Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Assalamualaikum
     
    Lately ni Eina dapat ramai prospek yang bertanyakan vitamin Shaklee untuk masalah kolesterol.
     

    Eina akan share antara vitamin-vitamin yang sesuai untuk bantu turunkan atau kurangkan masalah kolesterol ni ya.

    Sebelum tu, jom kita baca sikit info ringkas tentang kolesterol ni.

    Apa itu Kolesterol?

    Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul. Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, tetapi ia boleh dijumpai dalam pelbagai makanan yang berasaskan haiwan. Ia boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang terlalu tinggi.
     
    Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).
     
    Baca lagi tentang Kolesterol >> KLIK DI SINI
     
     
    Tanda-tanda Kolesterol tinggi
    • Rasa pening-pening di kepala
    • Rasa tegang atau kaku di tengkuk, leher atau bahu
    • Rasa kaku atau kebas di kaki dan tangan
    • Rasa pedih atau sakit di bahagian dada
    • Paling jelas timbul tanda kekuningan dikelopak mata serta lingkaran putih di pinggir kornea

    DAN paling menakutkan timbul ketulan seakan benjol di bahagian badan, macam leher, belakang kepala, benjol tersebut sebenarnya lelemak putih lilin (lemak) akibat kolesterol yang tinggi dalam badan 
     
    Baca Tips Mengelak Kolesterol >> KLIK DI SINI
     
     
    Vitamin Shaklee Untuk Turunkan dan Kurangkan Masalah Kolesterol
     
     
    1. Omegaguard
     
    OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
     
    Kajian menunjukkan bahawa penggunaan asid lemak omega-3 membantu:
    • Mengenalpasti dan menghancurkan protein yang menyebabkan inflamasi.
    • Menukar sifat dan fungsi sel yang menyebabkan inflamasi.
    • Meningkatkan pengeluaran protein yang mengurangkan inflamasi  
    Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 
     
    EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
    • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
    • Meningkatkan pengaliran darah.
    • Mengekalkan degupan jantung yang sihat.
     
    2. Energizing Soy Protein
     
    Salah satu cara mengurangkan kadar kolesterol ialah ambil makanan yang tinggi serat dan juga protein. Protein soya membantu menurunkan kolesterol! Jumlah protein soya yang disyorkan untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol darah adalah 25g sehari.

    ESP menyediakan:
    • 14g protein tulen, bersamaan dengan 1 hidangan ikan!
    • RENDAH Lemak supaya anda boleh menikmatinya setiap hari!
    • TIADA kolesterol untuk jantung yang lebih sihat.
    • RENDAH Indeks Glisemik, sesuai untuk pesakit kencing manis dan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan mereka. 

    ESP diperbuat daripada:
    • Kacang soya asli, BUKAN-GMO kacang soya yang melalui pengubahsuaian organisma secara genetik.
    • TIADA gluten, selamat untuk anda yang sensitif terhadap gluten.
    • TIADA perisa tiruan, mempunyai hanya yang tulen, lazat dengan kebaikan semula jadi.
    • TIADA pemanis tiruan, minum dengan fikiran yang tenang.
    • TIADA pewarna tiruan.
    • TIADA pengawet kerana kacang soya asli yang terbaik tidak perlu pengawet.
     
    3. Vivix

    Vivix merupakan campuran tumbuh-tumbuhan semulajadi yang tinggi dengan kandungan polifenol.
     
    Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia berperanan memberi mereka warna sambil melindungi dari penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas termasuk menggalakkan fungsi jantung yang sihat.

    Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan tubuh yang sihat dengan:
    • Mengurangkan keradangan dalam salur darah.
    • Menggalakkan dinding salur darah yang sihat
    • Menggalakkan tekanan darah yang sihat.
    • Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat.
    • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
    • Melindungi kerosakan DNA.
    • Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.
    • Polifenol campuran anggur muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikankerosakan selular.
    *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    So, untuk anda yang nak cuba vitamin-vitamin Shaklee untuk turunkan kolesterol atau untuk kurangkan kolesterol, bolehlah cuba vitamin-vitamin di atas ok.

    Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh jer terus whatsapp Eina untuk konsultasi.


