Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Kenapa kita mudah jatuh sakit? Ada pelbagai punca yang menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Selain dari faktor cuaca, imun badan yang rendah juga adalah punca kita akan mudah jatuh sakit.

    punca kenapa mudah jatuh sakit

    Adakah anda salah seorang daripada yang mudah dan kerap jatuh sakit? Ok, mari kita tengok, punca-punca kenapa kita mudah jatuh sakit?

    Mereka yang Kerap Mengembara

    punca mudah jatuh sakit


    Pendedahan kepada kuman dari jarak yang dekat serta berada di dalam persekitaran yang tertutup, bernafas dalam udara yang sama, kesan jet lag dan keletihan daripada perjalanan pergi dan balik
    dari lapangan terbang “menghentikan” gen yang berkaitan dengan sistem imun. Ini bermaksud mereka yang kerap mengembara tidak mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penyakit seperti mereka yang kurang kerap mengembara.


    Mereka Yang Tidur Lewat

    punca mudah jatuh sakit

    Adakah kurang tidur menyebabkan anda sakit? Ya, kekurangan tidur menjejaskan sistem imun,
    menyebabkan badan anda kurang menghasilkan sitokin - sejenis protein yang melawan jangkitan
    kuman, yang dihasilkan dan dibebaskan semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang
    kurang tidur lebih mudah jatuh sakit apabila terdedah kepada virus dan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.


    Pesakit Ulser Mulut
    punca mudah jatuh sakit

    Kerap dijangkiti ulser mulut merupakan salah satu tanda kekurangan nutrien tertentu yang dapat
    melemahkan perlindungan imun badan anda.


    Penggemar Makanan Manis

    punca mudah jatuh sakit


    Pengambilan gula yang berlebihan mengehadkan sel-sel imun daripada melawan bakteria. Paras gula darah yang tinggi daripada biasa akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel-sel imun anda berada dalam keadaan ‘koma’. Kesan ini berterusan selama beberapa jam selepas menikmati beberapa jenis minuman dan makanan yang manis.


    Pekerja Syif Malam

    punca mudah jatuh sakit


    Bekerja pada waktu malam akan menjejas keupayaan jam biologi badan anda untuk mengawal
    tindakbalas imun, menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill
    University.3 Gangguan pada jam biologi badan secara tidak langsung akan menyebabkan masalah
    kesihatan untuk jangka masa panjang.


    Mereka Yang Berjiwa Muda

    punca mudah jatuh sakit

    Apabila umur semakin meningkat, sel-sel imun anda akan menjadi kurang aktif dan bertindak lebih lambat terhadap patogen, mendedahkan anda kepada jangkitan dan penyakit, serta mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk penyembuhan yang menyeluruh.


    Baca sini : Vitamin Untuk Tingkatkan Imun Sistem 

    Jaga kesihatan ya ;)
    Continue Reading
    Nutriferon Granules adalah formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee.

    keistimewaan nutriferon Shaklee

    Ia diformulasikan untuk menjaga sistem pertahanan badan agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.

    Mengandungi campuran proprietari daripada 4 ekstrak tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.



    testimoni nutriferon untuk HFMD
    Asbab Nutriferon, HFMD cepat pulih.


    testimoni nutriferon untuk demam denggi
    Asbab Nutriferon, demam Denggi tak melarat.


    testimoni nutriferon untuk cirit birit
    Asbab Nutriferon, masalah cirit birit selesai


    testimoni nutriferon untuk kuatkan imun
    Asbab Nutriferon, imun anak-anak menjadi kuat

    Alhamdulillah 😍

    Nutriferon harus ada di rumah anda.

    Kenapa?

    Nutriferon bantu menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.

    Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit-penyakit lain.

    So, boleh beli sekarang sebab ada promosi beli 2 Nutriferon anda akan dapat 5% diskaun 🤩. Sangat berbaloi.


