Kepentingan Vitamin-Vitamin Asas bagi Ibu Mengandung
5:39 PMBahaya tau HB rendah semasa hamil ni, bahaya untuk bayi, sebab ia boleh mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...malah boleh menyebabkan keguguran. Letih?? Memang sinonim dengan ibu hamil..maklumlah pembawakan budak..kalau ibu asyik letih..asyik nak tidur jer..boleh mengganggu perkembangan otak bayi jugak tau...asid folic pun sangat penting untuk ibu-ibu hamil...sebab asid folic ni membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
![]() |
Spina Bifida |
Zat Besi
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
- Keletihan, lemah badan.
- Berdebar, sakit dada.
- Kesukaran bernafas.
- Anemia.
Asid Folik
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Asid folik menyokong:
- Sistem saraf sihat
- Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
- Penghasilan tenaga
3 comments
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid folik untuk ibu hamil
ReplyDeleteThanks :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)