    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading

     
    ADAKAH ANDA SEDANG ALAMI MASALAH KESIHATAN SEPERTI INI?
    .
    😢 Kolesterol tinggi
    😢 Tekanan darah tak stabil
    .
    Sudah cuba pelbagai ubat untuk merawat masalah di atas, tapi sangat susah untuk dikawal.
    .
    Dengan Omega 3 di dalam kapsul Omegaguard

    😇 Kolesterol terkawal
    😇 Tekanan darah stabil/normal



    "Saya makan untuk kawal kolesterol dan elak tekanan darah tinggi semasa hamil hari tu. Alhamdulillah. Bacaan darah ok walaupun berat naik agak banyak"

    - Puan Wan Nabighah




    "Mula-mula consume Omegaguard bersama-sama mak

    Puncanya sebab nak kawal kolesterol, Alhamdulillah, asbab amalkan Omegaguard, bacaan kolesterol mak dan saya back to normal

    Sampai sekarang pun masih consume Omegaguard, sebab dah jatuh cinta dengan banyak kebaikan yang kita boleh dapat, especially untuk bantu tingkatkan tahap kesihatan dalam badan."

    - Puan Nor Hudar Abu Bakar

    Bagi anda yang ada masalah kronik dan masih dalam rawatan doktor, mohon rujuk dulu doktor anda sebelum ambil Omegaguard ni ya.



    Berminat ingin mencuba Omegaguard? Hubungi Eina ok.

    Continue Reading
    Assalamualaikum 

    Eina nak share testimoni-testimoni Omegaguard terbaru untuk anda

    Ada pelbagai kesan positif dari pengambilan Omegaguard, Omegaguard boleh di ambil oleh semua golongan. Bermula dari kanak-kanak berusia 1 tahun hinggalah ke warga tua. Ibu hamil pun boleh consume ok.

    Bagi anda yang ada masalah kronik dan masih dalam rawatan doktor, mohon rujuk dulu doktor anda sebelum ambil Omegaguard ni ya.

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    ***

    Ok jom baca satu-satu feedback dari semua yang pernah consume Omegaguard ini ya

    Testimoni Omegaguard untuk Ibu Hamil
    testimoni omegaguard untuk ibu hamil
    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testimoni Omegaguard untuk Kolesterol
    Testimoni Omegaguard untuk Kolesterol

    Testimoni Omegaguard untuk Kolesterol
    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testimoni Omegaguard untuk Kurus
    Testimoni Omegaguard untuk Kurus





    Testimoni Omegaguard untuk Kurus

    Testimoni Omegaguard untuk Kurus
    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testimoni Omegaguard untuk Asma
    Testimoni Omegaguard untuk Asma
    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Testimoni Omegaguard untuk Resdung
    Testimoni Omegaguard untuk Resdung
    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Haaa macam mana, banyak kesan positif Omegaguard ni kan? Jom cuba, InshaaAllah dapatkan tingkatkan kesihatan.

    Nak beli terus Omegaguard, click sini Omegaguard Shaklee

    Sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh Whatsapp Eina terus ya.

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    ~~~~~

    Continue Reading
    Assalamualaikum.

    Apa kabar semua. Dah tau promo bulan January 2018? Ok dah tau pun Eina akan bagi tau juga, hehe

    Ok sepanjang bulan January ini, anda boleh dapatkan Omegaguard dengan harga special sangat. Beli 3 botol Omegaguard ada discount 5% tau. So, pengamal tegar Omegaguard, jangan tak grab pula ya. Sangat berbaloi. Jangan risau, untuk promo ini, expiry datenya pada 16hb April 2019. Haaa lambat lagi kan, so untung beli masa promo ni okeh

    .

    Siapa yang perlu Omegaguard?
    .
    Lelaki & Wanita
    ✔️ Memelihara dari penyakit jantung, strok, mengawal kolesterol, masalah obesiti, untuk kesihatan sendi, bagi wanita ia membantu kulit menjadi licin & kelihatan kemerah-merahan dan banyak lagi
    .
    Kanak-kanak
    ✔️ Membantu perkembangan otak dengan baik, membantu menguatkan paru-paru, menguatkan sistem imun, juga membantu masalah eczema
    .
    Ibu hamil
    ✔️ Membantu perkembangan otak dan mata bayi semasa dalam kandungan, mengurangkan risiko lahir bayi pramatang dan mengurangkan alahan pada bayi selepas dilahirkan
    .
    Ibu menyusu
    ✔️ Membantu perkembagan dan pertumbuhan otak bayi yang sihat yang dapat disalurkan melalui penyusuan susu ibu
    .
    Ingin Kurus?
    Omega 3 di dalam Omegaguard juga membantu anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Omega 3 meningkatkan hormon Leptin yang menbantu mengawal selera makan dan membantu membakar lemak dengan lebih cepat.




