Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Hai semua, sebelum ini Eina ada up entry berkaitan Metabolisme dan juga tips untuk tingkatkan kadar metabolisme. Boleh baca sini >>> Tingkatkan Kadar Metabolisme Untuk Turunkan Berat Badan dan Kekal Sihat 

    Dalam entry tersebut, Eina ada share Teh Hijau atau Teh Oolong boleh membantu tingkatkan kadar metabolisme. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak daripada biasa. 

    Shaklee juga ada Teh istimewa yang boleh bantu tingkatkan kadar metabolisme anda juga boleh bantu turunkan berat badan. InshaaAllah.

    Cinch Tea Mix atau Cinch Energy Tea ini sangat istimewa kerana bukan sahaja mengandungi teh hijau, malah terdapat juga teh putih dan teh merah yang diadun bersama untuk menambah tenaga dan meningkatkan kesihatan

    Teh putih, merah dan hijau Matcha (teh hijau premier untuk majlis keramaian di Jepun) dipetik dengan berhati-hati dan diadun untuk menghasilkan minuman yang sungguh menyihatkan ini. Ia merangsang tenaga secara semula jadi, meningkatkan kesihatan dan menenteramkan minda.
    • Bertindak dengan cara yang selamat untuk menambahkan tenaga semula jadi. Enak diminum panas atau sejuk
    • Juga mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina
    • Paket kecil yang ringkas dan mudah disediakan
    • Alternatif yang sempurna kepada snek manis dan kopi untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan mengangkat tenaga cepat
    • Ramuan T-Lift® eksklusif daripada teh hijau, putih dan merah
    • Bebas gluten; tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan

    Kandungan Cinch Tea Mix


    1. Matcha Green Tea Powder
    Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

    2. Red Tea Extract
    Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan aktioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

    3. White Tea Extract
    Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

    4. Rooibos Red Tea Extract
    Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - antioksidan.

    ~~~~~

    Selain dari ESP, Cinch Tea ini juga salah satu minuman wajib Eina setiap hari. Memang best dan sangat membantu menambah tenaga sepanjang hari. Cinch Tea ini juga bantu meningkatkan kadar metabolisme Eina dengan mengekalkan berat badan ideal Eina sekarang. Alhamdulillah ;)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh manusia. Ia mengandungi lebih kurang 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Iaitu struktur organik pembina tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. 

    Serat kolagen mempunyai daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Perkataan kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang ertinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).

    Kolagen bukan sahaja membentuk 70% daripada kulit kita tetapi juga memainkan peranan penting untuk membina organ dan tisu-tisu yang penting seperti tendon, ligamen, tulang, otot dan lain-lain.

    Kandungan kolagen badan akan berkurangan sebanyak 10% bagi setiap dekad dalam hidup kita

    Kebanyakan orang ramai yang sakit sendi atau cedera hanya mengambil ubat boleh hilangkan rasa sakit akibat kecederaan atau luka tetapi tidak mengetahui kerosakan tisu mungkin meninggalkan kesan mendalam dan berpanjangan.

    Apabila anda terasa sakit sendi, bukan sahaja anda kehilangan kalsium, itu juga salah satu tanda kolagen dalam tulang anda kurang yang boleh menyebabkan osteoporosis dan kehilangan jisim otot juga keretakan tulang.

    Apa pula tanda-tanda kekurangan Kolagen dalam kulit? Anda akan kelihatan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut, kulit kusam, saiz liang roma juga besar, kulit menjadi kering dan berkeruping, tekstur kulit juga terasa kasar, payudara dan punggung kendur, rambut anda menipis dan kelihatan garis-garis halus di sekitar mata dan bibir.

    Ok, Eina nak share testimoni customer Eina yang pada asalnya saja nak cuba Collagen untuk baikpulih tisu lututnya yg terkoyak. Katanya, tisu dilututnya terkoyak, tak dapat nak bersukan sebab terasa sakit. 

    Selepas cuba 1 kotak Collagen Shaklee, dia rasa perubahan & boleh bersukan semula. Alhamdulillah. Collagen Shaklee adalah asbab sahaja, semuanya atas izinNya juga.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Customer Eina ni lelaki tau. Sebelum ni, adik ni pernah ambil Vit E & ESP untuk masalah kulitnya. Sekarang dia dah jatuh cinta dengan Collagen plak. Haaa lelaki pun boleh ambil Collagen Shaklee ni. Manfaatnya bukan setakat untuk kulit jer, tapi untuk kesihatan tulang, otot, ligamen juga.

