Zinc Complex Untuk Rambut Gugur

10:34 PM

Siapa ada masalah rambut gugur yg luarbiasa…haaa maknanya gugur dengan banyak la yer…sila jangan abaikan pengambilan Zink…tak perlu tukar-tukar syampu selalu..lagi pun tak elok untuk rambut kalau selalu sangat bertukar syampu..

Eina memang ada masalah rambut gugur..bertambah teruk sejak bersalinkan Ilham..macam-macam jenis syampu dah guna..yg mahal..yg murah..boleh dikatakan semua pernah cuba…tapi still tak membantu…macam dah boleh nampak kulit kepala...ishhh risau betul...

Sejak berpantang Mia..Eina amalkan Zinc Complex bagi bantu pemulihan luka bersalin dengan cepat..ia sangat bagus…memang luka cepat baik..2/3 hari dah boleh jalan macam biasa…macam tak bersalin jer rasa.. :D. Tapi bonus lain pun eina dapat juga..iaitu rambut eina kurang gugur…kalau tak bersepah-sepah rambut kat lantai...sejak ambil Zinc...bila sikat rambut tak banyak yang tertanggal.

Habis pantang pun Eina still teruskan ambil Zinc Complex sampai sekarang dan akan teruskan sebab Zinc Complex membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ termasuklah rambut.

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.
Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah rambut gugur. Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur.


Zink ialah mineral yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir 100 jenis enzim iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.

Zinc Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.

Produk ini mengandungi alfafa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistematik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Jadi, jika anda salah seorang yang mengalami keguguran rambut yang serius, boleh cuba amalkan Zinc Complex Shaklee ini. Nanti eina cerita pengalaman eina berpantang dengan Shaklee pula ok. :)

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)