Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Korang ada masalah KULIT KERING?

    Eina nak recommend 2 produk dari Youth Skincare Shaklee yang boleh bantu selesaikan masalah korang.

    Inilah dia Youth Moisture Lock Day Cream dan Youth Advanced Renewal Night Cream.

    Fungsi Youth Moisture Lock Day Cream (Guna waktu siang)
    ✅Menghilangkan kulit yang kering dan ganti dengan penghidratan
    ✅Mengunci kelembapan dengan mendalam
    ✅Melembutkan kulit
    ✅Menarik air dan menahan kelembapan pada lapisan luar kulit
    ✅Mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kering

    Fungsi Youth Advanced Renewal Night Cream (Guna waktu malam sebelum tidur)
    ✅Menghidrat kulit dengan mendalam
    ✅Melembutkan kulit
    ✅Membantu membaiki sel kulit semasa tidur
    ✅Membuatkan kulit kelihatan muda, licin dan cerah


    Kenapa perlu pilih Youth Skincare?

    • Hipoalergenik, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
    • 100% Vegan, dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi
    • Bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya
    • Bebas kekejaman (tidak diuji ke atas haiwan)
    • Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
    • Diuji oleh Dermatologi (Pakar Kulit)
    • Diuji oleh Oftalmologi (Pakar Mata)
    • Hasil kajian R&D selama 8 tahun
    • Lebih 100,000 Ujian Kualiti dijalankan setiap tahun
    • Lulus KKM


    Ingin atasi masalah kulit kering? Boleh cuba 2 cream ini untuk penjagaan kulit siang dan malam dari Youth Skincare ini ok.

    Beli Youth Moisture Lock Day Cream & Youth Advance Renewal Night Cream ini korang layak dapat FREE Membership (worth RM35) & FREE Postage (worth RM10). Haa berbaloi kan.

    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina


    Continue Reading

    Tak sangka tahun ni tahun ke 7 Eina berShaklee.

    Dalam banyak-banyak brand suplemen, brand Shaklee ni lah satu-satu yang paling lama Eina consume. And InsyaAllah, takkan tukar brand lain.

    Eina start kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee asbab consume ESP & Vitamin C la. And ada beberapa vitamin lain juga. Ambil start Feb 2013 and sebulan lepas rasa kesan tu, Eina terus konsisten sampai la ke hari ni.

    Apa yang Eina rasa?

    Eina punya imun sistem jadi lebih kuat tau, kalau demam, cepat jer kebah. Lepas tu, badan rasa lebih bertenaga dan sihat, memang kuranglah rasa letih. Kulit pun jadi sihat tau. Jarang naik jerawat merata kat muka.

    Satu lagi, Eina memang ada masalah hormon. Period tak regular since bujang lagi la. Bila kawen tu, lagilah berterabur hormon jadinya.

    Tapi, sejak konsisten Shaklee, hormon Eina dah stabil. Period dah regular dah. Yang paling best, PMS memang takde dah la. Seronok aihh.

    Yes my life changed with Shaklee!

    And korang tau tak, Eina jugak berjaya conceive anak kedua asbab produk Shaklee juga.

    Bila kita sendiri dah rasa kesan produk Shaklee ni, why not kita share dengan orang lain supaya lebih ramai lagi rasa manfaat produk Shaklee yang bagus ni kan.

    So, Eina mulalah share produk Shaklee ni kat FB, kat blog dan juga IG. Haa kiranya nak start buat bisnes sampinganlah tu.

    Masa tu Eina still bekerja tau. So just share sambil-sambil jer la. Semuanya online jer.

    Eina ingat lagi, set pertama yang Eina berjaya jual masa tu ialah Set Menyusu, full set tau. Happy betul rasa masa tu. Hehe

    Eina tambah lebih semangat nak share tentang produk Shaklee ni bila customer bagi feedback yang best2. And mostly semuanya puas hati.

    Tak sampai setahun Eina bisnes sambil-sambil tu, Eina dapat naik 1st rank dalam Shaklee and merasalah bonus 4 angka. Tu tak termasuk untung runcit lagi tu.

