Sesetengah orang yang menghidap migraine turut mempunyai
symptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair.
Satu kajian besar-besaran mendapati, hampir 90% orang yang mengadu sakit kepala
resdung, turut menghidap migraine. Kajian ini diasaskan oleh GlaxoSmithKline,
syarikat yang menghasilkan ubat migraine. Oleh itu berwaspadalah jika anda
kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin juga petanda
migraine.
Migrain memang sukar untuk pulih. Namun dengan mengenalpasti
dan mengelakkan pencetus migraine dalam keadaan tertentu, anda boleh
mengurangkan penderitaan akibat migraine. Perhatikan 9 langkah pencegahan ini
mungkin boleh membantu anda.
Simpan Diari Sakit Kepala
Ia boleh membantu anda dan doctor memantau keberkesanan
rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan
yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum
bermulanya migraine. Ia juga boleh mengajar tentang pencetus migraine anda
Kawal Pendedahan Terhadap Rangsangan
Cahaya terang atau berkelip kadang-kadang boleh menyebabkan
migraine. Pakai cermin mata hitam pada hari-hari cerah atau musim sejuk
walaupun terang. Contohnya ketika terdapat silau dari salji, air dan bangunan
yang boleh mencetuskan tindak balas migraine
Cermin mata hitam perlu mengandungi kanta kualiti yang baik
dengan panel sisi. Sesetengah pesakit migraine mendapati bahawa kanta biru atau
hijau berwarna boleh membantu. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton
televisyen atau ketika menggunakan computer. Laraskan kecerahan dan tahao
kontras pada skrin computer dan televisyen. Kurangkan pantulan dari skrin
dengan penapis dan turunkan tirai atau langsir apabila matahari mulai terik.
Rangsangan bukan visual seperti aroma yang kuat perlu dielakkan.
Beri Perhatian Kepada Pemilihan Makanan
Ambil tahu tentang makanan, bahan tambahan yang boleh
menyebabkan sakit kepala atau elakkan daripada makan makanan tersebut. Makanan
dan minuman dengan kafein atau alcohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan
jumlah pengambilan kafein anda sepanjang hari. Amalkan diet yang seimbang,
makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein yang
berkualiti. Makan banyak bayam, serta telur, yogurt dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B
yang dapat membantu mencegah migraine.
Makanan yang kaya
dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel
dengan betul. Ia termasuklah kacang (terutamanya badam), cashews,
biji-bijian, germa gandum, kacang soya dan pelbagai sayur-sayuran.
Ikan berminyak juga boleh mencegah migraine. Makanlah ikan berminyak tiga kali seminggu
untuk meningkatkan pengambilan Omega-3 dan asid lemak. Jangan melangkau
waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migraine. Makan
sedikit dan lebih kerap untuk mengelakkan perubahan ketara gula dalam darah.
Minum air dengan banyak.
Hormon Memainkan Peranan Besar Dalam Migrain
Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala migraine
semasa pusingan haid mereka. Pada masa ini, wanita perlu berhati-hati dengan
diet dan rutin senaman mereka. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan
dan kesakitan migraine yang dialami.
Tidur Pada Waktu Yang Tetap
Tidur yang terlalu sedikit atau terlalu banyak turut
dikaitkan sebagai pencetus migraine. Selain daripada memastikan anda mendapat
tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangun secara
tetap. Gangguan kepada rutin jadual tidur bakal mencetuskan sakit kepala atau
migraine.
Ambil Ubat-Ubatan Sebagai Pencegah
Walaupun migraine boleh datang dengan atau tanpa ubat,
adalah sangat penting untuk mendapatkan nutrient yang sepatutnya. Mengambil
herba dan mineral tertentu dapat membantu menangkis migraine. Kekurangan
magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migraine.
Beri Perhatian Kepada Laporan Cuaca
Perubahan cuaca mempengaruhi migraine anda. Kelembapan dan
suhu panas boleh merangsang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk menyedari
keadaan persekitaran. Jika cuaca menjadi tidak selesa, anda mungkin perlu
berehat daripada melakukan aktiviti luar
Elakkan Tekanan
Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun
kita boleh mengawal bagaimana cara kita bertindak balas kepadanya. Migrain
adalah hasil biasa kejadian tekanan. Teknik relaksasi seperti meditasi, yoga
dan biofeedback boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, menenangkan badan
dan fikiran.
Senaman dan Lain-lain
Ada yang mengatakan bahawa senaman biasa yang tetap,
akupuntur, urutan dan rawatn kiropraktik dapat membantu mengawal migraine.
Namun, tiada bukti saintifik yang mengatakan kaedah ini berkesan. Ada pakar
sakit kepala yang telah melaporkan kejayaan dalam mencegah migraine menggunakan
suntikan botox
Suplemen harian boleh
membantu mengurangkan kebarangkalian dan kekerapan migraine. Kajian telah
menunjukkan bahawa pengambilan 400mg riboflavin sehari boleh membantu
mengelakkan migraine.
Antara cadangan suplemen Shaklee bagi membantu masalah
migraine ialah
1.
B-Complex
~ Mengandungi 8 komponen penting
vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12), termasuklah 100% biotin dan asid folik.
~ B-Complex Shaklee bertindak
melawan tekanan bagi memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan
sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
~ B-Complex Shaklee juga bantu
meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman sekaligus mengurangkan
masalah keletihan/kelesuan.
2.
Ostematrix
~ Ostematrix Shaklee mengandungi
kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
~ Ostematrix Shaklee membantu
meringankan stress, ia membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan
jantung, impuls saraf, penenang saraf
~ Ostematrix Shaklee mampu
menggalakkan tidur yang selesa juga mmeperbaiki jantung berdebar, gementar,
dapat memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
~ Magnesium di dalam Ostematrix ini
dapat membantu system saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan
tenaga, pengecutan saraf dan otot
3.
Omegaguard
~ Omegaguard Shaklee mengandungi
rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,
DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omegaguard dapat membekalkan
905mg-asid-lemak omega-2 EPA dan DHA.
~ Omegaguard Shaklee membantu
mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan
~ Kajian membuktikan bahawa EPA dan
DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam
perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan
(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit
schizophrenia.
~ DHA dan EPA boleh menentang
thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah,
melincirkan salur darah dan peredaran darah yang lancer. Oleh sebab itu, ia
efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher
atau sakit kepala.
Jadi, bagi anda yang ada tanda-tanda migraine atau
sememangnya mengalami migraine, perkara pertama harus anda lakukan adalah
bertenang, rehat secukupnya, ambil makanan seimbang dan amalkan suplemen bagi
membantu masalah migraine anda.
Ingin cuba suplemen Shaklee ini, boleh hubungi Eina dan
dapatkan konsultasi terbaik dari Eina ok.
~~~~~