BerMASKER dengan Vita E Shaklee
5:20 PMAssalamualaikum..
MASKER?? Pasti semua biasa dengan masker kan..terutamanya golongan perempuan yang amat mementingkan kecantikan dan inginkan kulit cantik. Saya tidak terkecuali la yer...ehehe...lumrah wanita kan. Tetapi, golongan lelaki juga boleh bermasker..tiada salahnya..tiada yang pelik pada zaman ini.
Terdapat banyak jenis masker di pasaran dan terdapat pelbagai cara untuk bermasker. Ada juga yang bermasker dari sumber sayur-sayuran seperti mentimun, tomato dan macam-macam lagi. Terpulang pada individu dan tahap kerajinan menyediakan masker itu sendiri.
Peel-of Mask |
Clay Mask |
Ok, sekarang saya nak kongsikan dengan anda bagaimana bermasker dengan Vita E Shaklee. Eh, boleh ke Vita E dijadikan masker? Bukan boleh makan jer ker? Jawapannya, Ya boleh kedua-duanya pun boleh. Caranya sangat mudah hanya cucuk dan picitkan Vita E tadi, kemudian sapukan di seluruh wajah sebelum tido, biarkan semalaman dan dicuci keesokkan paginya. Saya dah cuba, hasilnya kulit muka jadi licin, nampak segar dan berseri. Hehe..saya suka..boleh hilangkan parut juga tau..sapukan Vita-E di bahagian luka atau parut, insyaAllah luka cepat kering dan parut akan pudar. Cubalah..
"Disclaimer: Results may vary based on the individual" Vita E yang telah dicucuk dan dipicit isinya |
Ok, selesai tips dan cara bermasker dengan Vita E Shaklee. Jika anda belum mencuba bermasker dengan Vita E Shaklee ni, bolehlah cuba yer. Kaum lelaki pun boleh cuba tau, cuba lihat hasil testimoni di bawah.
Credit testi: Vitamin Valley, Salmeza Salih
"Disclaimer: Results may vary based on the individual"
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)