    Kita bekerja, memang ada gaji tetap kan. Tapi, bila dapat lagi side income lain, 4 angka plak tu, ishh mau tak happy. Memang best la kan.

    Tapi sekarang Eina tak kerja dah. Resign Jun 2014 and terus buat full time Shaklee dari rumah sambil-sambil jaga anak. I'm super happy right now.

    Eina akan bertambah happy, bila Eina dapat tarik ramai lagi try Shaklee.

    Kita boleh buat banyak benda lain yang kita tak dapat buat sebelum ni.

    InsyaAllah hidup kita akan lebih bermakna

    Eina Md Ali
    Shaklee Independent Distributor since 2013
    Ibu kepada 3 orang cahaya mata

    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina


    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading

    YOUTH Skincare dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa. Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.

    2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH.

    Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan.

    Youth Skincare sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

    Jom kita tengok testimoni penggunaan Youth untuk masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam di bawah

    Testimoni Youth Skincare Shaklee
    "Selepas ambil injection depo, jerawat naik subur sangat. Konsisten sapu radiance C+E kat jerawat 3x sehari, pagi, tengahari lepas solat Zhohor & malam waktu nak tidur. Makin surut jerawat & parut juga makin pudarDarkspot tepi mata tu dah lama bermastautin di situ. 1 tahun bersama Youth Full Set dan disiplin sapu Radiance C+E, akhirnya semakin memudar"

    Testimoni Youth Skincare Shaklee
    Kulit lebih bersih & glowing, parut jerawat pudar, feel more confident.

    Testimoni Youth Skincare Shaklee
    "Selepas menggunakan Youth, kulit saya lebih lembap dan halus. Tona kulit semakin sekata liang pori semakin mengecil dan jeragat juga semakin pudar. Garis-garis halus atas hidung juga makin hilang"


    Testimoni Youth Skincare Shaklee
    Kulit muda 5 tahun dari usia sebenar, pori semakin kecil, tona kulit sekata, kulit lebih lembut dan cerah

    So, marilah cuba Youth Skincare yang sangat best ni ok. Eina akan guide korang sampai dapat kesan yang positif, wasap Eina ok.

    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina


    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Campuran sempurna Polifenol yang terdapat di dalam Vivix ini sangat membantu menambah tenaga dan menyembuhkan luka bersalin ibu-ibu dengan cepat.


    Hasil-hasil botani memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel. Terdapat banyak kajian klinikal dan sains telah merekodkan bagaimana polifenol dapat memberi kesan positif kepada sel-sel di dalam badan kita.

    Satu kajian makmal dari sebuah universiti yang terkemuka telah menunjukkan bahawa campuran polifenol dari Muscadine Grape dengan Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah dapat membantu meningkatkan tahap tenaga.

    Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel.

    Polifenol boleh membantu melindungi kerosakan DNA dan menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.

    Eina kongsikan testimoni-testimoni daripada ibu-ibu selepas bersalin yang mengambil Vivix sepanjang tempoh berpantang.

    Shieda masa 1st czer, pada usia hujung 20an, tak ambil vivix. Hanya ambil set berpantang dan add on zinc. Luka pun cepat sembuh dan kering.
    Untuk 2nd czer, usia 30an. Shieda ambil Vivix. Masa tu, rasa sakit czer kedua lebih teruk dari yang pertama.Tapi Alhamdulillah asbab ambil vivix rasa sakit tu kurang. Luka pun cepat kering. Badan pun rasa bertenaga sampai terlupa tengah pantang.
    Untuk 3rd czer, Shieda baru lepas habis pantang ni. Ambil vivix juga sebab dah tahu sakit czer macam mana.
    Pengalaman tak boleh lupa, czer ketiga ni muntah-muntah lepas czer. Sebelum ni tiada. Masuk makanan je muntah. Sampai menggigil tak bertenaga sebab makanan semua keluar. Doc dan nurse risau sebab nampak muka pucat sangat malam tu lepas 6 jam puasa.
    Dan shieda memang ada talesmia. Hb memang low. Malam tu jugak ambil vivix dan esok pagi nurse cakap muka dah tak sepucat semalam. Luka pun cepat kering dan baik



