Friday, 4 March 2016

Sedut Ilmu Di Hujung Jari

Assalamualaikum. Salam Jumaat yang penuh barokah. Semoga kita semua dilindungi Allah hendaknya.

Ermm nak cerita apa ya? Hehe

Ok, tahun ni merupakan tahun ke-3 Eina berbisnes Shaklee dan hampir 2 tahun juga Eina serius berbisnes dari rumah dengan gelaran Work At Home Mom aka WAHM. Seriously sangat mencabar kerja dari rumah ni, walaupun semuanya online. Paling mencabar adalah dari segi pengurusan masa.

Alhamdulillah, bisnes Shaklee secara online ni sebenarnya mudah. Semuanya dihujung jari. Nak cari apa, info, tips or etc semuanya dihujung jari. Cuma kita kena pandai curi masa untuk bisnes sambil menguruskan rumahtangga. Jangan sampai rumahtangga terabai pula ya. Hehe

Shaklee juga ada menganjurkan kelas-kelas khas untuk agen yang berdaftar. Sesiapa yang ingin serius berbisnes, amat digalakkan utk pergi kelas-kelas anjuran Shaklee. Banyak ilmu dan manfaat yg boleh diperolehi untuk menjadikan kita seorang agen yang berilmu. Alhamdulillah Eina sudah hadiri beberapa bengkel anjuran Shaklee sejak Eina bersama Shaklee pada tahun 2013 dan berjaya memperolehi beberapa sijil yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee.


Selain itu, kelas-kelas online juga ada dibuat oleh Master-master bagi membantu downline yang lain mendapat ilmu. Ada juga kelas yang dikendalikan sendiri oleh Nutritionist Shaklee bagi memberi dan menerangkan info-info mengikut tajuk tertentu. Alhamdulillah sangat mudah berbisnes online bersama Shaklee. 

Boleh dikatakan setiap minggu ada kelas online dengan pelbagai tajuk bagi membantu dan berkongsi tips berbisnes antara semua agen. Tiada istilah ingin bersaing antara satu sama lain. Malah hanya di alam maya, kami semua rapat bagaikab sudah kenal lama dan boleh bertukar-tukar tips dan pendapat. Terutamanya sharing dari Master-master yang banyak memberi tunjuk ajar dan banyak memberi semangat pada semua downline tidak kira apa pangkat sekalipun. Anda nak anda buat anda dapat. Tiada paksaan dalam berbisnes dgn Shaklee. Hati perlu kental dan sabar.

Semalam berlangsung kelas online bersama Nutritionists Shaklee iaitu Sarah dan juga Celine berkenaan item promo bulan ini iaitu ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN.


Memang best. Rasa cinta makin mendalam lagi dengan ESP ni. Wahhhh hehe. Nanti Eina share lagi tentang ESP ni ya.

Hari ni ada kelas tentang Pengurusan Masa pula. Banyak ilmu boleh dapat disamping merubah kehidupan dgn lebih teratur dan lebih baik. InshaaAllah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...