Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Untuk semua golongan yang sangat suka dengan kecantikan.

    Semua orang terutamanya golongan wanita sangat suka dengan kecantikan. Kalau boleh ingin nampak cantik dan anggun dalam apa jua keadaan sekalipun. Itu adalah fitrah seorang wanita. 

    Melalui #siriwanitaanggun ini, Eina akan share beberapa tips dan kebaikan pengambilan makanan tambahan untuk kelihatan cantik dari dalaman. Kecantikan sebenar haruslah bermula dari dalaman. SIHAT dalaman, CANTIK luaran. ☺️

    Tunggu ya 😍

    ~~~~~

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    Nak cantik haruslah bermula dari dalam, tapi jangan abaikan luaran pula ya. Terutamanya di bahagian muka, haruslah selalu dijaga dan sentiasa bersih. Rajin-rajinlah cuci muka tau.

    Eina nak share penjagaan luaran yang Eina guna sekarang. Memang takkan tukar dah. Set ni dah jadi favourite Eina, wajib guna setiap hari. Tapi untuk kali ni Eina cerita dua jenis produk asas Nutriwhite iaitu Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser & Gentle Action Makeup Remover. 

    Pencuci muka Nutriwhite yang Superb ni memang best sangat. Ia bukan setakat membersihkan dan menyegarkan kulit, malah mencerah dan melicinkan kulit muka juga. Kulit juga rasa lembut jer, dah tak berminyak pun.


    1 tiub tu, tahan lebih 6 bln tau. Eina punya start guna bln 12 tahun lepas, sampai sekarang still ada lagi ok. Memang sangat jimat. Kadang-kadang saja sapu kat lengan, sangat menakjubkan, kulit jadi cerah tau. 

    Ok jom baca antara kandungan & fungsi Nutriwhite Gentle Foaming Cleanser

    ✅ Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
    ✅ Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
    ✅ Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit

    Ok, sekarang cerita Nutriwhite Action Makeup Remover plak. Haaa, walaupun Eina bukan jenis bermakeup, tapi Makeup Remover dari Nutriwhite ni lain dari yang lain tau.


    Kenapa? Sebab ia juga boleh dikatakan sebagai scrub. Gosok jer kat muka, habis keluar segala sel-sel kulit mati kat muka tu. Hasilnya, memang superb la. Muka akan terasa licin, lembut dan lebih bersih. Kalau ada jerawat, bakteria yg menyebabkan jerawat tu pun akan ditarik keluar tau. So, jerawat akan cepat baik. Liang pori pun akan mengecil. Fuhhh best ke best? 

    Kadang-kadang Eina guna Makeup Remover ni sapu kat badan tau. Haha. Jangan tak percaya plak. Betul, Eina tak tipu. Kulit badan pun boleh jadi licin tau, bukan setakat licin, boleh nampak cerah juga ok. Lepas tu, kalau korang ada masalah tumit kaki pecah2, cuba la scrub dengan Makeup Remover ni, confirm korang terkejut, sebabnya tumit kaki korang akan jadi licin. Tapi kena buat selalu la ya.

    Antara keistimewaan kandungan Makeup Remover ni ialah :-
    ✅ Tunas Pokok Bic yang bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
    ✅ Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
    ✅ Ia merupakan rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

    Serius, takkan menyesal beli 2 benda ni ok. Yang penting tahan lama. Whatsapp Eina ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading

    Kaitan penyakit darah tinggi dengan penyakit-penyakit berisiko yang lain seperti jantung, buah pinggang serta organ-organ adalah sangat rapat. Darah tinggi juga boleh meningkatkan risiko strok dan melumpuhkan sistem buah pinggang. Bagaimanapun, punca sebenar serangan darah tinggi masih belum diketahui secara total. Tetapi setiap individu sentiasa disarankan supaya berhati-hati terhadap pengambilan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Malah setiap individu digesa menjalani pemeriksaan doktor secara kerap.

