn2 office pun tegur.. kulit saya makin glowing.. hihi parut jerawat pun makin pudar.. yang penting pori2 makin mengecil dn skrg dh tutup hbs dah.. tona sekata.. makin anjal, gebu dan mulus.. baru2 ni en.somi tegur.. eh kulit awak makin putih dan licin.. jerawat pun hilang dah.. fuh.. rasa terawang2 bila en.somi puji.. hihi.. TU LA SEBB NYA SAYA CINTA SANGAT ESP SHAKLEE ni

    Khasiat ESP untuk Kulit

    ✔️ Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

    ✔️ Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

    ✔️ Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

    Jadi jangan lepaskan peluang grab ESP cepat. Hubungi Eina ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading


    Banyak sumber yg boleh kita gunakan untuk cantikkan kulit dan rambut. Jika anda ingin berjimat, boleh guna bahan alami sahaja. Selain mudah didapati dengan harga berpatutan, ramuan semula jadi ini juga sangat mujarab untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. 

    Hanya dengan menggunakan Yogurt, anda boleh cantikkan kulit dan juga rambut anda. Tidak perlu membazir wang membeli produk mahal. Syaratnya, anda mesti rajin dan disiplin merawat tubuh dan wajah anda.

    Jom kita baca untuk manfaat bersama
    1. Kulit lebih halus
    Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Caranya amat mudah, sapukan seluruh wajah dengan yogurt. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.
    2. Atasi kulit terbakar
    Bagi merawat kembali kulit rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.
    3. Bantu mengecutkan jerawat
    Bersihkan wajah, kemudian sapu yogurt secara nipis di bahagian berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas bersih. Jerawat akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut.
    4. Lebih cerah sekata
    Campurkan yogurt dengan pati lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Lakukan tiga kali seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya kulit lebih cerah berseri.
    5. Rahsia awet muda
    Tidak perlu ke pusat estetik untuk merawat wajah, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan tiga kali seminggu, wajah anda akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.
    6. Buang sel kulit mati
    Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta wajah, biarkan selama 15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan ini. Ini dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.
    7. Rambut lebih sihat, bersinar
    Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang, kering dan kasar. Lumurkan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.

    Semoga bermanfaat :)

    Sumbet: MW
    Continue Reading
    Assalamualaikum


    Lebih kurang seminggu juga Eina tak update blog ni. Agak sibuk dengan sambutan Hari Raya Haji di kampung. Mungkin agak terlambat juga nak ucap Salam Aidiladha pada semua. Hehe. Macam mana sambutan Aidiladha korang? Tahun ni Eina sambut di Johor, rumah mak abah Eina. :)

    Walaupun tak ada buat ibadah korban, tapi  sambutan raya tetap ada. Pada sebelah petang hari yg sama, kami buat Doa Selamat sikit sempena ulang tahun Ilham yg ke-4. Kebetulan birthday Ilham jatuh pada hari raya haji tahun ni. Tercapai juga hajat nak sambut birthday Ilham, walaupun serba sederhana. Yg penting Ilham seronok. 




    Alhamdulillah, besar dah anak bujang ibu. Syukur atas kurniaan Allah SWT yang sangat berharga untuk ibu dan ayah. 

    Ibu sayanggg sangat kat Ilham. Ibu doakan moga Ilham jadi anak yg soleh, baik budi pekerti, taat perintah Allah serta berbakti pada keluarga. Amiinnn Aamiinn Ya Rabbal Alaminnn.

    Ok, itu jer untuk entry kali ni, tunggu next entry ya. Salam Aidiladha semua :)
    Continue Reading


    Protein umumnya dianggap sebagai bahan pemakanan yang penting dengan lima fungsi utamanya. Lima fungsi itu ialah merangsang pertumbuhan dan penggantian tisu serta otot badan, membentuk antibodi, keseimbangan kandungan air, memelihara keseimbangan badan dan membentuk kompaun badan yang penting seperti beberapa hormone, enzim dan hemoglobin.

    Binaan asas protein merupakan asid amino. Asid amino mengandungi karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Kehadiran nitrogen membezakan protein daripada karbohidrat dan lemak.

    Protein merupakan komponen penting otot-otot, organ-organ dan kalenjar. Setiap cecair sel dan bahan kecuali urin mengandungi protein. Otot-otot, tendon dan ligamen di dalam badan dikekalkan oleh protein. Oleh sebab itu protein penting bagi setiap orang. Bagi bayi, susu ibu adalah sumber protein terbaik.