    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Bulan September 2019, Shaklee telah memperkenalkan satu produk terbaru dari rangkaian Youth Skincare Shaklee iaitu Youth Moisture Lock Day Cream.



    Apa keistimewaan Youth Moisture Lock Day Cream ini? Apa fungsinya? Ia sesuai untuk siapa?

    Ok, sebelum itu  TAHUKAH ANDA? 



    Kulit yang sihat mempunyai minyak dan air yang seimbang. Kekurangan minyak atau air akan menyebabkan kulit kehilangan kelembutan dan kelembapan. Akan tetapi, tekanan, gaya hidup dan alam sekitar seperti pencemaran dan rutin penjagaan kulit yang tidak sesuai juga akan menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan mempercepatkan penuaan. Oleh sebab itu, adalah penting untuk memastikan bahawa tahap minyak dan air seimbang untuk kulit yang lembut dan sihat.

     Kulit muda mempunyai minyak dan air yang banyak dan seimbang


    Kulit matang - kedua air dan minyak akan berkurangan disebabkan penuaan, gaya hidup dan pencemaran


    Ini pula adalah GEJALA KULIT YANG HILANG KELEMBAPAN 
    • Kulit akan menjadi tegang, terutamanya selepas mandi atau berenang
    • Kulit menjadi kasar
    • Kulit yang pecah-pecah, kering bersisik dan mengelupas 
    • Garis-garis halus atau retak
    • Kulit menjadi kemerahan
    • Kegatalan

    Apabila kulit menjadi kering, ia akan menjadi lebih sensitif, mengakibatkan garis halus dan kedutan, menyebabkan kulit berkelihatan kusam dan kelihatan tua. Dengan YOUTH™ Moisture Lock Day Cream BARU ini, ia dapat menghilangkan kulit yang kering, diganti dengan penghidratan dan melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan

    Salah satu kunci kepada kulit yang cantik serta kelihatan muda adalah penghidratan. Tidak seperti penjagaan kulit biasa, teknologi canggih kami melangkaui lebih daripada menangani masalah kulit di permukaan untuk mensasarkan ke tahap sel kulit anda.

    Youth Moisture Lock Day Cream adalah untuk Penghidratan Mendalam dan Segera.



    Memanfaatkan kuasa botani, YOUTH menggunakan Teknologi Penghidratan Selular BARU untuk bertindak sebagai magnet kelembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci penghidratan.



    Fungsi utama Youth Moisture Lock Day Cream ini ialah menghilangkan kulit yang kering dan ganti dengan penghidratan.



    Selain itu antara fungsinya ialah
    • Mengunci kelembapan
    • Penghidratan yang mendalam dan mengekalkan kelembapan
    • Melembutkan dan membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kering

    Bahan-bahan Utama

    Diformulasikan dengan lebih daripada 23 ekstrak botani.

    4 ekstrak utama ialah Ekstrak Kaktus, gabungan unik empat jenis asid hialuronik, 100% Squalane berasaskan tumbuhan dan Youth Complex.
     

    Ekstrak Kaktus yang membantu menarik dan menahan kelembapan pada lapisan luar kulit dan mengangkutnya ke mana diperlukan di seluruh sel-sel kulit. Ia menenangkan dan melembutkan kulit serta memberi penghidratan yang tahan lama.

    Campuran unik 4 jenis asid hyaluronik yang boleh mengekalkan sehingga 1,000 kali beratnya dalam air untuk memerangkap dan mengekalkan kelembapan dalam lapisan kulit yang paling dalam.

    100% Squalane berasaskan tumbuhan yang membantu membina halangan pelindung untuk mengurangkan kehilangan air. Mengekalkan kelambapan untuk penghidratan yang berkekalan. Menyeimbangkan air dan minyak kulit supaya kulit anda kelihatan segar sepanjang hari.


    Juga mengandungi bahan botanikal dari Youth Complex seperti Ekstrak Sel Apple, Lotus Japonicus, Ekstrak Buah Schisandra Chinensis, Anggur Muscadine dan Vital Repair+ Complex


    Antara keistimewaan Youth Moisture Lock Day Cream adalah

    •  100% berasaskan tumbuhan
    • Tidak mengandungi PEWARNA
    • Tidak mengandungi PEWANGI
    • Bebas daripada 1500 bahan bahaya
    • Diuji oleh Ahli Oftalmologi
    • Diuji oleh Ahli Dermatologi
    • Hipoalergenik



    Teksturnya sangat ringan dan ia mudah diserap. Dapat mengekalkan kelembapan kulit sehingga 30% selepas 5 jam pakai.







    Dan KEPUTUSAN yang anda dapat lihat apabila menggunakan Youth Moisture Lock Day Cream ialah
    • Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan
    • Mengurangkan penampilan garis kering dan kemerahan
    • Membantu melegakan dan merehatkan kulit
    • Jelas menampakkan penghidratan untuk kulit licin, lebih gebu dan lebih lembut. 

    Siapa perlukan Youth Moisture Lock Day Cream?

    Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah, Youth Moisture Lock Day Cream sangat sesuai untuk anda. 
    • Mempunyai kulit kering kerana kurang air / sebum (minyak)
    • Kurang tidur
    • Kerap ambil kafein
    • Hampir atau sudah menopause
    • Orang Muda (biasanya kulit banyak minyak tetapi kurang air)
    • Orang Berusia (biasanya kulit kurang minyak dan juga kurang air)
     
    Perbandingan antara produk jenama Youth dengan produk-produk lain


    Perbandingan jenama Youth dengan jenama lain
     
    Perbandingan dari hasil kajian produk Youth dengan jenama lain

    Boleh dilihat daripada hasil kajian di atas, ternyata Youth Moisture Lock Day Cream telah mengatasi serta mengungguli berbanding dari jenama-jenama yang lain.


    Cara Penggunaan Youth Moisture Lock Day Cream

    Youth Moisture Lock Day Cream hanya digunakan pada waktu siang sahaja. Pakai dengan konsisten untuk kesan yang lebih cepat.

    Harga pasaran bagi Youth Moisture Lock Day Cream ialah RM247. Ingin dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah, boleh terus hubungi Eina ok.

     

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
    Eina nak update sikit senarai promo Shaklee untuk bulan September 2019.

    promo shaklee september 2019


    Ok, ini senarai promonya

    1. Nutriferon
    Diformulasikan untuk menjaga sistem pertahanan badan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia memberikan sistem pertahanan badan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.



    nutriferon promo shaklee september 2019


    BUY Twin Pack @ 5% Off!
    • 2x Nutriferon® Granules
    • RP 361.00

    [BUY Twin Pack @ 5% Off!] x4 sets Get 1 box of NUTRIFERON® GRANULES FREE
    • 8x Nutriferon® Granules FREE 1 Box
    • RP 1,444.00



    2. Youth Perfect Pair

    youth perfect pair promo shaklee september 2019


    Mengandungi produk terbaru dari Youth iaitu Youth Moisture Lock Day Cream dan Youth Age Defense Moisturizer SPF50. Sangat sesuai untuk kulit kering.


    3. Youth Mask Combo
    youth mask promo shaklee september 2019

    Mengandungi 2 jenis mask iaitu Youth Hydrating Gel Mask & Youth Purifying Clay Mask.

    Dengan setiap pembelian Youth Mask (2 item, Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask) berharga RM297.50, anda akan dapat 

    • FREE Youth Facial Brush
    • FREE Youth Organza Bag
    • FREE Youth Mask Usage Guide


    4. Welcome Set 

    Ini yang anda akan dapat jika anda grab mana-mana Welcome Set

    ✅ Harga - Diskaun 10% dari harga ahli biasa
    ✅ FREE Membership worth RM65
    ✅ FREE Postage worth RM10
    ✅ FREE Paper Bag
    ✅ Dapat Cash Rebate juga



    1. Youth Welcome Set

    youth welcome set promo shaklee september 2019


    Mengandungi 4 item iaitu Youth Cleanser, Youth Toner, Youth Moisturizer SPF50 & Youth Night Cream
    👉(Harga Less 10% dari harga ahli biasa)

    2. Vivix Welcome Set

    vivix welcome set promo shaklee september 2019

    Mengandungi 2 botol Vivix
    👉(Harga Less 10% dari harga ahli biasa)

    3. Daily Essential Welcome Set

    daily essential welcome set promo shaklee september 2019

    Mengandungi 6 item iaitu Vivix, Vit C, Omegaguard, Vitalea, B-Complex & ESP. (Harga Less 10% dari harga ahli biasa)Ok, itu sahaja senarai promo untuk bulan ini. 
     
    Kalau nak tanya apa-apa just wasap Eina ok

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Atau
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
    makanan punca jerawat 

    Terdapat banyak punca atau penyebab terjadinya jerawat. Pengambilan makanan harian juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya jerawat.

    Ya, jom kita tengok jenis-jenis makanan yang menjadi punca jerawat



     
    1. Garam Berlebihan

    makanan punca jerawat

    Pengambilan garam secara berlebihan di dalam makanan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air, ia sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit. Lalu terjadilah jerawat.


    2. Kuning Telur

    makanan punca jerawat

    Haa, jangan terkejut tau. Kuning telur pun boleh jadi punca jerawat. Kuning telur mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


    3. Minuman Beralkohol

    makanan punca jerawat

    Ok, minuman beralkohol pula akan mengakibatkan dehidrasi. Jadi jerawat akan mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


    4. Makanan Bergoreng

    makanan punca jerawat

    Ok, this one mostly orang tahu. Makanan bergoreng perlu dikurangkan dan kalau boleh elakkan supaya jerawat tidak naik. Bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah atau berjerawat, adalah seeloknya elakkan ambil makanan yang berminyak ok.


    5. Udang dan Makanan Laut

    makanan punca jerawat

    Seafood. Semua orang suka seafood kan. Tapi bagi anda yang ingin mengelakkan masalah jerawat, sila elakkan memakan makanan laut ok. Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.


    6. Produk Tenusu

    makanan punca jerawat

    Ok, seretusnya ialah produk tenusu. Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


    7. Makanan Segera

    makanan punca jerawat

    Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang sangat tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet. Jadi, sila kurangkan pengambilan makanan segera ok. 


    Tips Kulit Sihat dan Cantik Setiap Hari


    Saranan - Banyakkan Minum Air & Makan Buah-buahan

    Selain mengelakkan pengambilan makanan-makanan di atas, anda disarankan mengambil air putih dengan kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang sihat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan sihat ini bukan sahaja baik untuk kulit anda, malah ia juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

    Jadi, untuk mengelakkan kulit anda jadi lebih bermasalah dan berjerawat, sila elakkan mengambil makanan-makanan di atas ok.

    Kajian juga menunjukkan pengambilan sesetengah makanan seperti teh hijau dan kunyit boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit.
    Continue Reading
    Hai, kali ni Eina nak share soalan-soalan lazim tentang produk paling premium di Shaklee iaitu Vivix.

    soalan lazim tentang vivix shaklee, soalan lazim mengenai vivix shaklee


    So, ada apa dengan Vivix?

    Kenapa ia dikategorikan sebagai produk paling premium di Shaklee?

    Apa kelebihannya? Apa keistimewaannya?

    Seriously, anda tidak akan dapat Vivix ni kat tempat lain tau, ekslusif hanya di Shaklee sahaja ok ❤

    Ini antara soalan-soalan lazim yang biasa orang tanya tentang Vivix.
    soalan lazim tentang Vivix Shaklee, soalan lazim mengenai vivix
    Soalan 1
    Apa itu Vivix?

