Bahaya Toksin Dalam Badan
2:58 PMToksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh
Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan.Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah
Antara kaedah penyingkiran yang boleh kita amalkan
1. Dalam perubatan cina, kunyit digunakan untuk membersihkan hati, mengurangkan penggumpalan darah serta berperanan bagi menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
2. Ambil banyak serat bagi membantu sistem penghadaman yang baik. Tambahkan juga bakteria baik dalam saluran penghadaman anda (probiotik) dengan makan makanan seperti bawang putih, pisang, bawang, barli, madu, tomato. Apabila bakteria ini seimbang perut akan melancarkan proses detokfikasi.
3. Minum air teh mashmallow. Herba ini membantu membersihkan ginjal, menambah oksigen. Bunga mashmallow pula mengandungi pelbagai bahan berkhasiat untuk ginjal antanya beta karotino, vitamin B1, B2, B3 dan C. Ia turut mengandungi asid amino, mineral, zat besi, fosforus, kalsium dna selenium
4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari (250ml) agar pH tubuh anda kekal seimbang.
5. Bersenam atau Exercise. Tidak perlu lakukan senaman terlalu berat, cukup sekadar mengeluarkan peluh. Badan juga akan lebih bertenaga.
Saya akan sambung pada entri akan datang dan kongsikan organ-organ yang dapat membantu menyingkirkan toksin. Dan bagaimana Shaklee dapat membantu proses pembuangan toksin dan melakukan detoksifikasi. Ok sekian akan bersambung, semoga bermanfaat.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)