Bahaya Kolesterol dan Tips Mengelak Kolesterol
12:09 AMAssalamulaikum..masih lagi di bulan Syawal..sibuk beraya sampai tak ada masa nak update blog..hehe sorry la yer. So macam mana raya anda, tahun ni eina sambut sederhana jer...tapi selera makan menjadi-jadi pula masa raya ni kan...sekarang time untuk detoks, bakar balik lemak-lemak dan kawal selera makan untuk maintain kesihatan. Juga kawal kolesterol yang kita tak nampak ni...yang tak nampak ni la bahaya..
Ok..apa itu KOLESTROL?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Tanda-tanda Kolesterol tinggi
** Rasa pening-pening di kepala
** Rasa tegang atau kaku di tengkuk, leher atau bahu
** Rasa kaku atau kebas di kaki dan tangan
** Rasa pedih atau sakit di bahagian dada
** Paling
jelas timbul tanda kekuningan dikelopak mata serta lingkaran putih di pinggir
kornea
Tips mengelak Kolesterol
- Pertahankan pola pemakanan sihat dan seimbang dengan cara:
- Menggunakan makanan diet rendah lemak & kolesterol
- Ganti susu cair biasa dengan skim atau susu tanpa lemak
- Pilih mentega dengan marjerin
- Kurangkan makan daging, telur dan produk susu
- Elak snek dan makanan bergoreng
- Perbanyakkan pengambilan serat yang larut air seperti gandum, kekacang dan buah-buahan
- Hindari alkohol, tidak merokok
- Lebihkan ikan
- Kerap bersukan mengikut umur dan kemampuan
- Pertahankan berat badan normal.
Oleh itu, sama-sama la kita jaga pemakanan kita dan jaga kesihatan yer, kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol. Kolesterol Normal antara 200 untuk 239 mg/dl – kandungan kolesterol tinggi apabila mencecah 240 mg/dl. Oh ya, tahukah anda kolesterol juga penyebab penyakit jantung tau. Jika kandungan kolesterol LDL lebih tinggi dari kandungan kolesterol HDL, risiko untuk mendapat serangan sakit jantung juga tinggi. Shaklee Omegaguard boleh membantu masalah kolesterol. Bagaimana?? Baca sini tentang Omegaguard. Untuk info lebih lanjut boleh juga hubungi saya ok.
Credit: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolesterol
“Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang
dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan
pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta
rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah
kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor
dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)