Makanan Punca Jerawat

11:00 AM

makanan punca jerawat 

Terdapat banyak punca atau penyebab terjadinya jerawat. Pengambilan makanan harian juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya jerawat.

Ya, jom kita tengok jenis-jenis makanan yang menjadi punca jerawat



 
1. Garam Berlebihan

makanan punca jerawat

Pengambilan garam secara berlebihan di dalam makanan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air, ia sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit. Lalu terjadilah jerawat.


2. Kuning Telur

makanan punca jerawat

Haa, jangan terkejut tau. Kuning telur pun boleh jadi punca jerawat. Kuning telur mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


3. Minuman Beralkohol

makanan punca jerawat

Ok, minuman beralkohol pula akan mengakibatkan dehidrasi. Jadi jerawat akan mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan.


4. Makanan Bergoreng

makanan punca jerawat

Ok, this one mostly orang tahu. Makanan bergoreng perlu dikurangkan dan kalau boleh elakkan supaya jerawat tidak naik. Bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah atau berjerawat, adalah seeloknya elakkan ambil makanan yang berminyak ok.


5. Udang dan Makanan Laut

makanan punca jerawat

Seafood. Semua orang suka seafood kan. Tapi bagi anda yang ingin mengelakkan masalah jerawat, sila elakkan memakan makanan laut ok. Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (Sebaceous Gland). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.


6. Produk Tenusu

makanan punca jerawat

Ok, seretusnya ialah produk tenusu. Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu dengan banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita.


7. Makanan Segera

makanan punca jerawat

Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang sangat tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet. Jadi, sila kurangkan pengambilan makanan segera ok. 


Tips Kulit Sihat dan Cantik Setiap Hari


Saranan - Banyakkan Minum Air & Makan Buah-buahan

Selain mengelakkan pengambilan makanan-makanan di atas, anda disarankan mengambil air putih dengan kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang sihat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan sihat ini bukan sahaja baik untuk kulit anda, malah ia juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

Jadi, untuk mengelakkan kulit anda jadi lebih bermasalah dan berjerawat, sila elakkan mengambil makanan-makanan di atas ok.

Kajian juga menunjukkan pengambilan sesetengah makanan seperti teh hijau dan kunyit boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit.

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)