Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online




    Umum mengetahui Asid Lemak Omega 3 sangat baik untuk mengekalkan kesihatan jantung dan juga sendi. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa minyak ikan juga baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga mempunyai sifat sebagai pelindung matahari semulajasi yang membantu melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya.

    Asid Lemak Omega juga membantu masalah kulit seperti psoriasis, alergi dan jerawat. Asid lemak ini membantu menghidupkan semula dan meremajakan kulit dan mengurangkan melanin untuk memperbaiki dan mengekalkan warna kulit yang sihat. Lebih tepat ia boleh dikatakan membantu menjadikan kulit kelihatan licin, cerah, berseri, lembut dan sempurna.

    Jurnal Akademi Dermatologi Amerika tahun 1989 pernah melaporkan metabolisme asid lemak abnormal mempunyai peranan penting dalam kes-kes eksim atopik, dermatitis atopik dan psoriasis. Sejak itu beberapa kajian saintifik telah mengkaji peranan asid lemak dalam minyak ikan untuk merawat gangguan kulit.

    Jom lihat antara khasiat Omega 3 untuk kesihatan kulit ini.

    EPAs dalam Omega 3 membantu melembabkan kulit


    EPAs membantu melambatkan tanda penuaan akibat sinaran matahari


    Omega 3 membantu membina lapisan pada kulit bagi mengelakkan kulit daripada dehidrasi dan sekaligus memelihara kelembapan kulit


    Omega 3 juga mencegah inflimasi pada kulit bermasalah seperti ruam/eczema. Omega 3 mengurangkan simptom-simptom atau kemerahan pada kulit

    Dapatkan sumber terbaik Omega 3 di dalam Omegaguard 😉

     
    Kenapa Omegaguard?

    ▶️ Setiap hidangan memberi anda 546mg EPA dan 360mg DHA
    ▶️ Membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen
    ▶️ Menjalani proses penyulingan molekul tiga peringkat untuk memastikan ketulenan dan potensi serta menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, cadmium, arsenic, dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar
    ▶️ Diiktiraf oleh Friend of the Sea untuk membantu memastikan bekalan minyak ikan yang berterusan



    Baca sini > Manfaat Asid Lemak Omega 3 Untuk Kesihatan


    Ingin dapatkan Omegaguard? Hubungi Eina sekarang


    Continue Reading

    Manfaat Asid Lemak Omega-3 untuk Kesihatan

    Secara amnya, isi ikan memiliki kandungan lemak yang lebih rendah berbanding haiwan lain. Walaubagaimanapun, kandungan lemak yang rendah tersebut telah diserta dengan kualiti yang tinggi. Tingginya kualiti lemak daripada ikan adalah berkaitan dengan kandungan asid lemak perlu yang secara spesifiknya berkaitan dengan kandungan asid lemak omega-3.

    Omegaguard


    Asid lemak omega-3 terdapat dalam jumlah yang banyak terdapat dalam lemak ikan, berlipat ganda berbanding yang terdapat dalam daging lembu, khinzir atau ayam. Asid lemak omega-3 telah lama dihubungkaitkan kemampuannya untuk perkembangan otak, kesihatan mata, kesihatan jantung dan pencegahan penyakit menahun (penyakit yang lama)

    Eicosapentaenoic acid (EPA) merupakan salah satu jenis asid omega-3 yang penting dalam pencegahan penyakit jantung. Di dalam tubuh manusia, asid EPA ini akan ditukarkan kepada prostasiklin yang akan bekerja sebagai sebatian antipenggumpalan darah. Asid EPA juga memiliki fungsi untuk menghalang proses pembentukan tromboxane. Tromboxane merupakan substrat yang menyebabkan berlakunya penggumpalan darah.

    Docosahexanoic acid (DHA) pula merupakan asid lemak omega-3 yang banyak dihubungkaitkan dengan tingkat kecerdasan. Di dalam otak manusia terdapat sistem saraf dan dendrit yang merupakan bahagian hujung saraf yang berperanan untuk menerima maklumat dan meneruskannya ke saraf laian. DHA merupakan bahagian penting untuk perkembangan dendrit ini. DHA juga berperanan penting dalam pencegahan penyakit neurodegeneratif.

    Ini antara manfaat Asid Lemak Omega-3 untuk kesihatan














    Ingin dapatkan sumber Asid Lemak Omega-3 yang berkualiti? Cuba Omegaguard Shaklee ;)




    Klik link ini untuk baca lebih lanjut tentang Omegaguard

    Asid Lemak Omega-3

    Untuk sebarang pertanyaan atau berminat dengan Omegaguard, boleh terus Whatsapp Eina ;)

    Continue Reading


    Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan menggalakkan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh mmebantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

    Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini



    Mengawalatur Tahap Lemak Badan Yang Sihat
    Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:

    • Meningkatkan kadar metabolic – kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari
    • Meningkatkan kadar pembakaran lemak
    • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
    • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita

    Menyeimbangkan Rasa Kenyang
    Dua hormon utama – ghrelin dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawalatur dua hormon ini dan:
    •          Meningkatkan rasa kenyang – anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan

    Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat
    Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
    •         Meningkatkan kepekaan insulin badan – semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak

    Mengurangkan Tekanan
    Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil

    Vitamin Bakar Lemak


    Nak tau lebih lanjut tentang vitamin Shaklee untuk bakar lemak? Boleh Whatsapp Eina terus ya.

    Continue Reading
    Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrient tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh.

    Jantung Sihat dengan Omega-3
    Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

    Bagaimana Omega-3 berfungsi untuk menjadikan jantung kita sihat?