    Meskipun risikonya tinggi, penyakit darah tinggi masih mudah dikawal jika penghidapnya mengamalkan pengambilan makanan dan ubat-ubatan secara konsisten. Penderita darah tinggi harus memperhatikan pola pemakanan seharian. Pola makan yang dianjurkan semakin rumit jika usia pesakit melebihi 50 tahun. Ini kerana, pada usia ini darah tinggi sering ditambah dengan komplikasi lain seperti penyakit jantung koroner, strok dan sebagainya.

    Apakah bentuk pola pemakanan yang sesuai dan perlu dijauhkan oleh penderita darah tinggi?
    Makanan yang SESUAI diambil
    Matlamat utama anda untuk mengawal pemakanan adalah bertujuan merendahkan kolesterol dan lemak tepu dalam darah. Walaupun sukar untuk mengelak daripada mengambil makanan tanpa lemak, sekurang-kurangnya penderita boleh mengurangkan pengambilannya.

    Lemak tepu banyak terdapat di dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu. Jika mengambilnya tanpa kawalan akan menyebabkan peningkatan paras kolesterol di dalam darah. Apapun, kandungan lemak tepu dalam diet boleh dikurangkan dengan mengikuti panduan-panduan berikut:-

    #1 Makan ikan dan ayam tanpa kulitnya. Jika memasak daging merah (lembu atau kambing) pilih bahagian tanpa lemak sahaja. Buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti yang sederhana.

    #2 Gunakan sedikit minyak sayuran dan marjerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahri ketika memasak. Ini boleh mengurangkan kandungan lemak tidak tepu dalam darah.

    #3 Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain (tanpa kolesterol) untuk menggantikannya.

    #4 Tukar kaedah memasak dengan cara membakar, memanggang, merebus dan mengukus, elakkan menggoreng.

    #5 Makanan yang disajikan mestilah mengandungi semua zat gizi iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Penggunaan garam perlu dibataskan.

    #6 Makanan yang kita makan sehari-hari biasanya mengandungi 2800-6000mg natrium. Sebahagian besarnya datang dari garam dapur dan selebihnya terdapat secara semulajadi dalam bahan makanan. Bagi pesakit darah tinggi ringan, natrium mestilah diambil pada kadar 1-1.5gm per hari sahaja. Penambahan garam dapur hanya boleh diambil sekitar 2gm atau setengah sudu teh. Bagi pesakit darah tinggi sederhana pula, natrium dibenarkan ialah 600-800mg per hari. Penambahan garam dapur 1g sehari atau setara 1/4 sudu teh. Bagi pesakit darah tinggi yang serius, natrium hanya boleh diambil 200-4--mh per hari, tanpa penambahan garam dapur.

    #7 Pilihlah makanan yang kaya dengan serat, misalnya oat dan gandum

    #8 Ikan juga baik untuk anda. Untuk menyediakan makanan yang sihat, hidangannya sama ada direbus, dipindang, dibakar atau ditumis (tanpa minyak)

    #9 Jus buah-buahan. Ia kaya dengan vitamin C dan serat

    Makanan yang TIDAK SESUAI diambil
     
    #1 Hindari makanan manis. Pesakit perlu membatasi atau menghindari biskut, kek, halwa serta makanan lain yang banyak mengandungi gula (manis)

    #2 Semua bentuk makanan yang melibatkan daging merah, misalnya rendang dan daging goreng. Begitu juga dengan ikan masin, sardin, mentega dan daging panggang. Selain itu, makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet juga tidak baik untuk pesakit darah tinggi.

    #3 Minuman yang tinggi natrium, misalnya kopi. Selain itu, alkohol juga tidak baik untuk penyakit darah tinggi

    #4 Daging kambing dan durian serta makanan yang bergizi tinggi (daging merah) dan tinggi natrium (bergaram) hendaklah dibatasi. Makanan bersantan yang kaya lemak juga mestilah dikurangkan.

    #5 Bacalah label makanan terlebih dahulu terutama yang menyebut tentang sodium chloride, garam, MSG, sos soya, serbuk penaik, monosodium dan sos teriyaki.