    Omegaguard mengandungi Omega 3 yang kaya dengan DHA & EPA yang penting dalam diet harian.
    .

    Fungsi utama Omega Guard Shaklee adalah :
    .
    ✔️bantu mencegah penyakit salur darah dan stroke
    ✔️DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
    ✔️menurunkan tekanan darah tinggi
    ✔️melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar
    ✔️membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
    ✔️mengelak ketegangan leher atau sakit kepala
    ✔️merendahkan kolesterol
    ✔️menghindar pembekuan darah di dalam badan
    ✔️mengawal masalah obesiti
    ✔️mengurangkan risiko penyakit jantung
    ✔️ Mencegah insomnia
    ✔️ Mengurangkan tekanan emosi
    ✔️ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
    ✔️ Membantu memperbaiki masalah autism
    ✔️ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
    ✔️ Mengurangkan masalah schizophrenia
    ✔️ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

    Kalau ada apa-apa pertanyaan atau nak order, boleh terus Whatsapp ok

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    Continue Reading
    Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrient tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh.

    Jantung Sihat dengan Omega-3
    Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

    Bagaimana Omega-3 berfungsi untuk menjadikan jantung kita sihat?

    1. Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat
    Jantung Sihat dengan Omega-3
    Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolestreol, Kolesterol HDL (Kolestreol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

    Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
    # Meningkatkan paras Kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
    # Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam Darah)
    # Merendahkan risiko penyakit jantung

    2. Mengawal Tekanan Darah yang Sihat
    Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omgea-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat

    3. Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat

    saluran darah

    Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

    Omega-3 membantu:
    # Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
    # Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah


    4. Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat

    Jantung Sihat dengan Omega-3

    Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 mambantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut


    5. Menyokong Peredaran Darah yang Sihat
    Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel anda. Omega-3 membantu
    # Mengurangkan risiko pembekuan darah
    # Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.

    ***

    Asid lemak Omega-3 boleh didapati di dalam Shaklee Omegaguard. ;)

    OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

    Jika anda ingin mencuba Omegaguard, terus hubungi Eina ok.


    Continue Reading
    Dulu TINGGI, kini Ideal
    ---------------------

    Apa yang tinggi, apa yang ideal?

    Tu dia Tekanan Darah la

    Sy dh pernah smpi tahap tinggi smpi doktor dh bg warning;

    Badan awk ni xkene, kne kuruskan
    gemuk besar ni banyak penyakit kolestrol tinggi, darah tinggi!

    Alhamdulillah tersentak berkali2x dgn doktor ni, sy pun tekad kuruskan kan badan dan konsisten!

    Dan paling syukur sgt; sy skang maintain tekananan darah pada paras normal dan ideal!

    Sy sedar zaman skang makanan dan gaya hidup sangat mencabar dan tidak sihat; xmacam dlu dh, petang2x main bola smpi habis basah baju, seluar; 2-3 jam hadap main bola xde hal

    Kini, dh makin berusia, tidak selincah dlu

    Jadi konsisten pengambilan makanan sihat dan gaya hidup sihat untuk memelihara nikmat kesihatan!

    Beringat kawan2x sebelum kene!

    G cek darah; dan bandingkan dgn jadual sy letak!

    Cakna sihat!

    Dlu sy 140/90 dan kini..ble
    tgk kt gambo sy ni ye

    Tq leader sy abam AbdRahman Daros tlg snap gambo ni aritu



    Credit to Master Dosh

    Untuk info dan order
    Eina (019.227.5759)

    Continue Reading

    Kaitan penyakit darah tinggi dengan penyakit-penyakit berisiko yang lain seperti jantung, buah pinggang serta organ-organ adalah sangat rapat. Darah tinggi juga boleh meningkatkan risiko strok dan melumpuhkan sistem buah pinggang. Bagaimanapun, punca sebenar serangan darah tinggi masih belum diketahui secara total. Tetapi setiap individu sentiasa disarankan supaya berhati-hati terhadap pengambilan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Malah setiap individu digesa menjalani pemeriksaan doktor secara kerap.