    Protein dibahagikan kepada dua kategori iaitu protein daripada sumber haiwan dan protein daripada sumber sayur-sayuran. 

    Protein daripada sumber haiwan adalah sumber protein lengkap dan mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan. Antaranya ialah daging lembu, daging biri-biri, daging kambing, ayam, ikan dan telur. Walaubagaimanapun kacang soya juga turut dikategorikan sebagai protein lengkap walaupun bukan daripada sumber haiwan. Protein daripada sumber sayur-sayuran pula adalah sumber protein yang tidak lengkap. Sumber tersebut ialah seperti kekacang, bijirin dan roti.

    Keperluan protein setiap orang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, saiz, tahap aktiviti. Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8, kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8 gram setiap kilogran berat tubuh dewasa.

    * Keperluan protein = berat badan (kg) x 0.8

    Contohnya, berat anda 45kg x 0.8 = 36gm. Jadi anda perlukan 36gm protein sehari. 

    Daging dan telur adalah contoh makanan yg paling mudah bagi mendapatkan sumber protein. Pada 100gm daging lembu terdapat 14gm protein sementara itu pada 100gm daging kambing mengandungi 27gm kandungan protein. Kandungan protein dalam sebiji telur pula sebanyak 6.3gm. Ada banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan proteinnya. Nanti Eina share pada entri akan datang ya. :)

    Keistimewaan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)



    ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi lengkap dengan semua asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan dan sukar kita dapatkan daripada diet harian kita. 

    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

    ESP kaya dengan protein dan kalsium untuk memberi tenaga berpanjangan. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. 

    Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
     
    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading

    Semua suka kulit putih gebu kan? Tak perlu rawatan mahal, ESP boleh bantu.

    Jom baca #shakleeeffect yang dirasai oleh Marissa & Aya Suria

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Saya dlu start kenal Shaklee sebab makan full breastfeeding set. Mulanya memang utk tujuan breastfeeding, nak ada tenaga dan nak susu banyak... Saya dari sebelum kawen lg memang ada masalah kulit yang teruk. Selalu naik jerawat kat area pipi dan dagu.. pastu jerawat tu xnak reda, so nampak la seketul jerawat tempek kat muka. Sebelum jadi SID xtahu pon ESP ni boleh buat muka kita cantik dan gebu.. lepas dah jadi SID baru buat research sendiri dan tau apa fungsi ESP ni.. Memang nampak sangat beza pada muka saya, kulit dah makin gebu, jerawat pon xde, kalau ada pon time period dan lepas bbrp hari dah surut jerawat tanpa bekas. Camana la xjatuh cinta dengan ESP  ni? 1 tong memberi EFFECT yang sangat banyak. Boleh buat badan bertenaga, susu badan meriah dan kulit pon cantek!!" - Marissa


    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Pengalaman saya dengan ESP. Starting diet dengan ESP. mengenyangkan dan beri energy even kita control mkn. after 1 month sy bertukar ke cinch.shake utk turunkan berat dengan lbih cpat  tp esp tetap pilhan hati untuk pelihara kulit saya. even minum jarang2 now semakin cerah kan..hihihi" - Aya Suria

    Ambil ESP dengan konsisten, bukan sahaja mengenyangkan dan beri tenaga, badan maintain kurus, kulit pun cantik dan cerah. Alhamdulillah, rugi tak cuba ESP yang sangat best ini.

    Apa tunggu lagi, nak rasa kesan macam Marissa dan juga Aya Suria, grab ESP yang sedang promosi sepanjang bulan ini. Boleh dapat Free Membership & Cash Rebate tau. Baca Sini

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
     
    "Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu apa-apa yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya manusia itu sangat suka meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim 14:34)

    Kita akan membahaskan mengenai kewajipan bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak terhitung. Imam Sya'rawi menulis di dalam Mukjizat Al-Quran bahawa lafaz kesyukuran itu sendiri pun diturunkan oleh Allah menerusi firmanNya bagi mengimbangi kurniaan nikmat-nikmatNya yang terlalu banyak.

    Apa itu Syukur?
    Syukur dari segi bahasa ialah suatu tindak balas yang baik sama ada menerusi perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan dan perbuatan yang baik sebagai menghargai kebaikan yang telah diterima.