    Ain sempat perhabis vivix masa pantang, sebab tinggal sikit jer.
    Ini first time ceasar, luka kat kulit cepat kering. Hari kedua husband tegur dengan terkejutnya.
    "Dah cantum elok kulit, dan kering".
    Masa tu juga first time pantang ambil zinc juga. Siapa-siapa nak bersalin terus suggest berpantang dgn vivix & zinc juga.
    Risau juga sebab seminggu tu keluar masuk hosp (baby prem) & banyak sungguh bergerak sana sini.

    Ena nak kongsi pengalaman ena sendiri. Ada beza berpantang dengan set berpantang Shaklee bersama Vivix dengan tak. Dua-dua, ena dah rasa.
    Masa berpantang anak first tak ambil apa-apa suplemen, luka bersalin lambat baik. Even sebulan dan lepas berpantang pon kadang-kadang datang lagi rasa ngilu tu.
    Bila amal set berpantang Shaklee termasuk Vivix, dalam masa seminggu dah tak rasa apa-apa kat tempat jahit. Tapi Ena still jalan slow juga. Kena jaga juga.
    Sendiri rasa pelik dan teruja bila luka cepat baik. Badan pun cepat recover, bertenaga, dan kulit pon makin berseri.Ramai yang tegur, Ena tak macam baru lepas bersalin jer.

    Syida pun berpantang dengan set hamil shaklee fullset masa anak pertama dan kedua. Cumanya anak kedua syida add on vivix. Orang memang tegur cergas dalam pantang.
    Ena datang lawat Syida masa anak kedua cakap muka tak pucat langsung macam bukan tengah pantang. Luka dalam 2 minggu dah baik dan tak sakit dah. Syida bersalin normal kedua-dua anak.
    Masa bersalinkan anak kedua ni, luka kena jahit banyak sikit banding anak pertama sebab doktor terpaksa gunting, sebab baby dah lemas time tu.

    Saya bersalin baru ni pun emergency czer. Serius takut nak menghadapinya sebab tiada pengalaman czer.Tekad beli vivix sebab baca pengalaman orang yang berpantang dengan vivix ni best.
    Alhamdulillah luka cepat baik, tiada kesan pun luka tu, nampak macam garisan halus je sekarang. Pantang pun tak rasa macam bersalin czer, rasa macam bersalin normal ja. Lepas 3 minggu siap boleh mandikan dan menjaga kakak-kakak si baby (3 dan 2 tahun).
    Doc pesan jangan angkat benda berat, haaa itu memang jaga sampai sekarang.

    Jika anda ingin mencuba Vivix untuk tambah tenaga atau sebagai ikhtiar menyembuhkan luka bersalin, boleh hubungi Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Anda sedang hamil? Mesti banyak cabaran yang anda hadapi kan?

    Cabaran Ketika Hamil


    Apa jua yang kita lalui pasti ada cabarannya, begitu  juga jika sedang hamil. Semua golongan wanita bergelar isteri pastinya seronok bila dapat tahu hamil. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Cepat atau lambat itu semua kerja Allah, ia dah tertulis untuk kita.

    Sebelum hamil ada cabarannya sendiri apatah lagi jika sudah hamil. Eina sendiri pun pernah lalui pelbagai cabaran semasa hamil dulu. Setiap kehamilan, berbeza cabarannya.

    Hamil anak pertama cabaran Eina morning sickness sepanjang trimester pertama (yg ni normal kan). Eina langsung tak boleh makan nasi, confirm keluar balik, just makan bihun jer, itupun lepas makan muntah semula juga 😁. Masuk trimester kedua, Eina kena cramp sebelah kaki sampaikan nak solat pun susah, menangis dibuatnya, nak tidur malam pun tak boleh salah pusing. Fuhhh memang mencabar. Masuk trimester ketiga, Eina selalu kena pedih ulu hati sampai nak bernafas pun tercungap-cungap. Allahuakbar ☺️. Masa ni, Eina tak kenal Shaklee lagi, hehe 🤭

    Masa hamil anak kedua, Eina dah kenal Shaklee, tapi lain pula cabarannya 😊. Ishh panjang nak cerita, kena update entry lain nanti, hehe. Masa hamil anak ketiga 2 tahun lepas, lain juga cabarannya. Tapi since kenal Shaklee masa hamil anak kedua tu, Eina tak pernah kena lagi cramp kaki atau simpul biawak tu, pedih ulu hati pun tak ada. Nanti last entry Eina share vitamin-vitamin Shaklee yang Eina amalkan semasa hamil ya.

    Ok, jom kita tengok cabaran-cabaran yang biasa ibu-ibu hamil hadapi

    #1 Kekejangan Kaki

    Cabaran Ketika Hamil


    Haaa, yang ni la yang Eina hadapi masa 1st pregnant. Ia disebabkan berat badan berlebihan ataupun kekurangan nutrisi. Terlalu aktif pun salah satu penyebabnya. Kurang aktif pun boleh juga jadi penyebab kekejangan kaki ini. So amalkan tips seperti di dalam gambar ya.


    #2 Berat Badan Berlebihan

    Cabaran Ketika Hamil


    Ini normal bagi semua ibu-ibu. Sememangnya berat ibu-ibu akan bertambah, tapi perlu jaga pemakanan tau, ada berat yang sepatutnya ibu-ibu perlu ikut sepanjang kehamilan. Sebab ia akan mempengaruhi kandungan kita. So tanya doktor anda okeh. Alhamdulillah, berat Eina ikut normal sepanjang kehamilan (Shaklee punya sebab juga ni, hehe)

    Vitamin-Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil


    #3 Keguguran Rambut

    Cabaran Ketika Hamil


    Untuk cabaran ini, Eina hadapi masa hamil anak ketiga. Memang banyak sangat rambut gugur. Masalah ni berlarutan hingga sekarang 😌. Pastikan anda ambil cukup nutrisi untuk elakkan masalah rambut gugur ni berlarutan ya. Antara vitamin penting untuk kekuatan rambut ialah protein, zat besi, biotin, vitamin B, vitamin C dan juga Zinc

    Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil


    #4 Perubahan Emosi

    Cabaran Ketika Hamil


    Haaa yang ni memang semua ibu-ibu akan hadapi. Emosi kita akan berubah-ubah sepanjang kehamilan. Antara faktor utama emosi kita berubah adalah disebabkan terlalu letih dan tak dapat rehat yang cukup. So, please make sure anda cukup tidur okeh. Then, lakukan aktiviti yang menenangkan fikiran, jangan stress tau. Untuk maintain emosi perlu ambil vitamin B, zat besi dan juga asid lemak.


    #5 Jisim Tulang Berkurangan

    Cabaran Ketika Hamil

    Apa itu jisim tulang berkurangan? Semasa kita hamil, kebanyangan nutrisi dalam badan si ibu dan nutrisi yang kita ambil akan di serap pada kandungan kita. Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang cukup untuk perkembangan rangka tulang mereka, jadi bayi kita akan menyerap apa yang diperlukan dari tulang kita. Jadi, ibu-ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium. Jika si ibu tidak mendapat kalsium yang secukupnya, maka akan terjadi kekejangan kaki dan juga Osteoporosis. Jadi pastikan ambil Kalsium yang mencukupi ya.

    Ostematrix - Sumber Kalsium Terbaik Untuk Ibu Hamil


    #6 Mabuk Hamil

    Cabaran Ketika Hamil

    Cabaran mabuk hamil merupakan cabaran yang dilalui hampir semua ibu-ibu hamil terutamanya pada peringkat awal kehamilan atau pada akhir kehamilan. Tapi, ada juga yang mengalami mabuk hamil ni sepanjang kehamilan. Woww, memang mencabar. Pelbagai simptom mabuk hamil ni, seperti loya, muntah-muntah, sakit kepala dan macam-macam lagi. Cuba makan dengan kuantiti sedikit dan kerap, asalkan ada yang masuk ke dalam badan. Jika tidak, si ibu akan lemah dan tidak bertenaga. Boleh ambil Chewable-C Plus untuk dihisap bagi mengurangkan rasa loya.

    Chewable-C Plus


    Ok, ini merupakan cadangan Set Kehamilan yang Eina amalkan dulu

    √ Vita-Lea Iron Formula
    √ B-Complex
    √ Vita-C
    √ Ostematrix
    √ Omegaguard
    √ ESP
     

    Sebarang pertanyaan mengenai vitamin-vitamin untuk kehamilan, boleh whatsapp Eina ok. :)

    Continue Reading
    Alfafa dikenali sebagai "Raja Segala Makanan" dan makanan terbaik, Alfafa secara semulajadi berkhasiat, menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin.



    Haa, Alfafa Shaklee ni merupakan salah satu vitamin wajib untuk Eina. Memang kena ambil setiap hari. Banyak kesan yang Eina dah dapat dengan mengambil Alfafa secara konsisten. Antaranya ialah sistem penghadaman Eina lebih baik, memang buang segala toksin. Apabila, toksin dikeluarkan setiap hari, automatik, kulit juga bebas jerawat dan berat badan pun maintain jer, hehe. Dan paling best, masalah resdung Eina pun dapat di atasi. Memang superb. 

    Selain daripada tu, untuk ibu-ibu yang nak tambah susu dan nak susu lebih berkualiti, Alfafa juga boleh membantu tau.






    Alfafa berkhasiat secara semulajadi untuk anda yang lebih sihat.

    1) Menyokong Rambut Yang Sihat
    • Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala
    • Menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut

    2) Membersih dan Menyahtoksin
    • Membersihkan dan menyahtoksinkan hati
    • Membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk fungsi yang optimum

    3) Kesan Alkali
    • Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein
    • Mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan

    4) Membantu Dalam Penghadaman
    • Melegakan kembung dan gas yang berlebihan
    • Merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik

    5) Meningkatkan Sistem Imun
    • Merangsang pengeluaran sel darah putih
    • Bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif

    6) Mengurangkan Keradangan
    • Mengurangkan keradangan pada sendi
    • Menguatkan Sistem Imun 

    Ok, nak order atau nak tanya apa-apa, wasap Eina terus ya

    #shakleesubangjaya #shakleeusj
    #kedainutrisiusjsubangjaya


    Continue Reading

     

    Anda perlu lebih daripada Kalsium untuk tulang yang sihat dan kuat.

    Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu  mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.


    Bagaimana mengekalkan tulang yang kuat?

    #1 Mula Awal
    Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah semasa anda masih muda


    #2 Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-Bearing)
    Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang anda kerana ia semakin kuat ketika diletakkan dibawah tekanan. Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.



    #3 Buat Pilihan Yang Sihat
    Jalani gaya hidup dan dan kekalkan berat badan yang sihat.




    Kalsium
    Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat dalam tulang kita.
    • Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang sihat dan kuat
    • Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup
    • Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.

    Magnesium
    Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong:
    • Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium.
    • Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.

    Vitamin D
    Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu:
    • Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan.
    • Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

    Boron
    Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.
    • Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal.
    • Menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif

    Mangan, Kuprum dan Zink
    Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk:
    • Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang.
    • Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif

    Haaa, best tak Ostematrix Shaklee ni? Mestilah best. ;)

    Cepat grab bulan ni tau, promo beli 3 botol dapat 5% diskaun okeh. Berbaloi simpan buat stok. Macam biasa, wasap Eina terus ya.

    Continue Reading
    Hai semua,

    Eina nak share koleksi testimonial Ostematrix untuk anda semua. Eina memang suka Ostematrix ni, memang tak boleh tinggal. Maklumlah bukan jenis peminum susu. Makan Ostematrix setiap hari, setiap malam banyak kurangkan rasa letih dan lenguh2 badan Eina seharian. Memang best. Ostematrix ni bukan setakat bekalkan kalsium untuk tulang, tapi ia melawaskan. Korang akan rasa ringan je badan tu.
    .
    Kenapa Ostematrix ni best? Sebab selain kalsium, dalam Ostematrix ni juga ada mengandungi Magnesium, Vitamin D dan mineral iaitu Zink, Kuprum dan Mangan bagi mengekalkan kelancaran fungsi tubuh.