    Meskipun risikonya tinggi, penyakit darah tinggi masih mudah dikawal jika penghidapnya mengamalkan pengambilan makanan dan ubat-ubatan secara konsisten. Penderita darah tinggi harus memperhatikan pola pemakanan seharian. Pola makan yang dianjurkan semakin rumit jika usia pesakit melebihi 50 tahun. Ini kerana, pada usia ini darah tinggi sering ditambah dengan komplikasi lain seperti penyakit jantung koroner, strok dan sebagainya.

    Apakah bentuk pola pemakanan yang sesuai dan perlu dijauhkan oleh penderita darah tinggi?
    Makanan yang SESUAI diambil
    Matlamat utama anda untuk mengawal pemakanan adalah bertujuan merendahkan kolesterol dan lemak tepu dalam darah. Walaupun sukar untuk mengelak daripada mengambil makanan tanpa lemak, sekurang-kurangnya penderita boleh mengurangkan pengambilannya.

    Lemak tepu banyak terdapat di dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu. Jika mengambilnya tanpa kawalan akan menyebabkan peningkatan paras kolesterol di dalam darah. Apapun, kandungan lemak tepu dalam diet boleh dikurangkan dengan mengikuti panduan-panduan berikut:-

    #1 Makan ikan dan ayam tanpa kulitnya. Jika memasak daging merah (lembu atau kambing) pilih bahagian tanpa lemak sahaja. Buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti yang sederhana.

    #2 Gunakan sedikit minyak sayuran dan marjerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahri ketika memasak. Ini boleh mengurangkan kandungan lemak tidak tepu dalam darah.

    #3 Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain (tanpa kolesterol) untuk menggantikannya.

    #4 Tukar kaedah memasak dengan cara membakar, memanggang, merebus dan mengukus, elakkan menggoreng.

    #5 Makanan yang disajikan mestilah mengandungi semua zat gizi iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Penggunaan garam perlu dibataskan.

    #6 Makanan yang kita makan sehari-hari biasanya mengandungi 2800-6000mg natrium. Sebahagian besarnya datang dari garam dapur dan selebihnya terdapat secara semulajadi dalam bahan makanan. Bagi pesakit darah tinggi ringan, natrium mestilah diambil pada kadar 1-1.5gm per hari sahaja. Penambahan garam dapur hanya boleh diambil sekitar 2gm atau setengah sudu teh. Bagi pesakit darah tinggi sederhana pula, natrium dibenarkan ialah 600-800mg per hari. Penambahan garam dapur 1g sehari atau setara 1/4 sudu teh. Bagi pesakit darah tinggi yang serius, natrium hanya boleh diambil 200-4--mh per hari, tanpa penambahan garam dapur.

    #7 Pilihlah makanan yang kaya dengan serat, misalnya oat dan gandum

    #8 Ikan juga baik untuk anda. Untuk menyediakan makanan yang sihat, hidangannya sama ada direbus, dipindang, dibakar atau ditumis (tanpa minyak)

    #9 Jus buah-buahan. Ia kaya dengan vitamin C dan serat

    Makanan yang TIDAK SESUAI diambil
     
    #1 Hindari makanan manis. Pesakit perlu membatasi atau menghindari biskut, kek, halwa serta makanan lain yang banyak mengandungi gula (manis)

    #2 Semua bentuk makanan yang melibatkan daging merah, misalnya rendang dan daging goreng. Begitu juga dengan ikan masin, sardin, mentega dan daging panggang. Selain itu, makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet juga tidak baik untuk pesakit darah tinggi.

    #3 Minuman yang tinggi natrium, misalnya kopi. Selain itu, alkohol juga tidak baik untuk penyakit darah tinggi

    #4 Daging kambing dan durian serta makanan yang bergizi tinggi (daging merah) dan tinggi natrium (bergaram) hendaklah dibatasi. Makanan bersantan yang kaya lemak juga mestilah dikurangkan.

    #5 Bacalah label makanan terlebih dahulu terutama yang menyebut tentang sodium chloride, garam, MSG, sos soya, serbuk penaik, monosodium dan sos teriyaki.

    #6 Makanan yang mempunyai nilai tenusu yang tinggi juga tidak baik untuk pesakit darah tinggi. Jika ingin mengambil susu dan soya misalnya, pilihlah yang rendah lemak.

