Impian Nak Ada Laman Rumah Besar dan Cantik
9:00 AMAssalamualakum, hai semua. Semoga sihat-sihat selalu ok :)
Beberapa bulan lepas mentor Eina dalam bisnes Shaklee minta kami semua tuliskan #100Impian dalam hidup. Mula-mula tu rasa "alamak banyaknya 100 impian nak tulis, macam tak cukup jer 100 impian tu". Tapi once dah tulis rupanya terlebih-lebih pula. Hehe
Hari tu Eina ada cerita tentang beli buku and ada share impian Eina nak ada 'Mini Library' kat rumah (BACA SINI). Nak ada mini library tu memang ada termasuk dalam list #100Impian Eina. Hari ni Eina sajalah nak share satu lagi antara yang termasuk dalam #100impian Eina iaitu nak ada laman rumah yang besar dan hijau macam ni.
Ya Allah, besar dan cantikkan laman rumah dia. Bestnya kalau ada laman rumah yang besar macam ni. Macam-macam boleh buat. Nak buat kenduri kahwin tema garden pun boleh. Hahaha
Eina suka tengok rumah-rumah yang ada laman macam ni. Ada tempat bersantai, boleh duduk rileks kat situ minum-minum ke kan. Lepas tu, ada ruang beriadah dengan anak-anak. Ada kawasan khas untuk bercucuk tanam. Boleh tanam sayur, tanam pokok bunga, nak tanam pokok buah-buahan pun boleh. Hijau mata memandang, tenang jer kan 😍
At least ada ruang sikit untuk tanam rumput hijau macam gambar kat bawah ni pun dah rasa seronok dah. Boleh jadi terapi and boleh tenangkan fikiran juga bila tengok hijau tu. Mak-mak memang macam ni eh. Haha
Depan rumah Eina sekarang ni penuh dah dengan tiles, memang tak ada rumput langsung. Masa mula-mula pindah dulu, letak la juga pokok-pokok dalam pasu sikit untuk hiasan, tapi sebab tak berapa nak jaga, habis semua mati kering. Haha
Sejak pertengahan tahun lepas, Eina dah mula berjinak-jinak bercucuk tanam semula. Ada yang menjadi and ada juga yang tak menjadi. Hehe. Eina cuba-cuba tanam sayur jer sikit-sikit, semuanya Eina tanam dalam pasu. Maklumlah rumah tak ada tanah kan. Kalaulah ada laman besar macam gambar 1st kat atas tu, macam-macam pokok boleh tanam. Hehe.
Okla, nanti Eina share lagi apa yang ada dalam list #100impian Eina. Semua orang ada impian kan, tak salah pun kita simpan impian. Mana tau, satu hari nanti jadi kenyataan. Doakan ya :)
24 comments
memang seronok kalau di rezekikan rumah berhalaman macam ni, kak ana walaupun halaman kecil macam2 pokok nak tanam Eina hehe :)
ReplyDeleteTu la, seronok kan. Saya yang tak ada tanah ni pun, rasa nak tanam macam2 juga kak. Hehe
DeleteMudah2an impian bakal jadi nyata
ReplyDeleteInsyaAllah, Aminn. Tq atas doanya. :)
DeleteMemang seronok kalau ada laman macam nie kan. Laman rumah Kak Sue tak ada lah luas mana pun, tapi boleh lah nak tanam-tanam bunga sambil lepak minum kopi.. hehehe..
ReplyDeleteWahh best dah tu boleh lepak2 sambil minum kopi. Hehe
Deleteseronok ada laman luas besar macam ni.. tapi lagi best
ReplyDeletekalau ada tukang tolong jaga kemas sekali hehehe..
Yes, itu betul. Hahaha
DeleteAmin. Best kan ada taman macam ni. Petang2 lepak minum teh. Kalau adik beradik semua berkumpul boleh buat barbeque. Apo la otak saya ni fikir makan je. Haha
ReplyDeleteBetul2. Dapat berkumpul adik beradik ramai-ramai buat barbeque tu, ishh bestnya. Kena pikir bab makan tu. Hehe
Deletesuka juga laman besar macam tu...tapi nak buat macam laman orang Jepun..minimalis sikit..
ReplyDeleteAah cantik tu, konsep minimalist. Best2
Deleterumah uncle sekangkang kera pun tak lepas... huhuhuhu
ReplyDeleteHehe ye ke uncle, rumah saya pun tak ada tanah uncle. :D
Deletecantiknya laman rumah akak, bestnya kalau creative nak hias rumah mcm ni... setiap pelusuk nak snap gambar cantik
ReplyDeleteItu laman rumah orang tu atie. Hahahha. Baru berangan jer ni nak ada laman mcm tu
Deleteatie salah paham betul haha igtkan laman uma kak eina..tapi ccantik kan.. teringin juga
DeleteHehhe, InsyaAllah satu hari nnt tercapai impian kita. :)
DeleteMmg best kan kalo ada laman besar bertanah, mcm2 kita boleh buat, gazebo, kolam ikan, air terjun, pokok2..ohhh...tak habis kalau nak sebut satu2..tapi at least tanam dlm pasu, ok juga..akk pun tanam dlm pasu je. Sejak benti kerja ni dah rajin membelek2 bunga, cantiklah juga laman ku yg cenonet tu.
ReplyDeleteBetul2, kalau ada laman besar sendiri memang berangan nak buat macam2 kan. Okla tu kak ada laman cinonet pun. Hehe
DeleteMemang best ada laman luas. macam macam boleh tanam dan buat landskap cantik. samalah kita kak, rumah tak ada tanah dipenuhi dengan simen dan tiles. Tanam dalam pasu je :)
ReplyDeletesemoga tercapai impian akak. Aaminnn
Geram je tgk gambar lanscape cantik2, tapi rumah penuh tiles. Hehe. Aminnn tq atas doanya. :)
DeleteInsyaAllah. Semoga dimurahkan rezeki kak ;)
ReplyDeleteAminnn. InsyaAllah. Tq Dila ☺
DeleteTerima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)