    Jawapan: Vivix adalah minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani iaitu Anggur Muscadine, Ekstrak Elderberi Eropah, Ekstrak  Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu

    Soalan 2
    Apa yang membuatkan minuman Vivix ini berbeza dengan produk lain

    Jawapan: Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan Anggur Muscadine - salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur Muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, Muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

    Di Shaklee kami memanfaatkan kelebihan Anggur Muscadine dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengektrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol.

    Soalan 3
    Siapa yang boleh minum Vivix?

    Jawapan: Vivix direka khas untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusu atau sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke bawah.

    Soalan 4
    Berapa banyak Vivix perlu diambil dalam sehari?

    Jawapan: 1 sudu teh sehari.

    soalan lazim tentang Vivix Shaklee, soalan lazim mengenai vivix
    Soalan 5
    Apa yang membuatkan Anggur Muscadine berbeza dengan anggur yang lain?

    Jawapan: Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak, dengan profil polifenol unik yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, Anggur Muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan dengan polifenol Anggur Muscadine yang lain, menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

    Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya; profil petonik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan serta suhu yang melampau. Sementara anggur lain pula mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.

    Soalan 6
    Apa itu Polifenol?

    Jawapan: Istilah Polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semulajadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai manfaat antioksida dan potensi kesan pelindungan terhadap penuaan sel. Malah penyelidikan baru menunjukkan bahawa Polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.

    Soalan 7
    Bilakah saya harus mengambil Vivix?

    Jawapan: Ambil Vivix setiap hari. Sebaik-baiknya dengan hidangan sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

    soalan lazim tentang Vivix Shaklee, soalan lazim mengenai vivix
    Soalan 8
    Bolehkah saya ambil Vivix lebih dari 1 sudu sehari?

    Jawapan: Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh sehari.

    Soalan 9
    Bolehkah saya ambil Vivix bersama suplemen Shaklee yang lain.

    Jawapan: Vivix boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix boleh diambil dengan Vitalea Iron Formula, Energizing Soy Protein (ESP), Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex dan Omegaguard untuk melengkapkan keperluan makanan harian anda.

    Penggunaan semua nutrient penting ini bersama-sama dengan Polifenol di dalam Vivix, memberikan spektrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas  untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat.

    Soalan 10
    Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?

    Jawapan: Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain.

    sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan seseorang yang berada di bawah penjagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan, penggunaan Vivix dengan penjaga professional kesihatan mereka.
    soalan lazim tentang Vivix Shaklee, soalan lazim mengenai vivix
    Soalan 11
    Adakah Vivix mengandungi alkohol?

    Jawapan: Vivix tidak mengandungi alkohol

    Soalan 12
    Adakah Vivix HALAL?

    Jawapan: Ya, Vivix diiktiraf Halal oleh Islamic Services Of America (ISA), badan pensijilan halal  asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM)

    Soalan 13
    Adakah Vivix didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Malaysia)

    Jawapan: Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD)

    Soalan 14
    Kenapa saya perlu simpan di dalam peti sejuk selepas di buka?

    Jawapan: Penyejuakan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.

    Ok, itu sahaja soalan-soalan lazim yang biasa ditanya mengenai Vivix Shaklee.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai produk Vivix, boleh hubungi Eina ok.

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hello! I'm Back
      Assalamualaikum MasyaAllah, lamanya tinggal blog ni. Banyak fasa Eina lalui sepanjang tak berblog ni. InsyaAllah, Eina akan slowly start bal...
    • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      Apa yang ada pada label adalah apa yang terdapat dalam produk. Itulah komitmen dan kualiti Shaklee disebalik setiap produk bagi memastikan ...
    • Sijil HALAL Shaklee Baru Tahun 2025
      Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil HALAL mereka yang dikeluarkan oleh salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu  Isl...
    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top