    #7 Selain mengawal pola pemakanan, rokok juga perlu dijauhkan. Merokok boleh mendatangkan risiko darah tinggi. Berat badan juga perlu dikawal, kerana ia bersangkutan dengan risiko jantung.

    Perubahan diet tidak boleh dilakukan dengan tiba-tiba. Adalah merbahaya kepada tubuh badan jika nutrien penting tidak diambil. Diet yang melampau boleh menyebabkan masalah kesihatan lain yang timbul. Walaubagaimanapun, perubahan diet yang beransur-ansur, senaman yang konsisten dan perhatian yang diberikan terhadap pengambilan kolesterol dan lemak tepu dapat memastikan paras kolesterol berada pada tahap normal.

    Shaklee juga boleh bantu pesakit darah tinggi. Baca testimoni pengguna di SINI

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading



    Istimewa promosi bulan ini untuk anda yang ada masalah KOLESTEROL

    1. Beli 6 Percuma 1 @ Buy 7 at 6
    2. Beli 2 Diskaun 5%

    ✔️Omegaguard
    Omegaguard Shaklee mengandungi asid lemak Omega 3, DHA & EPA.

    ~ Mencegah penyakit saluran darah dan strok, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar
    ~ Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.
    ~ Merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan
    ~ Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
    ~ Mengawal masalah obesiti
    ~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
    ~ Membantu tunbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.

    ✔️ Phytocol-ST™

    Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol


    Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

    • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
    • Dirumus daripada campuran sterol & stanol
    • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
    Hubungi Eina untuk maklumat lanjut ok.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Assalamulaikum..masih lagi di bulan Syawal..sibuk beraya sampai tak ada masa nak update blog..hehe sorry la yer. So macam mana raya anda, tahun ni eina sambut sederhana jer...tapi selera makan menjadi-jadi pula masa raya ni kan...sekarang time untuk detoks, bakar balik lemak-lemak dan kawal selera makan untuk maintain kesihatan. Juga kawal kolesterol yang kita tak nampak ni...yang tak nampak ni la bahaya..

    Ok..apa itu KOLESTROL? 



    Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

    Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

    Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

    Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

    Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


    Tanda-tanda Kolesterol tinggi
    ** Rasa pening-pening di kepala
    ** Rasa tegang atau kaku di tengkuk, leher atau bahu
    ** Rasa kaku atau kebas di kaki dan tangan
    ** Rasa pedih atau sakit di bahagian dada


    ** Paling jelas timbul tanda kekuningan dikelopak mata serta lingkaran putih di pinggir kornea
    DAN paling menakutkan timbul ketulan seakan benjol di bahagian badan, macam leher, belakang kepala, benjol tersebut sebenarnya lelemak putih lilin (lemak) akibat kolesterol yang tinggi dalam badan
       
    Tips mengelak Kolesterol
     
    • Pertahankan pola pemakanan sihat dan seimbang dengan cara:
    • Menggunakan makanan diet rendah lemak & kolesterol
    • Ganti susu cair biasa dengan skim atau susu tanpa lemak
    • Pilih mentega dengan marjerin
    • Kurangkan makan daging, telur dan produk susu
    • Elak snek dan makanan bergoreng
    • Perbanyakkan pengambilan serat yang larut air seperti gandum, kekacang dan buah-buahan
    • Hindari alkohol, tidak merokok
    • Lebihkan ikan
    • Kerap bersukan mengikut umur dan kemampuan
    • Pertahankan berat badan normal.

    Oleh itu, sama-sama la kita jaga pemakanan kita dan jaga kesihatan yer, kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol. Kolesterol Normal antara 200 untuk 239 mg/dl – kandungan kolesterol tinggi apabila mencecah 240 mg/dl. Oh ya, tahukah anda kolesterol juga penyebab penyakit jantung tau. Jika kandungan kolesterol LDL lebih tinggi dari kandungan kolesterol HDL, risiko untuk mendapat serangan sakit jantung juga tinggi. Shaklee Omegaguard boleh membantu masalah kolesterol. Bagaimana?? Baca sini tentang Omegaguard. Untuk info lebih lanjut boleh juga hubungi saya ok.

    Credit: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolesterol 

    “Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri
      Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. S...
    • PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya
        Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semua seko...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top