Cara Hidup Sihat untuk Jantung Anda

1:40 AM


Adakah anda tahu bahawa amalan berjalan kaki selama empat jam sehari boleh menyelamatkan nyawa? Ataupun, menyukat pengambilan nasi putih boleh membolehkan jantung "bernafas" dengan sempurna?

Jika anda seorang wanita, peratus untuk mendapat penyakit jantung boleh mencecah sehingga 50%! Fakta membuktikan, penyakit berkaitan kardiovaskular kini dianggap pembunuh nombor satu wanita (lebih teruk berbanding kanser payudara). Akibatnya ramai wanita mati dalan usia muda.

Dalam kebanyakan kes, penyakit jantung sebenarnya mudah di elak pada peringkat awal lagi. Tidak perlu pembedahan dan kos yang mahal. Jika anda tahu cara-cara mengatasinya dan menjadikan semua ini sebagai satu amalan, tidak mustahil penyakit ini dapat dihindari.

Anda boleh mengelakkan risiko penyakit ini hanya dengan mengawal pemakanan, pergerakan dan emosi. Kajian Dean menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mempunyai penyakit jantung boleh disembuhkan hanya dengan mengambil menu rendah lemak, makanan seimbang, diet berasaskan tumbuh-tumbuhan, senaman yang berterusan serta berusaha melegakan tekanan.

Sebenarnya apa yang menggangu hidup kita dalam mencapai kualiti hidup sihat ialah KURANGNYA MOTIVASI. Inilah hakikatnya. Kita akui yang konsep pengubahsuaian terhadap kebiasaan (tabiat pemakanan dan gaya hidup) serta pencegahan adalah sangat-sangat membosankan. Tapi apabila menyebut tentang KEMATIAN (kemuncak segala-galanya), tahu pula takut.

Sesetengah orang boleh makan apa sahaja tanpa risau diserang penyakit jantung, tapi kebanyakan orang tidak boleh. Sebagai permulaannya, berat badan berlebihan adalah faktor utama penyebab sakit jantung. Ada juga kes di mana ia disebabkan oleh faktor-faktor genetik.


Beberapa peraturan diet untuk kesihatan jantung:-

1. KURANGKAN LEMAK
Jika jumlah keseluruhan kolesterol anda adalah di bawah 150 miligrams per deciliter dan LDL (kolesterol tidak baik) dibawah 95, anda tidak boleh lagi mengambil terlalu banyak lemak agar metabolisme tubuh berjalan dengan sempurna. Jika tahap kolesterol dalam badan anda adalah di bawah paras ini, anda perlu mengurangkan lemak dan kolesterol di dalam diet seharian.
Misalnya, satu sudu minyak mempunyai kadar lemak yang sama dengan 3 scoop aiskrim (lebih kurang 3 auns). Jadi jauhilah makanan bergoreng dan berminyak, kecuali minyak ikan kerana ia mengandungi asid fatty omega 3.

2. KURANGKAN DAGING
Sebenarnya amalan memakan makanan rendah lemak adalah lebih baik untuk semua. Anda boleh merendahkan kolesterol dan lemak di samping meningkatkan keupayaan antioksidan dalam melawan penyakit berbahaya. Dalam satu-satu keadaan juga, anda boleh mengurangkan pengambilan daging merah kerana ia berpotensi menyebabkan penyakit jantung dan sesetengah kanser. Pengambilan teh juga sangat baik berbanding minuman berkafein.

3. KURANGKAN MAKANAN BERWARNA PUTIH
Gula, tepung, beras dan mee, kesemua berwarna putih. Sesetengah makanan ini dapat meningkatkan kadar kandugan gula di dalam darah (insulin) sehingga menambahkan kadar kolesterol untuk kegemukan.

4. JANGAN MAKAN SAMBIL MENONTON TELEVISYEN
Makan dan menonton (atau membaca) tidak boleh dilakukan serentak. Kunyah sepotong buah atau sekeping coklat yang berkualiti. Pejamkan mata biarkan ia lama-lama dalam mulut. Ia akan memberi kepuasan dan anda tidak akan mengulang-ulang memakannya sehingga 2-3 kali.

5. TAHU MASA UNTUK BERTENANG
Kita semua mempunyai tekanan masing-masing. Tapi mengajar diri utnuk bertenang setiap kali ditekan masalah adalah 10 kali lebih baik daripada membiarkan perasaan amarah menguasai diri. Selain itu, anda boleh mengatur pernafasan dengan lebih teratur. Jika anda merasa tiba-tiba masalah datang, cepat-cepatlah alihkan minda pada perkara lain/

6. LUASKAN PERGAULAN
Orang yang sunyi cenderung untuk merokok, makan dan minum dalam kuantiti yang banyak. Kadang-kadang mereka memaksa diri untuk berkerja keras demi melupakan mesunyian yang melanda. Oraing seperti ini lebih mudan dijangkiti berbanding orang biasa. Jadi luaskanlah pergaulan dan jangan biarkan masalah menguasai diri.

Nutrien yang baik untuk jantung

>> Omega-3 Fatty Acids
Ia mampu mengurangkan risiko kematian mengejut sebanyak 50% ke 80%. Ia juga mampu menghalang kadar jantung yang tidak normal dan kesakitan akibat bengkak-bengkak.
>> Vitamin E
Antioksidan, anti bengkak dan memapu menghalang penyakit jantung koronari
>> Asid folik
Ia mengurangkan homocysteme di dalam badan, yang mana ia turut mengurangkan risiko penyakit jantung
>> Pottasium
Ia mampu merendahkan tekanan darah dan menghalang kadar denyutan jantung yang tidak normal
>> Magnesium
Ia membantu menghalang kadar denyutan yang tidak sekata serta memabntu tekanan darah rendah.

Fikirkanlah organ yang paling berharga dalam diri anda adalah jantung, maka ia perlu diberi keutamaan. Organ inilah yang bertanggungjawab untuk mengepam darah kepada sistem koronari sebelum ia sampai ke otak. Fungsinya sangat penting, iaitu untuk menjaga keseluruhan sistem tubuh. 


CoQHealth Plus dari shaklee, mengandungi 3 bahan utama bagi membantu membekalkan tenaga untuk jantung yang kuat. Iaitu CoQ10, Vitamin E dan Teh Hijau. Baca lebih lanjut tentang CoQHealth Plus



“Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)