Sayur-sayuran dan buah-buahan berlainan warna membekalkan zat yang berbeza dan semuanya amat penting untuk kesihatan.
Kalau dapat mengambil semua warna sayur dan buah iaitu hijau, merah, kuning-jingga, putih dan biru-ungu setiap hari adalah lebih baik. Ini kerana setiap warna mengandungi fitonutrien atau nutrien tunbuh-tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel dan mempunyai manfaat kesihatan yang khusus.
Ok, saya nak cerita sikit kebaikan sayur dan
buah-buahan berwarna UNGU.
Biru-ungu: Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan. Ia boleh didapati daripada buah dalam tin, lobak ungu, beri biru, kubis ungu, anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bawang merah dan bit.
Menurut J.Scoot Smith,profesor kimia makanan dari Kansas State University buah-buahan dan sayur-sayuran ungu sangat baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.
Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi
antosianin,iaitu pigmen asli berwarna merah,biru dan ungu.
“Kini antioksidan menjadi bualan ramai.Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan.” Ujar Profesor Smith.
Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH,maka ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.
Antosianin biasa terdapat dalam buah beri seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima).

Menurut Smith lagi,terdapat beberapa makanan ungu
yang tidak begitu dikenali juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun penduduk
Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan lobak
ungu.
Hari ni, saya nak kongsi kebaikan LOBAK UNGU.
Dahulu, sebelum kurun ke-17, hampir kesemua lobak
yang ditanam berwarna ungu. Sehinggalah lewat kurun ke-16, penanam dari Belanda
mengambil strain mutan dari lobak ungu, termasuk
putih dan kuning dan beransur-ansur mengembangkannya kepada lobak merah yang
kita ada sekarang.
Apakah Kebaikan Lobak Ungu? Lobak memberi lebih nutrisi dari
yang kita tahu. Lobak ungu kurang popular berbanding lobak merah, namun ia
menawarkan banyak faedah berbanding lobak merah.
Tahukah anda, pada masa dahulu, lobak ungu digunakan sebagai ubat untuk merawat hampir kesemua jenis penyakit. Kajian yang dilakukan di Universiti Queensland, menunjukkan bahawa jus lobak ungu dapat menurunkan tekanan darah, menstabilkan gula dalam darah, dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan jantung.

Apa kelebihannya?
√ Lebih tinggi
antioksidan daripada lobak merah,
√ Mempunyai ciri-ciri
anti-radang. Ini boleh membuat mereka sangat berguna dalam rawatan artritis.
√ Bertindak sebagai
anti-virus, antiseptik dan antimikrob,
√ Mengandungi
anticarcinogens dan betacarotenes.
√ Mengandungi fitokimia
seperti karotenoid, polyacetylenes, isocoumarins, phenolic dan sesquiterpenes.
♦ Fitokimia mempunyai antioksida, anti-bakteria, dan pencegahan penyakit dan peningkatan kesihatan.♦ Anticarcinogens membantu mengurangkan risiko kanser dan juga membantu untuk melawan sel-sel kanser yang sudah hadir di dalam badan kita.
√ Menentang virus serta
jangkitan bakteria, seperti selesema, campak dan jangkitan dalaman saluran
kencing, mulut dan perut.
√ Mengandungi dos vitamin
A yang tinggi, yang mana membantu untuk mengelakkan arteri dari tersumbat dan
membantu mencegah strok.
√ Mengandungi
vitamin B, C dan E serta 'calcium pectate', yang merupakan sumber fiber yang
sangat baik, dan membantu menurunkan kadar kolesterol, dan mencegah degenerasi
otot.
√ Lobak ungu juga
dikenali untuk menyuburkan rambut, kulit dan kuku
meningkatkan kualiti
susu ibu.
√ Mengandungi satu bentuk
kalsium yang lebih mudah dihadam oleh badan kita
akar lobak telah lama
digunakan dalam merawat parasit usus, pencernaan, isu-isu tonsil dan sembelit.
Banyak khasiat lobak ungu yang kita tak berapa nak tahu ni kan...tapi rasanya kat sini agak susah nak jumpa lobak ungu ni..ia boleh didapati di dalam VIVIX. Yes, lobak ungu adalah salah satu kandungan yang terdapat di dalam Vivix. Bolehlah cuba Vivix sebagai alternatif untuk kita consume lobak ungu dengan lebih penyerapan.
Semoga bermanfaat :)