Asid Lemak Omega-3 - Lemak Yang Tidak Menggemukkan
9:30 AM
Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat
kesihatan kepada tubuh manusia seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan
otak dan menggalakkan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh mmebantu
mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang
berkala dan pemakanan yang seimbang?
Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini
Mengawalatur Tahap Lemak Badan
Yang Sihat
Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor
utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa
Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:
- Meningkatkan kadar metabolic – kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari
- Meningkatkan kadar pembakaran lemak
- Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
- Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita
Menyeimbangkan Rasa Kenyang
Dua hormon utama – ghrelin dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar
dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati
bermanfaat untuk mengawalatur dua hormon ini dan:
- Meningkatkan rasa kenyang – anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan
Meningkatkan Paras Insulin yang
Sihat
Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh
itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang
sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
- Meningkatkan kepekaan insulin badan – semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak
Mengurangkan Tekanan
Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3
membantu mengawal atur tahap kortisol
yang sihat, ia adalah hormon tekanan
yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil
Nak tau lebih lanjut tentang vitamin Shaklee untuk bakar lemak? Boleh Whatsapp Eina
terus ya.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)