Tuesday, 29 October 2013

Kepentingan Vitamin-Vitamin Asas bagi Ibu Mengandung


Asssalamualaikum..selamat petang semua...
Hari ni eina nak update sikit masalah-masalah biasa yang kita perolehi semasa mengandung...mungkin ia tidak berbahaya...tapi untuk sesetengah kes, ia perlu dititikberatkan...ok, ada tak yang tengah mengandung? ada masalah HB rendah tak? Selalu rasa letih?..salah satu sebabnya mungkin faktor umur kan...bila umur makin bertambah...makin kurang la vitamin dalam tubuh badan...tapi ada juga ibu yang muda seusia 19 tahun mengalami tekanan darah rendah.


Bahaya tau HB rendah semasa hamil ni, bahaya untuk bayi, sebab ia boleh mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...malah boleh menyebabkan keguguran. Letih?? Memang sinonim dengan ibu hamil..maklumlah pembawakan budak..kalau ibu asyik letih..asyik nak tidur jer..boleh mengganggu perkembangan otak bayi jugak tau...asid folic pun sangat penting untuk ibu-ibu hamil...sebab asid folic ni membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Tau tak Spina Bifida tu apa??
Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Spina Bifida

Secara ringkas tentang keperluan asas vitamin untuk ibu-ibu hamil, jom baca sama-sama...

Zat Besi  

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
  • Keletihan, lemah badan.
  • Berdebar, sakit dada.
  • Kesukaran bernafas.
  • Anemia.

Asid Folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.


Asid folik menyokong:
  • Sistem saraf sihat
  • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
  • Penghasilan tenaga
Vitamin C

Fungsi pengambilan Vitamin C bagi ibu hamil adalah mempercepatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Selain itu ia juga menghasilkan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-otot  dan tulang-tulang fetus.
Vitamin C juga bantu menguatkan sistem imun tubuh badan kita. Dapat mengelakkan ibu-ibu hamil dari terkena jangkitan demam dan selsema. Selain itu Vitamin C juga sangat bagus untuk bayi, ia menjadikan kulit bayi gebu, lembut, cerah. Malah menguatkan juga imun sistem bayi sejak dalam kandungan lagi. 

Kalsium
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Pengambilan kalsium penting untuk wanita hamil untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.
Jika ibu hamil kurang pengambilan kalsium boleh menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis). Ia adalah kerana bayi dalam kandungan akan menyerap kalsium dari tulang ibu. Ia juga bagus untuk ibu mengandung yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi (hypertension) kerana ia dapat menurunkan kadar tekanan darah tersebut.

Protein
Ibu mengandung memerlukan protein sekitar 75gram atau lebih 25gram dari sebelum mengandung. Protein sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ia merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi. Protein juga membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (DHA & EPA)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. DHA & EPA sangat penting untuk pembentukan otak & mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan tindak balas keradangan. Ia juga mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti tekanan darah, pembekuan darah dan banyak lagi. Ketidakseimbangan hormon ini boleh membawa kepada penyakit.
Dalam Shaklee ada set cadangan untuk ibu-ibu hamil bagi memelihara kesihatan ibu dan juga bayi dari dalam kandungan. Kesemua jenis vitamin-vitamin asas di atas ada di dalam set cadangan ini. Rujuk di gambar.

“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
 
Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

3 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid folik untuk ibu hamil

    ReplyDelete
  2. Seronok..perkongsian best. sesuai untuk ibu-ibu.

    Thanks admin.. http://mamadasuki.blogspot.my/2015/10/giveaway-by-mamad-darwish-is-one.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...