    #6 Makanan yang mempunyai nilai tenusu yang tinggi juga tidak baik untuk pesakit darah tinggi. Jika ingin mengambil susu dan soya misalnya, pilihlah yang rendah lemak.

    #7 Selain mengawal pola pemakanan, rokok juga perlu dijauhkan. Merokok boleh mendatangkan risiko darah tinggi. Berat badan juga perlu dikawal, kerana ia bersangkutan dengan risiko jantung.

    Perubahan diet tidak boleh dilakukan dengan tiba-tiba. Adalah merbahaya kepada tubuh badan jika nutrien penting tidak diambil. Diet yang melampau boleh menyebabkan masalah kesihatan lain yang timbul. Walaubagaimanapun, perubahan diet yang beransur-ansur, senaman yang konsisten dan perhatian yang diberikan terhadap pengambilan kolesterol dan lemak tepu dapat memastikan paras kolesterol berada pada tahap normal.

    Shaklee juga boleh bantu pesakit darah tinggi. Baca testimoni pengguna di SINI

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading

    Pemakanan yang seimbang dan sihat penting bagi membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian. 

    Secara amnya, badan anda memerlukan : 
    ✔️ Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien). 
    ✔️ Makronutrien - Karbohidrat, Protein, Lemak. 
    ✔️ Vitamins - Vitamin A, B, C, D, E, K.
    ✔️ Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.

    Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
    • Pembinaan otot tubuh.
    • Mengekalkan suhu badan. 
    • Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
    • Melakukan aktiviti-aktiviti harian.

    Ok jom baca, antara makanan yang bantu menambah tenaga kita. 

    1. Ubi keledek
    Kaya dengan carotenoids, vitamin C, pottassium dan fiber

    2. 100% Roti Gandum Penuh
    Mengandungi banyak vitamin dan mineral berbanding roti putih

    3. Brokoli
    Mewah dengan khasiat vitamin C, carotenoids dan asid folik

    4. Tembikai
    Sumber vitamin C dan caretonoids paling mewah

    5. Kekacang
    Rendah lemak dan kaya protein. Selain itu kekacang juga kaya dengan zat besi, asid folik dan fiber

    6. Tembikai Kecil
    Membekalkan keperluan harian tubuh iaitu vitamin A dan C. Khasiatnya sungguh unggul walaupun dalam hirisan paling kecil

    7. Bayam
    Memberikan anda kalsium, fiber, caretonoids dan vitamin C

    8. Oren
    Kaya dengan vitamin C, asid folik, potassium dan fiber

    9. Oat
    Menyediakan fiber yang membantu penurunan paras kolesterol buruk dalam badan

    Ok, itu antara makanan yang bantu beri tenaga pada kita. Kalau anda perasan, kebanyakan makanan ini mengandungi fiber, vitamin C. asid folik dan lain-lain vitamin. Tapi, banyak mana perlu kita makan bagi memenuhi keperluan tenaga kita?

    Selain memakan makanan di atas, anda juga boleh cuba Vitamin Shaklee bagi memenuhi keperluan tenaga juga mengekalkan kesihatan. Antaranya ESP, Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Performance Drink & Vivix.


    Ingin cuba atau perlukan konsultasi, boleh whatsapp Eina ok. 

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading


    Saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee anda di USJ, Subang Jaya. Lokasi saya di belakang Petronas KFC USJ 20, berdekatan dengan Main Place dan USJ 19 City Mall. Boleh search Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya di Google Maps dan juga Waze.



    Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Saya Sebagai Konsultan Shaklee Anda


    1. Agen Shaklee Bertauliah

    Saya telah menghadiri New Distributor Traning (NDT) dan Wellness Workshop (basic Product Workshop) iaitu Bengkel Nutrisi untuk Produk Shaklee bersama Nutritionist Shaklee yang bertauliah. InshaAllah saya akan bantu anda mencapai kesihatan yang anda inginkan melalui ikhtiar dengan Produk Shaklee.