    Bayangkan kalau tulang korang rapuh, mesti semua kerja pun tak jadi kan. Sebab sini sakit, sana sakit, jalan tak boleh, berdiri tak boleh, duduk pun tak selesa. Jadi jangan abaikan pengambilan kalsium harian korang ok.
    .
    Ok ini antara koleksi testimoni Ostematrix yang sangat best untuk anda

     


     


     


     


     



    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    Kalau nak cuba Ostematrix ni, jangan lepaskan peluang grab promo bulan ni ya.


    .
    Ok, kalau nak tanya apa-apa, wasap Eina terus ya

    #shakleesubangjaya #shakleeusj
    #kedainutrisiusjsubangjaya


     
    Continue Reading
    Kebanyakan dari kita menyedari terdapat beberapa nutrient asas penting untuk tubuh kita seperti Vitamin C, Kalsium, Zat Besi, Vitamin D dan sebagainya. Tetapi kita jarang sedar bahawa terdapat beberapa elemen yang lebih kompleks seperti Kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.


    Kolagen adalah protein paling penting dalam tubuh badan kita dan penting untuk beberapa fungsi yang berbeza. Sekiranya anda ingin memperbaiki fungsi keseluruhan badan dan memperbaiki kesihatan anda, maka anda harus mempertimbangkan untuk meningkatkan pengambilan kolagen harian anda.




    Collagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan terutamanya kulit. Ok, kenapa harus kekalkan tahap kolagen dalam badan untuk kesihatan kulit?

    #1 KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG

    30% protein dalam badan anda adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut.

    #2 KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

    Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda

    #3 KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

    Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

    #4 KOLAGEN ANDA ROSAK SETIAP HARI

    Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen
    #5 OH TIDAK, PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN

    Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, keduatan dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang

    KESAN KEKURANGAN KOLAGEN PADA TUBUH BADAN


    So, untuk dapatkan kulit kekal sihat muda, sila ambil kolagen anda sekarang ya. Bukan setakat baik untuk kulit, malah baik untuk kesihatan tubuh badan kita juga.

    COLLAGEN POWDER SHAKLEE

    Sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh Whatsapp Eina terus ya.

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    Continue Reading
    Assalamualaikum.

    Apa kabar semua. Dah tau promo bulan January 2018? Ok dah tau pun Eina akan bagi tau juga, hehe

    Ok sepanjang bulan January ini, anda boleh dapatkan Omegaguard dengan harga special sangat. Beli 3 botol Omegaguard ada discount 5% tau. So, pengamal tegar Omegaguard, jangan tak grab pula ya. Sangat berbaloi. Jangan risau, untuk promo ini, expiry datenya pada 16hb April 2019. Haaa lambat lagi kan, so untung beli masa promo ni okeh

    .

    Siapa yang perlu Omegaguard?
    .
    Lelaki & Wanita
    ✔️ Memelihara dari penyakit jantung, strok, mengawal kolesterol, masalah obesiti, untuk kesihatan sendi, bagi wanita ia membantu kulit menjadi licin & kelihatan kemerah-merahan dan banyak lagi
    .
    Kanak-kanak
    ✔️ Membantu perkembangan otak dengan baik, membantu menguatkan paru-paru, menguatkan sistem imun, juga membantu masalah eczema
    .
    Ibu hamil
    ✔️ Membantu perkembangan otak dan mata bayi semasa dalam kandungan, mengurangkan risiko lahir bayi pramatang dan mengurangkan alahan pada bayi selepas dilahirkan
    .
    Ibu menyusu
    ✔️ Membantu perkembagan dan pertumbuhan otak bayi yang sihat yang dapat disalurkan melalui penyusuan susu ibu
    .
    Ingin Kurus?
    Omega 3 di dalam Omegaguard juga membantu anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Omega 3 meningkatkan hormon Leptin yang menbantu mengawal selera makan dan membantu membakar lemak dengan lebih cepat.




