Jantung Sihat dengan Omega-3
4:43 PMAsid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.
Bagaimana Omega-3 berfungsi untuk menjadikan jantung kita sihat?
1. Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat
Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolestreol, Kolesterol HDL (Kolestreol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.
Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
# Meningkatkan paras Kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
# Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam Darah)
# Merendahkan risiko penyakit jantung
2. Mengawal Tekanan Darah yang Sihat
Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omgea-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat
3. Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat
Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.
Omega-3 membantu:
# Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
# Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah
4. Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat
Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 mambantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut
5. Menyokong Peredaran Darah yang Sihat
Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel anda. Omega-3 membantu
# Mengurangkan risiko pembekuan darah
# Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.
***
Asid lemak Omega-3 boleh didapati di dalam Shaklee Omegaguard. ;)
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
Jika anda ingin mencuba Omegaguard, terus hubungi Eina ok.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)