    1. Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat
    Jantung Sihat dengan Omega-3
    Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolestreol, Kolesterol HDL (Kolestreol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

    Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
    # Meningkatkan paras Kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
    # Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam Darah)
    # Merendahkan risiko penyakit jantung

    2. Mengawal Tekanan Darah yang Sihat
    Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omgea-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat

    3. Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat

    saluran darah

    Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

    Omega-3 membantu:
    # Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
    # Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah


    4. Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat

    Jantung Sihat dengan Omega-3

    Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 mambantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut


    5. Menyokong Peredaran Darah yang Sihat
    Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel anda. Omega-3 membantu
    # Mengurangkan risiko pembekuan darah
    # Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.

    ***

    Asid lemak Omega-3 boleh didapati di dalam Shaklee Omegaguard. ;)

    OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

    Jika anda ingin mencuba Omegaguard, terus hubungi Eina ok.


    Continue Reading


    Kita biasa dengar perkataan Omega-3, DHA dan EPA kan? Apa itu Omega-3? Apa itu DHA & EPA? Kenapa ia penting untuk ibu hamil? Jemput baca sampai habis ya. :)

    Omega-3 tergolong di dalam sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (essential unsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin iaitu suplemen atau makanan tambahan.

    Omega-3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak utama iaitu
    1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
    2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
    3. Alpha Lilolenic Acid (ALA)

    Setiap asid lemak diatas mempunyai manfaat penting dan unik kepada ibu hamil. Malah asid lemak ini juga baik dalam membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan. Ia didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Pengambilan yang lebih tinggi juga (bergantung kepada keadaan kesihatan si ibu) boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi 

    Pengambilan asid lemak Omega-3 yang mencukupi juga penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

    Peranan Omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan.

    EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


    Asid lemak Omega-3, DHA & EPA mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.

    Kekurangan pengambilan Asid lemak Omega-3, DHA & EPA pula meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

    Sumber EPA dan DHA adalah dari ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. 


    Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan terbaik di dunia. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

    OmegaGuard™  Shaklee 
    ~ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan.
    ~ 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
    ~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
    ~ Dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA


    Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada Shaklee ini mempunyai reputasi yang baik dalam memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Promo November 2014

    ✔️Omegaguard



    Istimewa promosi bulan ini..

    1. Beli 6 Percuma 1
    2. Beli 2 Diskaun 5%

    Jika anda Beli 6 Percuma 1, anda juga layak menjadi ahli Shaklee secara percuma. Selain itu anda juga layak menerima cash rebate pada pertengahan Disember nanti.

    Omegaguard Shaklee mengandungi asid lemak Omega 3, DHA & EPA.

    ~ Mencegah penyakit saluran darah dan strok, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar
    ~ Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.
    ~ Merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan
    ~ Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
    ~ Mengawal masalah obesiti
    ~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
    ~ Membantu tunbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.

    Omegaguard mengandungi Omega 3 yang kaya dengan DHA & EPA yang penting dalam diet harian.

    Siapa yang perlu Omegaguard?

    Lelaki & Wanita
    ✔️ Memelihara dari penyakit jantung, strok, mengawal kolesterol, masalah obesiti, untuk kesihatan sendi, bagi wanita ia membantu kulit menjadi licin & kelihatan kemerah-merahan dan banyak lagi

    Kanak-kanak
    ✔️ Membantu perkembangan otak dengan baik, membantu menguatkan paru-paru, menguatkan sistem imun, juga membantu masalah eczema

    Ibu hamil
    ✔️ Membantu perkembangan otak dan mata bayi semasa dalam kandungan, mengurangkan risiko lahir bayi pramatang dan mengurangkan alahan pada bayi selepas dilahirkan

    Ibu menyusu
    ✔️ Membantu perkembagan dan pertumbuhan otak bayi yang sihat yang dapat disalurkan melalui penyusuan susu ibu

    Omega 3 di dalam Omegaguard juga membantu anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Omega 3 meningkatkan hormon Leptin yang menbantu mengawal selera makan dan membantu membakar lemak dengan lebih cepat.

    Nak cuba? Cari SID anda 😊. Nak cari Eina pun boleh ok.


    ~~~~~
    Continue Reading

    DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

    DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.

    Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

    Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

    60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

    Sumber utama
    Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

    Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

    Kebaikan & Kelebihan
    Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :
    [/] Pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
    [/] Pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
    [/] Pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

    Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
    [/] Mengurangkan triglycerides (lemak).
    [/] Mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
    [/] Menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
    [/] Mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
    [/] Mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.

    Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.

    Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.


    Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.

    Jadi, pilihlah suplemen minyak ikan terbaik yang mengandungi DHA, EPA dan asid lemak Omega-3 yang baik kualitinya untuk kebaikan ibu dan juga bayi dalam kandungan.

    Credit: farmasianis.tripod.com, utusan.com.my

    “ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Impian Nak Ada Laman Rumah Besar dan Cantik
      Assalamualakum, hai semua. Semoga sihat-sihat selalu ok :)   Beberapa bulan lepas mentor Eina dalam bisnes Shaklee minta kami semua tuliskan...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri
      Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. S...
    • Eina Md Ali - Effective Business Leader Oct 2020
        Alhamdulillah selesai closing untuk bulan October 2020 kelmarin. Alhamdulillah masih kekal effective sebagai Business Leader. Jualan bulan...
    • Kurus Dalam Masa 3 Bulan, Berat Turun Sebanyak 16kg
      Bukan senang tau nak turun berat badan dengan banyak dalam masa sebulan. Ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi terutamanya dalam pengamb...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top