Friday, 14 March 2014

Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil


Assalamualaikum..

Semua tahu protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat, ini adalah kerana protein merupakan bahan asas pembinaan sel tubuh manusia.

Berapa keperluan protein untuk tubuh badan kita?

Keperluan protein setiap orang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, saiz, tahap aktiviti. Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8, kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8 gram setiap kilogran berat tubuh dewasa.
  • Keperluan protein = berat badan (kg) x 0.8
 

Kali ni Eina nak tekankan keperluan protein bagi ibu hamil. Protein adalah salah satu daripada nutrien yang baik yang diperlukan oleh bayi. Pertumbuhan bayi dalam rahim itu memerlukan lebih protein ini adalah kerana protein membantu pertumbuhan otak bayi menjadi lebih optimum.

Ya, wanita dinasihatkan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protein, samaada bagi mereka yang merancang ingin hamil mahupun yang sedang hamil. Keperluan protein sangat penting terutama apabila usia kandungan sudah pada minggu 37 kerana pada masa itu bayi memerlukan pengambilan protein lebih.
Pertumbuhan otak yang baik pasti akan mempunyai kawalan badan yang baik juga. Pertumbuhan jantung akan jauh lebih baik jika anda memakan banyak protein.

Keperluan protein bagi seorang wanita hamil adalah sekitar 75gm atau lebih 25gm dari sebelum hamil. Pada Trimester pertama ibu hamil memerlukan protein adalah lebih kurang 50 gm sehari, Pada Trimester kedua keperluan  protein akan meningkat kepada 68 gm dan seterusnya semakin meningkat pada Trimester ketiga.

Selain itu, lain-lain nutrisi yang mencukupi juga amat penting dalam tempoh kehamilan agar dapat melindungi ibu dan janin daripada pelbagai risiko yang berbahaya. Antara nutrisi penting bagi ibu hamil adalah Zat Besi, Asid Folik dan Kalsium.

Pentingnya PROTEIN untuk Ibu Hamil kerana:-
  1. Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin
  2. Merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi
  3. Ia membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan pertumbuhan otak janin
  4. Ia juga membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah
  5. Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
  6. Pada trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Risiko Kekurangan PROTEIN untuk Ibu Hamil adalah seperti:-
  1. Dikhuatiri melahirkan bayi premature/tidak cukup bulan
  2. Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan menyebabkan kematian/keguguran
  3. Pertumbuhan bayi akan terbantut dan tidak normal mengikut usia kehamilan
  4. Ibu hamil mungkin berisiko mendapat anemia atau kekurangan sel darah merah
  5. Penghasilan susu juga mungkin akan berkurang
Eina berikan contoh testimoni kenapa protein amat penting untuk wanita yang ingin hamil.

Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit
.
 


Credit Pic: Sis Maria Hj Abas

Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit
.

Dalam Shaklee, suplemen yang dapat membantu masalah kekurangan protein adalah dengan pengambilan ESP (Energizing Soy Protein).

Kenapa ESP (Energizing Soy Protein)?


ESP kaya dengan protein dan kalsium untuk memberi tenaga berpanjangan. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Jadi, wanita-wanita sekalian dan ibu-ibu hamil sekalian, pilihlah protein yang terbaik untuk kesihatan anda dan kandungan anda.

Jangan segan-segan PM Eina yer.

PROMO MARCH 2014 >>> ESP BELI 6 PERCUMA 1

*** Beli 1 atau 2 atau 3 juga ada istimewa untuk anda.


“Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
 
Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...