Perlukah Supplemen Untuk Keperluan Tubuh Badan Kita??
12:55 PM
"Eh, saya dah hidup 20-30 tahun OK je, tak payah makan supplemen, tak pernah kekurangan vitamin pun..."
Siapa
kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan
tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.
Peningkatan
taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan
keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani
kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan
dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin
ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di
celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya
masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan
orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat
bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab
itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan
mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen
multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan
dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya
kurang dalam pemakanan anda.
Multivitamin
penting untuk tubuh
Perlu
diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut
berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan
pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak
mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan
keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya
dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara
umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga
kesihatan jantung.
- Meningkatkan tahap tenaga
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Menguatkan tulang
- Kesihatan mata dan penglihatan
- Menjaga kualiti kulit sihat
Zat
pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain
menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak
sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara
indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
- Wanita hamil dan menyusu anak
- Pengamal diet yoyo
- Perokok
- Pengamal vegetarian
- Pemnium alkohol yang kerap
- Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
- Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
- Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir
suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh.
Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan
pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli
multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan
mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.
Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi
tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah
suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan
yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan
cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.
7 sebab di bawah & pertimbangkanlah sama ada anda perlukan suplemen ni atau tak.
PERTAMA:
Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih
tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan
E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan
dan anti penuaan.
KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di
atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding
dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga,
dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses
pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah
dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif,
ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan
zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam
dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang
serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan
yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang
tinggi kandungan MSG.
KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya
di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan
seimbang tidak dititikberatkan.
- See more at: http://www.shaina-shop.com/2012/09/7-sebab-mengapa-badan-kita-perlukan.html#sthash.qprrsYuI.dpuf
Kenapa badan kita memerlukan supplemen
PERTAMA:
Badan
kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi
daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan
sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
Buah-buahan
dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan
dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang
subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti
buah dan sayuran tersebut.
Zat
makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan.
Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
Pengambilan
pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik
boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak,
kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam
tubuh.
Pengambilan
makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang
dicadangkan.
Gaya
hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah
dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya
di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan
seimbang tidak dititikberatkan
So,
terpulanglah pada masing-masing yer. Tanya saya?? Ya, saya memerlukan
supplemen, sebelum saya amalkan Shaklee pun saya amalkan supplemen. Setiap
penyakit ada ubatnya melainkan mati. Jadi, amalkanlah sumber semulajadi dan
makanan sunnah, lebih berkat dan mendapat pahala menggunakannya, InsyaAllah.
Tapi apapun semua dengan izinNya.
Credit: pama.karangkraf.com/, www.shaina-shop.com
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)