    Omegaguard mengandungi Omega 3 yang kaya dengan DHA & EPA yang penting dalam diet harian.
    .

    Fungsi utama Omega Guard Shaklee adalah :
    .
    ✔️bantu mencegah penyakit salur darah dan stroke
    ✔️DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
    ✔️menurunkan tekanan darah tinggi
    ✔️melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar
    ✔️membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
    ✔️mengelak ketegangan leher atau sakit kepala
    ✔️merendahkan kolesterol
    ✔️menghindar pembekuan darah di dalam badan
    ✔️mengawal masalah obesiti
    ✔️mengurangkan risiko penyakit jantung
    ✔️ Mencegah insomnia
    ✔️ Mengurangkan tekanan emosi
    ✔️ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
    ✔️ Membantu memperbaiki masalah autism
    ✔️ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
    ✔️ Mengurangkan masalah schizophrenia
    ✔️ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

    Kalau ada apa-apa pertanyaan atau nak order, boleh terus Whatsapp ok

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    Continue Reading
    Nutriferon Shaklee sampai Paris 😍. Jauh dia berjalan. Eina pun tak sampai lagi Eiffel Tower tu tau 😆
    .
    nutriferon shaklee

    Outstation atau holiday kemana-mana, dalam atau luar negara, harus bawa Nutriferon ni tau. 
    .
    Kenapa? Sebab Nutriferon merupakan immune booster. Nutriferon ni bantu menguatkan imun sistem kita supaya sel pertahanan badan akan lebih kuat. So, Nutriferon sebagai usaha untuk melawan virus-virus seperti batuk, demam, selsema agar tidak teruk atau berpanjangan.
    .
    Husband memang selalu outstation ke luar negara. Nutriferon ni, salah satu vitamin wajib bawa selain vitamin-vitamin lain seperti Vit C, B-Complex, Ostematrix.

    vitamin shaklee
    .
    Kadang-kadang perubahan masa dan juga cuaca jadi penyebab terganggunya imun sistem kita kan. Pengambilan makanan di tempat orang juga pastinya tak menentu. Jadi kat sini la fungsi setiap vitamin. Ia bertujuan memenuhi dan melengkapkan nutrisi dalam tubuh badan agar kekal sihat bertenaga.
    .
    nutriferon shaklee

    NutriFeron® adalah sebatian proprietari eksklusif ekstrak empat tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga Safflower, biji plantago dan bunga Japanese Honeysuckle.
    .
    NutriFeron® dicipta oleh ahli sains yang menemui interferon, pakar imunologi terkemuka dunia Dr Yasuhiko Kojima, yang menjalankan penyelidikan selama 40 tahun untuk mencari sebatian semula jadi.
    .
    Formula eksklusif berpaten ini dicipta untuk meningkatkan tahap interferon secara semula jadi, memberikan sokongan pertahanan dari peringkat sel.
    .
    Tahukah Anda? 
    Ahli sains dan pakar perubatan telah mengenal pasti interferon sebagai komponen utama yang memastikan fungsi sistem imun yang kuat.
    .
    So, pastikan simpan sekotak Nutriferon di dalan rumah anda ya. Boleh ambil bila perlu. Dan amat mudah di makan juga mudah di bawa kemana sahaja
    .
    *** Pic credit to my husband all the way from Paris, France 😍
    .
    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


    ~~~~~


    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Promosi Shaklee November 2020
        Hai semua, Eina nak share Promosi Shaklee untuk bulan November 2020 ini. Ok, bulan ni Shaklee sambung promo bulan lepas. Ada 2 Set Promo j...
    • PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya
        Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semua seko...
    • Sijil HALAL Shaklee 2020
      Sijil HALAL Shaklee untuk tahun 2020 sudah diperbaharui. Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil HALAL mereka yang dikeluar...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top