Manfaat Jus Buah Untuk Kesihatan
9:30 AM
Ada tak yang
tak suka minum jus? Uishhh rugi la kan…jus ni sedap dan banyak manfaat, samaada
untuk kesihatan mahupun untuk turunkan berat badan. Jom baca sama-sama
Perangsang
tenaga berpanjangan
Anda sering
tidur lewat? Perlukan tenaga dengan segera? Elakkan mengambil kopi atau minuman
bergula. Minumlah jus buah-buahan segar bagi menjana semula tenaga yang hilang.
Pastinya anda akan kembali cergas dan cerdas
Detoks dan
membersih tubuh
Pencemaran, stress
dan pengawet makanan mengakibatkan toksin terkumpul di dalam tubuh. Dengan
pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran, berpuasa dan tidak mengambil
makanan yang berlemak, anda mampu mencapai kesan yang dramatic dalam kesihatan
tubuh secara keseluruhan. Jus segar membantu system semulajadi tubuh untuk
membuang sendiri toksin yang terkumpul di dalam
Perangsang system
imun
Gaya hiduap
yang sibuk dan penuh stress membuatkan tubuh memerlukan tenaga dan bantuan
tambahan bagi merangsang system imun tubuh daripada serangan pelbagai jenis
penyakit. Kuasa penyembuhan yang terdapat di dalam jus semulajadi merupakan
benteng pertahanan terhadap penyakit dan penuaan pra matang. Jus segar juga
membantu dalam mencegah dan menyembuh penyakit kanser
Mengekalkan
berat badan
Berita baik
untuk pengamal diet. Jus membantu anda mengurangkan berat badan. Ia kaya dengan
nutrisi dan serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar. Ambil jus ini di Antara
waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.
Khas untuk
wanita
Wanita
mempunyai keperluan zat nutrisi berbeza pada setiap peringkat umur. Jus
buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengurangkan symptom PMS dan menopaus.
Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum, semasa
dan selepas mengandung.
Tonik dan
ubat
Jus sesuai
untuk semua tidak mengira peringkat umur. Segala nutrient yang terkandung di
dalam jus sesuai dijadikan sebagai ubat dan tonik. Kalsium misalannya untuk
pertumbuhan sihat kanak-kanak, antioksidan untuk dewasa dan serat untuk warga tua.
Smoothies
& Shakes
Smoothies
merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus (bukan diambil jusnya) bagi
menyediakan segala keperluan nutrient dan serar dalam bentuk minuman yang
melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk menikmati makanan
sebenar, smoothies membekalkan cukup karbohidrat yang mudah ditukar kepada
tenaga, selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.
Kelebihan
Jus Buah
Ramai yang
tahu khasiat buah-buahan dan jus buah-buahan. Ia kaya dengan zat antioksidan
seperti vitamin A, C dan E selain membantu mengurangkan risiko sesetengah
penyakit kanser. Serat yang larut di dalam kebanyakan buah-buahan membantu
mengurangkan paras kolesterol darah. Buah-buahan yang berwarna oren misalnya
seperti betik dan buah oren kaya dengan bera karotena yang penting untuk
kesihatan mata.
Anda
disarankan untuk mengambil buah-buahan atau jus buah-buahan bersama sarapan
pagi. Lebih baik lagi, jika buah-buahan atau jus diambil semasa perut kosong
atau sebelum mengambil sebarang jenis makanan di waktu pagi. Ini akan
melancarkan system pencernaan. Makanlah sekurnag-kurnagnya satu sajian
buah-buahan = ¾ gelas jus buah-buahan = ¾ cawan buah-buahan kering.
Buah-buahan
tidak mengandungi kolesterol, rendah lemak dan kalori. Ia berkhasiat untuk
menurunkan berat badan. Selain itu, buah-buahan juga mengandugi mineral seperti
kalium dan kalsium untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Kombinasi
pelbagai jenis buah akan menjadikan jus lebih menarik. Selain itu, kombinasi
tersebut akan menambahkan khasiat pada jus itu sendiri. Pengambilan jus lebih
memberikan banyak manfaat kesihatan berbanding mengambil buah-buahan potong.
Khasiat jus kombinasi pelbagai jenis buah boleh melancarkan pencernaan,
sembelit dan kembung perut.
TAHUKAH ANDA
~ Satu cawan jus epal misalannya
mengandungi 15mg kalsium, 22mg fostor, 1.5mg zat besi, 2mg sodium, 250mg
potassium, 2mg vitamin C dan sedikit B kompleks.
~ Satu cawan jus tembikai pula
mengandungi 11mg kalsium, 12mg fostor, 0.8mg zat besi, 2mg sodium, 160mg
potassium, 940 IU vitamin A, 11mg vitamin C, 3.4 mcg asid folik, 17mg magnesium
dan 0.11mg zink
Sumber: RAPI Diet
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)