Salam hujung minggu semua.
Aktiviti hujung minggu Eina tak ada yang menarik pun. Tambah-tambah dengan musim hujan sekarang ni, nak keluar depan rumah pun tak dapat. Maka, pegun jasad dalam rumah sahaja. Haha
Seminggu sekali, dapur rumah Eina off, saja minta cuti masak dari husband. Hehe. Alhamdulillah, setakat ni lulus la. Tapi kerja lain on macam biasa. Tak apa la kan, dapat cuti masak pun dah happy tau. Betul tak ibu-ibu?
So, untuk minggu ni semalam hari Sabtu ialah off day Eina. Daripada breakfast sampai ke dinner beli makanan dari luar jer. Over tak? Haha. Sarapan pagi, husband beli nasi lemak, untuk tengahari husband beli nasi kukus ayam cincang (sedap ni). Untuk dinner, anak-anak request nak makan Dominos plak. So lengkaplah rutin makan untuk sehari. Maka dengan itu, kelaut la diet ibu semalam. Haha
Jadi surirumah ni kan, hari-hari pening duk fikir nak masak lauk apa. Mostly ulang-ulang lauk sama jer. Sebab kita masak ikut selera anak-anak and husband kan. Tu yang ulang-ulang lauk sama jer. Eina jer ker yang rasa macam ni eh. Tapi, macam mana sekalipun, ibu ikut jer la kan, asalkan semua makan.
Ok, semalam dah off, so hari ni on baliklah, masak macam biasa. Husband request lauk asam pedas ikan pari hari ni. Kalau masak asam pedas, memang kena ikan pari. Ikan lain tu dia kurang sikit. Lepas tu Eina masak sikit sayur taugeh goreng bubuh ikan bilis. Telur dadar memang wajib ada sebab favorite anak-anak. Untuk menu tambahan, Eina rasa nak makan kerabu mangga plak. So jadilah kerabu mangga untuk menu ke empat hari ni.
Okla kan, menu simple jer tu. Walaupun kita rasa simple, tapi kita akan rasa happy dan seronok bila tengok anak-anak dan husband berselera makan sampai bertambah-tambah betul tak?
Bila kita buat family kita happy, kita pun akan jadi happy kan. Selagi kita ikhlas bahagiakan keluarga kita, InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita.
Okla, saja jer nak cerita sebab entry lain belum siap. Haha