    Dari segi istilah tasawuf, penulis menukilkan pendapat sebahagian ahli sufi yang menjelaskan takrif syukur

    #1 Ibn 'Alan al-Siddiqi
    Pengakuan terhadap nikmat yang diterima dan sifat suka membantu. Sesiapa yang bersifat sedemikian maka digelar syakur (orang yag bersyukur)

    #2 Al-Junayd al-Baghdadi
    Apabila kamu menyedari bahawa kamu bukanlah pemilik kenikmatan yang telah diperoleh sebaliknya ia milik Allah

    #3 Al-Syeikh Muhammad 'Abduh
    Apabila seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan Allah

    #4 Ibn 'Ujaibah
    Kebahagian hati atas nikmat yang diperoleh. Ia diiringi dengan mengarahkan seluruh anggota tubuh tunduk dan patuh kepadaNya serta mengakui dengan penuh rendah hati terhadap keluasan nikmat yang diterima oleh Allah.

    #5 Ibn 'Athaillah
    Sesiapa tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan sesiapa mensyukurinya, maka dia telah mengikatnya.

    Secara kesimpulannya dapat difahami bahawa kesyukuran ialah pengakuan sifat lemah para hamba dalam mengagungkan zatNya yang diiringi oleh perlaksanaan ketaatan padaNya semata-mata yang meliputi zahir dan batin.

    Mengapa Mesti Bersyukur?

    Syukur maqam yang tinggi meliputi hati, lisan dan anggota badan. Syukur merangkumi sifat sabar, reda, puji-pujian dan dibuktikan dengan amal. Oleh itu, Allah memerintahkan para hambaNya agar sentiasa bersyukur.

    "Ingatlah Aku, Aku akan mengingati kamu. Bersyukurlah dan jangan ingkar kepadaKu." Surah al-Baqarah 2:152)

    Rasullullah sendiri sentiasa menghidupkan malam dan berdiri di hadapan Allah dengan khusyuk semata-mata untuk menyatakan kesyukuran Baginda kepadaNya. Apabila ditanya, Baginda menjawab: "Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Baginda mewasiatkan kepada Muaz Ibn Jabal: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Muaz, agar engkau sekali-kali tidak lupa mengucapkan setiap selesai solat: "Ya Allah, tolonglah aku supaya tetap ingat kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan baik kepadaMu." (Riwayat Abu Daud)

    Al-Junayd dan Seorang Pemuda
    Ketika seorang pemuda yang ditimpa penyakit yang parah berkesempatan bertemu dengan al-Junayd, pemuda itu memohon doa untuknya agar penyakitnya itu sembuh. Lalu al-Junayd menasihatinya: "Wahai saudara! Ketahuilah, kesabaran ketika sakit bukti kamu bersyukur sewaktu sihat"

    Subhanallah! Betapa kesyukuran itu mesti diungkapkan dalam apa-apa jua keadaan sekalipun kerana nikmat kurniaan Allah kepada kita terlalu banyak dan tidak akan mampu dihitung. Bersyukurlah, kita akan dikurniakan kurniaan yang lebih banyak

    Oleh Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid - Solusi
    Continue Reading
    Tak habis lagi cerita "Haji Ilham" ni. Haha


    Masa jemput dia kat sekolah tadi, sempat sembang2 sekejap dgn Teacher. Alhamdulillah, teacher cakap Ilham baik jer, ikut jer apa teacher suruh. Walaupun nampak letih, tapi dia tak meragam.

    Balik tadi, sibuk dia tunjuk "Message Book" dia. Rupanya nak tunjuk Buku Panduan Simulasi Haji Cilik ni. Siap ada boarding pass lagi. Hehe

    Kita simpan sebagai kenangan dan sebagai rujukan untuk akan datang ya Ilham.

    ~~~~~
    Continue Reading
    Korang Tau Tak


    Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu hanya 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.

    Jadi ia sesuai diambil bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

    Kerana ESP membantu anda mengurangkan selera makan & ia mengenyangkan dalam jangka masa yang agak lama.

    Selain itu, ESP juga membantu kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru agar tidak menggelebeh.

