Manfaat Asid Lemak Omega-3 untuk Kesihatan

12:00:00 pm


Manfaat Asid Lemak Omega-3 untuk Kesihatan

Secara amnya, isi ikan memiliki kandungan lemak yang lebih rendah berbanding haiwan lain. Walaubagaimanapun, kandungan lemak yang rendah tersebut telah diserta dengan kualiti yang tinggi. Tingginya kualiti lemak daripada ikan adalah berkaitan dengan kandungan asid lemak perlu yang secara spesifiknya berkaitan dengan kandungan asid lemak omega-3.

Omegaguard


Asid lemak omega-3 terdapat dalam jumlah yang banyak terdapat dalam lemak ikan, berlipat ganda berbanding yang terdapat dalam daging lembu, khinzir atau ayam. Asid lemak omega-3 telah lama dihubungkaitkan kemampuannya untuk perkembangan otak, kesihatan mata, kesihatan jantung dan pencegahan penyakit menahun (penyakit yang lama)

Eicosapentaenoic acid (EPA) merupakan salah satu jenis asid omega-3 yang penting dalam pencegahan penyakit jantung. Di dalam tubuh manusia, asid EPA ini akan ditukarkan kepada prostasiklin yang akan bekerja sebagai sebatian antipenggumpalan darah. Asid EPA juga memiliki fungsi untuk menghalang proses pembentukan tromboxane. Tromboxane merupakan substrat yang menyebabkan berlakunya penggumpalan darah.

Docosahexanoic acid (DHA) pula merupakan asid lemak omega-3 yang banyak dihubungkaitkan dengan tingkat kecerdasan. Di dalam otak manusia terdapat sistem saraf dan dendrit yang merupakan bahagian hujung saraf yang berperanan untuk menerima maklumat dan meneruskannya ke saraf laian. DHA merupakan bahagian penting untuk perkembangan dendrit ini. DHA juga berperanan penting dalam pencegahan penyakit neurodegeneratif.

Ini antara manfaat Asid Lemak Omega-3 untuk kesihatan














Ingin dapatkan sumber Asid Lemak Omega-3 yang berkualiti? Cuba Omegaguard Shaklee ;)




Klik link ini untuk baca lebih lanjut tentang Omegaguard

Asid Lemak Omega-3

Untuk sebarang pertanyaan atau berminat dengan Omegaguard, boleh terus Whatsapp Eina ;)

~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

My Google+

Pageviews