    2. Konsultansi Pantas dan Mesra

    Untuk konsultasi, saya boleh dihubungi melalui Whatsapp atau SMS di 019-2275759. InshaaAllah saya akan menjawab segala pertanyaan anda dengan pantas dan mesra.



    3. Agen Shaklee yang Komited Sejak 2013

    Saya mula berbisnes Shaklee sejak Mac 2013 secara sambilan. Alhamdulillah di akhir tahun 2013, saya berjaya mencapai pendapatan 4 angka bersama Shaklee. Bermula Julai 2014, secara rasminya saya menjadi WAHM (Work At Home Mom) sambil berbisnes Shaklee dengan lebih komited. Alhamdulillah & InshaaAllah saya komited membantu anda berikhtiar meningkatkan tahap kesihatan anda.





    4. Pengguna Shaklee Sejak 2013

    Saya merupakan pengguna Shaklee sejak 2013 hingga kini. Secara jujurnya, sejak itu saya tidak cuba produk supplement jenama lain. Dengan ikhtiar ini, Alhamdulillah saya dan keluarga saya mendapat manfaat dari penggunaan Produk Shaklee sehingga kini.

    Saya percaya supplement sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, apatah lagi menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan businesswoman. Saya mengamalkan produk Shaklee sebelum hamil anak kedua, semasa hamil, berpantang dan dengan bantuan vitamin Shaklee juga saya dapat menyusukan anak kedua saya.

    Tahap gula dalam darah Abah saya sendiri dapat dikawal dan berada di tahap normal serta bertambah sihat. Mak saya selalu mengalami masalah migraine yang agak teruk, Alhamdulillah sekarang masalah migraine dah tak ada lagi. Sakit sendi mak mertua saya juga semakin pulih. Alhamdulillah supplement Shaklee sangat membantu.


    5. Produk Shaklee Ready-stock 

    Saya sentiasa ada ready-stock semua produk Shaklee, jadi inshaaAllah tiada masalah untuk COD pada bila-bila masa.



    6. Servis Penghantaran ke rumah anda

    Jika anda perlukan produk Shaklee, inshaaAllah saya/suami boleh hantarkan ke tempat anda di kawasan USJ, Subang Jaya secara PERCUMA!  InshaaAllah kami dapat hantarkan pada bila-bila masa (weekdays/weekend, siang/malam) atas persetujuan bersama :)




    7. Penghantaran Melalui Poslaju / GDex ke Seluruh Malaysia!

    Kami juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dengan kos:

    Minimum
    RM 8 - RM 10 (Semenanjung/ Sabah & Sarawak)

    FREE postage
    Pembelian melebihi RM 300 
    (Semenanjung/ Sabah & Sarawak)



    Jadi, khas untuk warga USJ Subang Jaya yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD atau berminat untuk sertai ahli keluarga Shaklee di bawah pimpinan saya, boleh hubungi saya ya.

    Untuk anda yang berada luar kawasan USJ Subang Jaya juga, konsultasi dan juga layanan terbaik akan diberikan kepada anda.

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Bercita-cita atau menanam impian untuk mendapatkan tubuh langsing menawan? Tapi masih buntu untuk mendapatkan cara terbaik bagi menyempurnakan cita-cita tersebut. Jangan hanya cita-cita atau impian semata-mata, mulakan pelan dan bertindak sekarang. Di sini ada beberapa panduan yang boleh anda ikut. Jangan hanya hangat-hangat taik ayam pula ya. Hehe. Buat dengan bersungguh-sungguh dan susun jadual anda dengan teratur.


    Ok jom baca panduan ini. InshaaAllah impian anda untuk kekal diet tercapai.

    1. Titiberatkan program diet anda. Usaha bersungguh-sungguh agar impian berdiet tercapai.

    2. Cari rakan yang sama-sama berazam menguruskan badan. Pastikan usaha anda komited. Boleh juga daftar di gimnasium atau join mana-mana program diet bersama-sama.