    ESP ini adalah sumber protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Bulan lepas Eina dapat call dari seorang lelaki yang ingin mencuba Vivix untuk isterinya yang merupakan pesakit Stroke. Tapi masa COD, Eina jumpa dengan anaknya. Menurut anaknya, emaknya tidak boleh bergerak hanya terbaring malah makan minum juga melalui tiub. Allahu, besar ujian Allah berikan pada mereka sekeluarga terutamanya emaknya. 

    Kepada semua customer Eina, Eina selalu doakan semoga anda semua dikurniakan kesihatan yg baik dan semoga dapat manfaat dari vitamin Shaklee. 

    Beberapa hari lepas, Eina ada bertanya kabar & Eina harap ada berita gembira atau feedback yang positif setelah mengambil Vivix. Alhamdulillah, Eina dapat jawapan yg buat Eina rasa sebak bercampur gembira atas perubahan yg dialami.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Alhamdulillah, sejak mengamalkan Vivix isteri saya bertambah baik, sudah boleh berdiri dan tangan kanannya pun sudah boleh angkat"

    Ya Allah, Eina rasa syukur kerana dapat kongsi kebaikan Vivix dengan orang lain, rasa happy bila orang lain juga dapat manfaat dengan vitamin Shaklee. Syukur sangat-sangat, semua atas izinNya juga :)

    Vivix merupakan produk supplemen revolusinari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. 

    Didalam ujian makmal, ramuan Vivix® telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular. Salah satunya ialah KEROSAKAN DNA


    * Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix® membantu melindungi dan memperbaiki sellular DNA

    * Penimbuhan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
    * Ramuan Vivix® adalah 10X lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE


    Vivix sesuai diambil oleh semua golongan dan peringkat umur. Ia boleh digelar tonik ajaib yang bantu banyak jenis penyakit-penyakit kronik seperti SLE, Diabetes, Jantung, Kanser, Sistem Saraf dan sebagainya. 

    Lain-lain Testimoni Vivix di sini

    Anda ingin mencuba Tonik Ajaib ini, hubungi Eina ya :)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Hari ni Ilham ada Simulasi Haji Cilik Program di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam anjuran bersama Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM).

    Balik dari sekolah semalam, Ilham bawa 2 helai kain Ihram sekolah bekalkan. So, malamnya test pakaikan Ihram kat dia. Maklumlah ibu & ayahnya belum ada pengalaman lagi ke Tanah Suci Mekah. Dah cuba lipat-lipat, lilit-lilit, pusing-pusing, dan inilah hasilnya. Hehe


    Pagi tadi, semangat dia bangun awal dari biasa. Bangun sendiri tak payah kejut-kejut. Memang kena ada kat sekolah awal dari biasa pun. Semalam dah test cara-cara pakaikan Ihram kat dia, so pagi ni smooth je la. 

    Sampai je kat sekolah, semua dah berkumpul, yang lelaki pakai Ihram & yang perempuan pakai telekung. Comel-comel jer semua. Hehe. Lepas tu teacher pakaikan Secure Neck Bag, biasanya bag kecil tu utk letak passport & pass pengenalan diri. Sebelum berangkat, siap ada Azan dilaungkan. Macam bebetul je nak pergi Haji. Heeee. Ibu & ayah hantar Ilham naik bas jer. 


    Hari ni Ilham balik lewat sikit dari biasa. Ibu tunggu dalam 15min juga la. On the way balik rumah tu, seronok je dia bercerita walaupun nampak letih. Sambil tunjuk tag nama "Bakal Jemaah Haji Malaysia" & rambut yg digunting sikit masa aktiviti "Haji" tadi.


    Alhamdulillah, selesai aktiviti Ilham hari ni. Nanti kita pergi Tanah Suci Mekah satu family ya Ilham. InshaaAllah


    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Sejak beberapa minggu yang lepas, negara kita sekali lagi dilanda Jerebu yg agak teruk. Antara negeri yang terlibat dan teruk dilanda Jerebu ialah Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan dan juga Melaka.

    Apakah Jerebu?

    Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

    Punca-Punca Jerebu
    Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
    • Pembakaran Secara Terbuka
    • Asap Dari Kilang
    • Asap Dari Kenderaan
    Antara golongan yang berisiko tinggi terhadap Jerebu ialah golongan kanak-kanak, warga tua, manita mengandung, pesakit jantung dan respiratori serta mereka yang sensitif terhadap habuk. 

