Organ-Organ untuk Proses Membuang Toksin
9:00 AM
Secara
umumnya kita mengetahui bagaimana cara menyingkirkan toksin dari tubuh badan
kita. Kita akan makan sesuka hati tanpa memikirkan betapa teruknya organ-organ
di bahagian proses dan penyingkiran bekerja. Terdapat organ-organ dalam tubuh
badan kita yang berperanan menyingkirkan toksin daripada tubuh. Jom baca
1. Hati
~
Kebanyakan proses detokfikasi akan bermula di hati di mana di sini banyak enzim
'detoks' akan dihasilkan. Hati membawa banyak fungsi seperti membuat jud
hempedu, menukar makanan kepada tenaga, membersihkan alkohol dan racun yang ada
dalam darah serta membuat vitamin A untuk keperluan tubuh. Adakah anda sedar tanpa
hati, toksin yang masuk dalam tubuh akan menyebabkan anda menderita dan
merasakan tidak sihat sepanjang masa. Hati juga adalah organ tubuh yang sangat
workaholic. Ia akan pantas bekerja setiap kali anda sumbat dengan pelbagai
makanan yang kaya toksin ke tubuh.
~ Tiga
tindakan umum yang dilakukan oleh hati untuk tubuh
- Membuat jus hempedu dan mencerna asid lemak di dalam usus kecil
- Menyimpan karbohidrat sebagai sumber tenaga
- Menghasilkan glukosa untuk menyeimbangkan tahap gula dalam darah
~
Bagaimana hati bekerja menyapu toksik? Sebagai contoh, apabila anda minum
sejenis minuman yang bertoksin tinggi, hati akan bertindak menukarkan toksin
pekat kepada toksin yang lebih ringan dan dilepaskan dalam bentuk komponen
cecair sama ada melalui peluh, air kencing, jus perut mahu pun air mata. Jadi
hargailah hati anda untuk terus membantu melindungi anda dari toksin yang
berbahaya.
2. Sistem
Perkumuhan (Perut & Usus)
~
Bahagian ini merupakan tempat makanan di tampung debelum segala nutrien yang
diperlukan oleh tubuh di serap. Perut mampu menyimpan makanan dan minuman
sehingga 2-3 liter. Setelah 2-3 jam, organ ini mula memproses makanan. Setelah
semua diproses, bahan yang tidak diperlukan akan bergerak ke usus untuk sedia
disingkirkan.
~
Walaupun nampak mudah dan teratur perjalanan fungsi perut dan usus
menyingkirkan hampas tidak diperlukan dalam tubuh, sekiranya anda berdepan
dengan masalah penghadaman bermakna proses detokfikasi akan terjejas. Bagaimana
rasanya sekiranya bahan buangan anda tidak dibuang dalam masa seminggu? Pasti
pelbagai masalah kesihatan akan hadir.
3. Ginjal
(Buah Pinggang)
~ Ia
adalah organ yang bertindak menyeimbangkan tubuh. Organ ini begitu penting
kerana menjalankan fungsi menyeimbangkan pengaliran cecair dan tahap garam
dalam tubuh, memusnahkan toksin, melancarkan aliran darah, membina sel darah
merah, tisu dan Ph tubuh.
~ Ginjal
akan bekerjasama dengan aldosteone-hormon yang di rembes oleh kalenjar adrenal
bagi memastikan tahap garam dalam tubuh seimbang. Sekiranya kandungan makanan
anda tinggi toksin daripada sumber garam, maka ginjal akan menyingkirkan bahan
buangan ini melalui peluh dan air kencing. Disebabkan peranan yang hebat ini
anda perlu memastikan ia terus terjamin dan sihat.
4. Kulit
~ Kulit
paling jelas menjalankan fungsi penyingiran toksin dan bahagian ini seringkali
menjadi sumber awal menunjukkan tubuh penuh toksik atau tidak. Justeru itu
ramai yang lebih menumpukan bahagian tubuh yang lain. Yela kan, takut imej
terjejas kerana wajah tumbuh jerawat, kusam dan kering. Untuk mengelakkan
masalah ini, anda perlu faham bahawa kulit merupakan organ detoksifikasi.
Bagaimana kulit menjalankan detoksifikasi? Buktinya dengan kehadiran sel kulit
mati yang kering pada tubuh. Singkirkan lemak berlebihan melalui penghasilan
serum minyak pada kulit seperti di wajah.
5. Paru-paru
~
Paru-paru seolah-olah penapis udara. Paru-paru membawa masuk udara terus ke
dalam aliran darah dalam tubuh dan dalam masa yang sama akan membebaskan gas
karbon dioksida. Dan gas-gas lain yang tidak diperlukan.
~ Sekiranya
anda ,menyedut terlalu banyak gas beracun, paru-paru akan bekerja keras menapis
semua yang bertoksik dan kesannya boleh dilihat berlaku pada penghisap rokok.
~
Paru-paru yang terlalu banyak menapis toksik akan berubah warnanya menjadi
gelap dan sehingga akhirnya gagal untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Sumber:
iSihat
Jom Detox dengan Shaklee.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)