    3. Gunakan lebih banyak mustard di dalam sandwich berbanding mayonis. Mustard tidak mengandungi lemak dan rendah kalori. Jika anda tidak boleh menerima rasanya, carilah sesuatu yang lain (tetapi rendah lemak). Elakkan mayonis sama sekali.

    4. Timbang berat badan setiap minggu. Jangan risau tentang sebarang perubahan. Anda tidak akan hilang berat sebanyak 1-2kg seminggu. Teruskan berdiet.

    5. Cuba untuk membakar, memanggang atau merebus makanan (daripada menggoreng). Buangkan semua lemak pada makanan sebelum dimasak dan dihidangkan

    6. Biasakan minum lebih air putih. Ia bertujuan membantu mencuci tubuh dan mengurangkan selera makan.

    7. Pilih tempat makan yang biasa (di rumah atau pejabat) dengan mencari tempat duduk yang tenang dab selesa. Jangan berpindah tempat kerana ia boleh mengurangkan tumpuan ketika makan. Nikmatilah makanan anda dan fokuskan perhatian terhadap makanan tanpa memikirkan perkara lain. Makan dalam keadaan beremosi boleh memberi kesan negatif kepada diri. Anda mungkin terlebih makan atau kurang makan.

    8. Jika bercadang ke kedai, pergilah sesudah makan. Anda tidak cenderung membeli banyak barang makanan jika perut sudah kenyang. Membeli mengikut senarai dan jangan terpengaruh untuk membeli makanan yang tidak perlu terutama makanan ringan.

    9. Ambil kira label makanan yang anda beli. Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat boleh mengganggu program diet anda.

    10. Jangan fikir yang anda mengambil makanan rendah lemak, membolehkan anda makan sebanyak mungkin. Kalori tetap bertambah jadi abda mesti pastikan kuantitinya seimbang.

    11. Jika anda ingin makan di luar, tetapkan waktu untuk anda makan. Jangan tambah waktu kerana anda mungkin memesan makanan lebih banyak daripada yang anda perlukan.

    12. Jangan biasakan berlapar terutama sebelum anda keluar makan. Anda mungkin akan makan secara berlebihan dan tidak mencatu keperluannya.

    13. Jangan abaikan waktu makan 3 kali sehari. Tubuh yang tidak mendapat makanan secukupnya akan membakar kalori pada tahap yang paling rendah. Hasilnya berat badan tidak turun malah bertambah dalam diam.

    14. Diet tanpa senaman tidak membawa apa-apa kesan. Pesanan ini pernah disampaikan berkali-kali, ia menunjukkan betapa pentingnya senaman kepada individu. Tetapkan jadual senaman anda dan jadikan waktu senaman ini sebagai waktu yang paling penting dalam rutin harian anda

    15. Jika jadual anda padat dan hanya mengizinkan anda makan dalam waktu yang terhad, lebihkan pengambilannya antara waktu pagi ke tengahari. Bukannya dari waktu petang ke makan malam.

    16. Pesan pada diri berkali-kali, "SAYA KINI SEDANG BELAJAR CARA UNTUK HIDUP SIHAT, BUKANNYA UNTUK KURUSKAN BADAN SEMATA-MATA."

    Semoga panduan di atas membantu anda untuk berdiet dengan lebih komited ya.

    Jika memerlukan bantuan vitamin Shaklee, boleh lihat SINI ok.


    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Promosi Shaklee November 2020
        Hai semua, Eina nak share Promosi Shaklee untuk bulan November 2020 ini. Ok, bulan ni Shaklee sambung promo bulan lepas. Ada 2 Set Promo j...
    • Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee Melalui Blog
      Alhamdulillah, selesai sudah online kelas Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee dengan Blog hari ni. Sepatutnya kelas...
    • Testimoni Set Resdung Shaklee
      Ada tak antara korang yang kerap bersin waktu pagi atau kerap gatal-gatal hidung dan sekitar mata atau mungkin ada masalah jerawat kat muka ...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top