Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Asssalamualaikum..selamat petang semua...
    Hari ni eina nak update sikit masalah-masalah biasa yang kita perolehi semasa mengandung...mungkin ia tidak berbahaya...tapi untuk sesetengah kes, ia perlu dititikberatkan...ok, ada tak yang tengah mengandung? ada masalah HB rendah tak? Selalu rasa letih?..salah satu sebabnya mungkin faktor umur kan...bila umur makin bertambah...makin kurang la vitamin dalam tubuh badan...tapi ada juga ibu yang muda seusia 19 tahun mengalami tekanan darah rendah.


    Bahaya tau HB rendah semasa hamil ni, bahaya untuk bayi, sebab ia boleh mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...malah boleh menyebabkan keguguran. Letih?? Memang sinonim dengan ibu hamil..maklumlah pembawakan budak..kalau ibu asyik letih..asyik nak tidur jer..boleh mengganggu perkembangan otak bayi jugak tau...asid folic pun sangat penting untuk ibu-ibu hamil...sebab asid folic ni membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

    Tau tak Spina Bifida tu apa??
    Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

    Spina Bifida

    Secara ringkas tentang keperluan asas vitamin untuk ibu-ibu hamil, jom baca sama-sama...

    Zat Besi  

    Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

    Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 
    Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
    • Keletihan, lemah badan.
    • Berdebar, sakit dada.
    • Kesukaran bernafas.
    • Anemia.

    Asid Folik

    Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

    Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.


    Asid folik menyokong:
    • Sistem saraf sihat
    • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
    • Penghasilan tenaga
    Vitamin C

    Fungsi pengambilan Vitamin C bagi ibu hamil adalah mempercepatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Selain itu ia juga menghasilkan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot  dan tulang-tulang fetus.
    Vitamin C juga bantu menguatkan sistem imun tubuh badan kita. Dapat mengelakkan ibu-ibu hamil dari terkena jangkitan demam dan selsema. Selain itu Vitamin C juga sangat bagus untuk bayi, ia menjadikan kulit bayi gebu, lembut, cerah. Malah menguatkan juga imun sistem bayi sejak dalam kandungan lagi. 

    Kalsium
    Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

    Pengambilan kalsium penting untuk wanita hamil untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.
    Jika ibu hamil kurang pengambilan kalsium boleh menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis). Ia adalah kerana bayi dalam kandungan akan menyerap kalsium dari tulang ibu. Ia juga bagus untuk ibu mengandung yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi (hypertension) kerana ia dapat menurunkan kadar tekanan darah tersebut.

    Protein
    Ibu mengandung memerlukan protein sekitar 75gram atau lebih 25gram dari sebelum mengandung. Protein sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ia merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi. Protein juga membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

    Omega 3 (DHA & EPA)
    Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. DHA & EPA sangat penting untuk pembentukan otak & mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan tindak balas keradangan. Ia juga mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti tekanan darah, pembekuan darah dan banyak lagi. Ketidakseimbangan hormon ini boleh membawa kepada penyakit.
    Dalam Shaklee ada set cadangan untuk ibu-ibu hamil bagi memelihara kesihatan ibu dan juga bayi dari dalam kandungan. Kesemua jenis vitamin-vitamin asas di atas ada di dalam set cadangan ini. Rujuk di gambar.

    “ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
     
    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading

    Vitamin Shaklee juga ada untuk ibu-ibu yang mengandung. Cadangan set kehamilan ini adalah bagi membantu ibu-ibu berasa sihat dan bertenaga semasa hamil. Secara tidak langsung, bagi ibu yang mengamalkan vitamin Shaklee ini juga dapat memberi kesihatan yang baik kepada anak semasa dalam kandungan dan selepas dilahirkan. In sha Allah….

    Cadangan vitamin Shaklee bagi ibu hamil terdiri daripada dua set iaitu set vitamin untuk trimester pertama dan set vitamin untuk trimester kedua/ketiga.

    set hamil, set hamil shaklee
    Trimester pertama (1st Trimester)
    √ Vita-Lea Iron Formula
    √ B-Complex
    √ Vita-C
    √ Ostematrix

    Trimester kedua/ketiga (2nd&3rd Trimester)
    √ Vita-Lea Iron Formula
    √ B-Complex
    √ Vita-C
    √ Ostematrix
    √ Omegaguard (tambahan)
    √ ESP (tambahan)

    Ok, mari baca fungsi kesemua vitamin ini bagi membantu ibu-ibu hamil di luar sana ;)

    Vitalea Iron Formula
    • Vita-Lea adalah multivitamin dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
    • Kaya dengan iron (zat besi) bagi membantu ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia.
    • Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
    • Menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi
    • Mengurangkan risiko pendarahan
    • Menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran 
    *** Ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi

    B-Complex
    • B Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik
    • Menguatkan jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
    • Menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
    • Mengelakkan diabetes
    • Mengurangkan perasaan stress dan tertekan, memberi ketenangan
    • Mengelakkan kekejangan otot
    • Membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
    • Mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
    • Mencegah Anemia

    Chewable VitaC
    • Menguatkan sel-sel dalam badan
    • Meningkatkan system pertahanan tubuh/menguatkan antibody badan
    • Membantu menyerap zat besi
    • Membantu dalam sintesis protein
    • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
    Ostematrix
    • Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D, Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium setiap hari
    • Mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
    • Untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
    • Mengelakkan kekejangan otot
    • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi
    • Merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi
    • Mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness
    OmegaGuard >> Tambahan (2nd & 3rd Trimester)
    • Membantu pembentukan sel otak bayi
    • Mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi
    • Mengawal paras kolesterol untuk ibu
    • Mengurangkan simptom kuat pelupa
    ESP (Energizing Soy Protein) >> Tambahan (2nd & 3rd Trimester)
    • Membantu memberi tenaga
    • Mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
    • Menjadikan kulit lebih sihat dan cantik
    • Memberi perlindungan untuk masalah eczema dan kulit sensitive
    • Kandungan soya dalam ESP membantu membaiki tisu-tisu dalam badan
    • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
    • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. 

    credit: sihatsejahterasokmo, babykawaiistore



    “ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Promosi Shaklee November 2020
        Hai semua, Eina nak share Promosi Shaklee untuk bulan November 2020 ini. Ok, bulan ni Shaklee sambung promo bulan lepas. Ada 2 Set Promo j...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya
        Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semua seko...
    • Sijil HALAL Shaklee 2020
      Sijil HALAL Shaklee untuk tahun 2020 sudah diperbaharui. Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil HALAL mereka yang dikeluar...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top