Sejak negara kita diuji dengan virus Covid19, bertalu-talu juga Allah turunkan ujian pada keluarga Eina. Ujian kehilangan, ujian kesakitan dan macam-macam lagi ujian.
Allah uji kita sebab kita mampu, betul tak? Tapi, setiap kali kita diuji kita selalu minta tolong Allah & kita akan cakap kita tak mampu hadapi ujian itu. Sedangkan kita dah tahu, Allah turunkan ujian sesuai dengan kemampuan seseorang.
Setiap orang pasti akan diuji. Ujiannya pun berbeza-beza. Hari ni ujiannya lain, esok ujiannya lain. Orang itu lain ujiannya, orang ini lain ujiannya.
Kadang-kadang ujian tu senang dan tenang jer kita hadapi. Cepat jer kita muhasabah diri. Tapi, ada masa-masanya kita rasa berat sangat ujian tu, rasa tak tertanggung, rasa tak boleh nak terima. Lepas tu kita mula rasa down, kita menangis, kita mengeluh.
Macam-macam persoalan kita terfikir. Kenapa Allah uji aku? Kenapa Allah turunkan ujian macam ni pada aku? Apa salah aku?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286)
Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji sebab Allah rindu kita. Allah rindu kita sebut nama Allah. Allah rindu kita merintih minta tolong padaNya.
Bila diuji, cepat-cepatlah muhasabah diri. Menangislah depan Allah, mengadulah depan Allah. Mintalah dengan Allah. Allah lebih mengetahui. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Pengasih. Perbanyakkanlah Istighfar, sebab dengan Istighfar ia boleh menenangkan kita.
Setiap kali kita diuji, boleh juga amalkan doa ini “Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah
ganti dengan yang lebih baik.” (Hadis Riwayat Muslim)
"Cakap senanglah, tak kena kat kau"
Ya, betul, ujian kita berbeza. Apa yang jadi pada kita takkan sama dengan apa yang jadi pada orang lain. Allah kan sebaik-baik perancang.
Kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Yakinlah, setiap dari ujian itu pasti ada hikmahnya, pasti ada manisnya, pasti ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi. Allah uji sebab kita mampu.
Setiap kepayahan pasti diiringkan dengan kemudahan seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Insyirah,
ayat 5-6 yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi
ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan.”
Eina pun manusia biasa. Adakalanya rasa lemah dengan ujian yang Allah turunkan. Menangis tu salah satu cara Eina lepaskan apa yang Eina rasa. Always talk to Allah. Then, tak putus-putus berdoa kepada Allah mohon kekuatan diri, kekuatan iman, mohon perlindungan, mohon tunjuk jalan & mohon Allah kurniakan yang terbaik dari sisiNya pada Eina.
Selalu cakap dengan diri sendiri, InsyaAllah pasti ada hikmah. Takpe, Allah nak bagi yang lebih baik. And lepas tu Eina akan rasa lega sikit.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Tugas kita usaha sehabis baik, berdoa dan tawakal dengan Allah. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita. Sesungguhnya Dia adalah pemilik alam ini.
