Kesan-kesan Jerebu Kepada Kesihatan

10:00 AM



Punca utama Jerebu yang melanda negara kita sekarang adalah dari pembakaran hutan di negara jiran. Keadaan jerebu ini telah mengakibatkan banyak aktiviti dan sesi persekolahan di negeri-negeri yang terlibat terpaksa dihentikan.

Keadaan jerebu yang berterusan mampu mengancam kesihatan kita. Antara golongan yang berisiko tinggi ialah
  • Golongan kanak-kanak
  • Warga tua
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah atau di luar bangunan
  • Mereka yang mengalami penyakit asma, radang paru-paru, alahan, jantung 
  • Perokok

Golongan-golongan ini dinasihatkan
  • Mengurangkan aktiviti luar.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
  • Pastikan keadaan dalam rumah sentiasa bersih
  • Banyakkan meminum air kosong (sekurang-kurangnya 2 liter sehari)
  • Jangan merokok
  • Jangan lakukan aktiviti pembakaran terbuka
  • Gunakan penghawa dingin apabila di dalam kenderaan
  • Memakai penutup hidung dan mulut (mask) apabila berada di luar 
Ambil tahu tahap jerebu di tempat anda.


Check bacaan IPU di sini : APIMS
 
Bagi mereka yang mengalami tanda-tanda awal seperti batuk, selsema atau sakit mata, anda dinasihatkan dapatkan nasihat doktor dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah lebih buruk. 

Gejala atau kesan-kesan akibat pendedahan kepada jerebu ialah 
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Jika anda mengalami keadaan seperti ini, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaaan lanjut.

Langkah seterusnya, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Semoga kita semua dilindungi Allah dan semoga masalah jerebu ini akan pulih seperti sediakala.

You Might Also Like

0 comments

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews