Bagaimana Membayar Hutang Si Mati
12:30 PMBagaimana Membayar Hutang Si Mati
=============================
Siapa sini tak ada hutang dan tak pernah berhutang? Eina salute orang yang tak pernah berhutang.
Once
kita kata 'pinjam', itu sudah dinamakan hutang. Selagi kita hidup,
bayarlah semampu mana yang boleh ya. Jangan tak bayar langsung pula.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya" (Riwayat al-Bukhari)
Bayar ya, jangan tangguh lama-lama ok.
#####
Eina nak share bagaimana membayar hutang bagi orang yang telah meninggal dunia.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Roh seorang Mukmin masih tergantung (sesudah matinya) sampai hutangnya di dunia diselesaikan." (Riwayat Ahmad)
😌 Allahuakbar.
1.
Bagi waris si mati, hendaklah melangsaikan hutang si mati terlebih
dahulu. Kemudian diperuntukkan kos penyelenggaraan jenazahnya. Akhirnya
barulah harta peninggalannya dibahagikan kepada pewaris yang layak.
2.
Si mati tidak meninggalkan harta, tidak wajib bagi waris membayar
hutang si mati dengan menggunakan wang sendiri walaupun si mati itu
adalah ayah sendiri. Dosa orang lain, tidak akan ditanggung oleh orang
lain meskipun warisnya. Bagaimanapun untuk kebaikan si mati, baiknya si
waris berusaha sedaya upaya untuk menjelaskannya.
3. Bagi
anak yang menggunakan duit sendiri untuk melunaskan hutang ibu dan ayah
yang telah mati, itu adalah satu bakti anak kepada kedua orang tuanya.
Anak yang bertanggungjawab mestilah sedaya upaya menjelaskan hutang
kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia.
4. Waris
hendaklah berjumpa dengan orang yang memberi hutang kepada si mati untuk
diselesaikan. Jika tidak mahu dihalalkan, dengan alasan tertentu
seperti wang yang dipinjam itu sangat diperlukan, hendaklah waris
berusaha untuk membayarnya.
5. Orang yang memberi hutang,
adalah lebih baik menghalalkan hutang si mati dengan menganggapnya
memberikan rezeki yang lebih baik daripada itu. Tidak ada gunanya
berkeras tidak mahu menghalalkan hutang si mati sedangkan hutang itu
belum pasti dapat dikembalikan oleh waris dan orang yang berhutang itu
sudahpun meninggal dunia. Bahkan orang yang menghalalkannya akan
mendapat pahala sedekah.
Doa Agar Dapat Membayar Hutang
اللهم اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن سواك
(Allahummak fini bihalalika ‘an haramika, waghnini bifadhlika ‘amman siwaka)
Maksudnya:
" Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku
terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga
aku tidak minta) kepada selainMu"
Jom kita sama-sama amalkan doa ini. Semoga kita semua terhindar dari bebanan hutang. InsyaAllah
Sumber: Buku 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang
Semoga bermanfaat 🙂
#EinaSajeKongsi
#Hutang
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)