    Klasifikasi Tahap IPU dan Kesan Terhadap Kesihatan




    Gambar di bawah, Eina ambil bacaan setakat pukul 10.00 pagi tadi




    Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik, sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik atau hospital yang berdekatan bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk. Pastikan sediakan peralatan dan ubatan bagi mencegah atau merawat penyakit yang berkaitan Jerebu.


    Lakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengekalkan tahap kesihatan akibat jerebu. Pastikan keadaan persekitaran rumah anda sentiasa bersih. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa cuba berada di dalam rumah. Jika terpaksa pakai penutup hidung dan muka (face mask) yang sesuai seperti P100 dan N95.




    Basuh muka dan tangan dengan air bersih selepas melakukan aktiviti di luar. Jaga kebersihan dengan mandi dan membasuh tangan secara kerap apabila anda masuk ke dalam rumah. Kekalkan penghidratan dengan kerap minum air. Pastikan anak-anak anda minum air dan mendapat rehat secukupnya. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Gunakan kemudahan penghawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.

    Satu lagi cara untuk menguatkan sistem imun anda ialah dengan mengambil suplemen/vitamin bagi mencegah dan mengurangkan gejala apabila diserang penyakit selsema dan flu. Tingkatkan Imun Sistem Dengan Vitamin dan Kekalkan Penghidratan dengan Minuman Isotonik

    HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Rasa excited sebab blog ini dah bertukar kepada www.vitaminkesihatansejagat.com (semua tengok address bar ya, hehe).

    Yang paling best, Eina dapat beli harga domain dengan harga RM3.92 sahaja untuk 1 Tahun. Haaa, murah ke murah? hihi

    Tak percaya? Boleh klik link di bawah ya.

    https://my.godaddy.com/

    Di GoDaddy bukan sahaja boleh beli domain, boleh build website juga tau. Boleh tengok di website GoDaddy ya.

    Ok, macam mana cara nak beli dengan harga murah, boleh refer cara beli domain di sini

    Dah berjaya beli domain dengan harga murah, boleh refer cara tukar domain di sini

    Eina baru jer beli tadi, tak sampai 24 jam dah bertukar. Murah dan mudah dengan GoDaddy. :)

    Good luck!

    ~~~~~

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading
    Entri kali ni Eina nak share testimoni pengguna ESP yang bertujuan untuk legakan gastrik tapi dapat bonus lain juga. Kebanyakannya, consume ESP memang dapat kesan lebih best dari tujuan asal. 

    Bagaimana ESP bantu legakan Gastrik?

    ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang berkualiti tinggi dan tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

    Baca lanjut disini >>> Apa itu Gastrik? Tips merawat Gastrik.

    Ok jom baca sama-sama testimoni ESP :)

    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Assalamualaikum
    Saya takde pengalaman istimewa pun pasal ESP. Tapi first kenal shaklee sebab nk cari ubat gastrik. Dah tak larat mkn ubat putih tu dah. Bulan posa selalu miss posa. Tapi sejak amalkan esp, posa tak pernah miss. Saya dah tua, dah 54, dulu selalu check darah, gula & kolesterol naik turun saja, tapi sekarang ubat klinik saya tak mkn dah, walaupun doktor bagi, gula & kolesterol maintain, doktor selalu puji, tu buat saya bangga.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Assalamualaikum semua ;)
    Meriah nya testimoni dgn ESP PROTEIN SHAKLEE ni ★★★★
    Suka sbb byk manfaat dr Esp Protein ni. ...ct pun nak share pengalaman bila kita konsisten dgn ESP PROTEIN SHAKLEE ni♥♥♥♥♥

    Setahun konsisten dgn ESP PROTEIN ni.....
    Tujuan minum utk elakkn dr kene gastric sbb time keje tak MENENTU. ..selalu kene skip makan :(
    Alhamdulillah,  skrg no more gastric ;) ;)
    Tapi kita kene percaya la n amalkn pemakanan yg betul n sihat;)
    Alang2 gastric pun dah kurang, amek alfalfa sekali utk kurangkn simptom RESDUNG. ..
    Sekali lagi, Alhamdulillah. ..resdung yg DOKTOR kata dah teruk smp kene buat surgery, 90% improved ;);)
    Yg paling best, berat badan ct from 63kg-58kg , awesome!!!!!!
    Ni gabungan Esp Protein n Alfalfa ;)

    Terus buat keputusan jadi ahli ;) tq so much ummi ku Siti Khadhijah Ibrahim sbb perkenal kn shaklee ;)
    N now tambah kan lagi SR VIT C SHAKLEE ;)
    Lihat je la hasil kulit ku, awwww ;) :)

    Best kan;);)
    Pada sape yg tak try lagi ESP PROTEIN SHAKLEE NI,  cepat2 la try ;)
    Tak rugi, malah byk sgt manfaat nya ;)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading

    Menjaga kebersihan sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, kecantikan, dan kesihatan kulit. Dan semestinya kita kena rajin, ya rajin bersihkan diri, rajin bersihkan persekitaran dan sebagainya

    Jika anda selalu berada diluar bagi lakukan aktiviti seharian, bersihkan diri terlebih dahulu sebelum berehat. Ia juga membantu menyegarkan tubuh badan. Bila bersih dan segar, kecantikan juga akan terserlah. Sekurang-kurangnya, cucilah tangan dan juga kaki

    Sekali sekala luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun, anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cuba guna pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

    Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah anda. Pastikan anda rajin mencuci muka 2 atau 3 kali setiap hari. Basahilah muka dengan air hangat untuk membuka pori-pori kulit. Pakailah pencuci atau scrub wajah yang sesuai dengan kulit dan usapkan pada wajah dalam gerakan melingkar. Setelah itu, cuci wajah dengan air dingin sehingga pori-pori menutup kembali. Usap dengan perlahan dan betul-betul bersih.

    Bagi yang suka mengenakan make-up pastikan cuci dengan bersih agar wajah bebas bernafas. Terutamanya sebelum tidur pada waktu malam. Jika tidak, sisa make-up tersebut akan membuatkan wajah berjerawat dan menyebabkan munculnya bintik hitam. Wajah juga akan cepat nampak tua tau. 

    Selain itu, boleh sapu vitamin E atau krim malam sebelum tidur. Dan yang paling penting, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari untuk kekalkan kesihatan kulit. Akhir sekali, pastikan anda dapat rehat yang cukup ya :)

    ~~~~~

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    About me

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Sijil Halal Shaklee

    Sijil Halal Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee untuk Masalah Eczema
      Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan ...
    • Testimoni - Abah Dengan Kisah Vivixnya
      "Disclaimer: Results may vary based on the individual" Selalunya Eina akan kongsikan testi dari orang lain. Tapi hari ni E...
    • Vivix Hadiah Istimewa Untuk Yang Tersayang
      Hari-hari terakhir promosi Vivix, saya kongsikan lagi testimoni seorang anak yang menghadiahkan kepada ayahnya Vivix untuk membantu dalam ma...

    Blog Archive

    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ▼  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ▼  Sep 2015 (29)
        • Promo ESP di Bulan September Berakhir Esok
        • Yogurt Cantikkan Kulit dan Rambut
        • Ulang Tahun Ke-4 Ilham di Hari Raya Haji
        • Fungsi Protein Dalam Tubuh Badan
        • Takkanlah Tak Jatuh Cinta dengan ESP Lagi Kan.
        • Banyak Memberi Tanda Syukur
        • Kesinambungan Cerita "Haji Ilham"
        • Kandungan Lemak Dalam ESP
        • Vivix Beri Kesan Positif Pada Pesakit Stroke
        • Simulasi Haji Cilik Program
        • Jerebu Mengancam Kesihatan
        • Jom Beli Domain Murah
        • Testimoni ESP untuk Pesakit Gastrik
        • Siri Wanita Anggun ~ Rajin, Bersih #1
        • Cara-Cara Mengatasi Kulit Kering
        • Kepentingan Sarapan Pagi
        • Digital Weighing Scale Baru di Rumah
        • Badan Berasid atau Bertoksik
        • Kuatkan Memori, Bakar Lemak, Cantikkan Kulit denga...
        • Siapa Perlukan ESP Shaklee?
        • Cara Menghilangkan Masalah Sembelit
        • Kegunaan Ais Untuk Kecantikan dan Kesihatan
        • Siri Wanita Anggun ~ Sihat #2
        • Tips Ceria dan Cergas Sepanjang Hari
        • Rahsia Kentang
        • FREE Vitalea Sempena Ulang Tahun ke-100
        • Promo Sepanjang September 2015
        • Belon Badut Untuk Anak
        • Release Stress Sambil Cantikkan Kulit
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top