    Hubungi Eina untuk konsultasi ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    tips untuk tingkatkan kadar metabolisme

    Metabolisme adalah semua tindak balas kimia yang berlaku di dalam organisma, termasuk yang berlaku di peringkat selular.

    Secara umum, metabolisme mempunyai dua arah lintasan reaksi kimia organik

    #1 Katabolisme iaitu reaksi yang mengurai molekul kompaun organik untuk mendapatkan tenaga
    #2 Anabolisme iaitu reaksi yang merangkai kompaun organik dari molekul-molekul tertentu, untuk diserap oleh sel tubuh.

    Kadar metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme. Antaranya adalah faktor otot dan saiz tubuh badan. Seseorang yang mempunyai tubuh lebih besar biasanya mempunyai Basal Metabolisme Rate atau BMR yang besar. Ini disebabkan oleh organ internal yang lebih besar serta volume cairan yang diperlukan juga disesuaikan dengan keadaan tubuh. Jaringan otot juga mempengaruhi metabolisme pada tubuh anda . Otot memerlukan lebih banyak tenaga untuk berfungsi daripada lemak. Semakin banyak rangkaian otot , maka semakin banyak pula tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

    Selain itu, faktor umur dan genetik juga mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Semakin bertambahnya usia , maka kadar metabolisme juga semakin menurun. Ini disebabkan kerana hilangnya sebahagian rangkaian otot serta perubahan hormon dan saraf. Sebaliknya, ketika bayi dan kanak-kanak memasuki masa pertumbuhan, semakin cepat pula proses metabolismenya.

    Faktor genetik atau keturunan mempunyai peranan penting untuk menentukan sama ada seseorang mempunyai proses metabolisme yang cepat atau lambat. Selain itu, beberapa kelainan genetik juga boleh mempengaruhi proses metabolisme.

    Kadar metabolisme boleh berubah. Bagi anda yang sedang cuba menurunkan berat badan, sekiranya kadar metabolisme anda tinggi, ia boleh membantu proses penurunan berat badan anda dengan lebih cepat. Jadi, sekiranya anda rasa berat badan anda susah turun, itu bermakna kadar metabolisme anda adalah rendah.

    Bagaimana meningkatkan kadar metabolisme? Eina share beberapa cara atau tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda. (Sumber: KevinZahri)

    tips untuk tingkatkan kadar metabolisme

    #1 Minum Air Putih
    Meminum 8 gelas air atau 2-3Liter air sehari boleh membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Lagi banyak anda minum, lagi cepat dan berkesan proses pembakaran dapat dilakukan.

    #2 Makan Dengan Kerap dan Teratur
    Makan dengan kerap dan teratur dapat membantu meningkatkan metabolisme. Jangan berlapar. Jangan abaikan sarapan pagi. Sekiranya anda tidak bersarapan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Mengambil hidangan kecil atau snek setiap 3 hingga 4 jam akan memastikan metabolisma anda terus bekerja, jadi anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
    Tahukah anda, makanan pedas juga membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

    #3 Tidur Secukupnya
    Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

    #4 Lakukan Senaman Pemberat (Weight Training)
    Bersenam menggunakan pemberat (weight training) sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Ia dapat membina otot dan membakar lemak. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.

    #5 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
    Gantikan kopi atau teh tarik dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak daripada biasa. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

    #6 Ambil Vitamin C dan Kalsium
    Suplemen Vitamin C dan kalsium juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

    Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

    ~~~
    Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan ideal. Next entry, Eina akan share suplemen Shaklee yang boleh bantu tingkatkan metabolisme anda dengan berkesan.
    Continue Reading

    Nampak lebih TUA dari usia sebenar. Huuuu tak nak la. Serammm. Hehe

    Suatu pengundian yang melibatkan 8,000 wanita berusia 25 tahun ke atas, menyatakan bahawa tabiat buruk seperti merokok, minum arak, makan junk food, menggunakan peralatan tanning (menggelapkan warna kulit), dan tidak merawat kulit, adalah punca yang membuat perempuan tua sebelum waktunya.

    Kekurangan Vitamin C juga salah satu penyebab wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

    ✅ Pengambilan Vitamin C dapat merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

    ✅ Ambil Vitamin C setiap hari dapat membantu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

    ✅ Dengan pengambilan Vitamin C ia boleh mencantikkan dan mencerahkan kulit.


    ✔️ Dapatkan sebotol Vitamin C dengan harga RM92.50 (180tab)
    ✔️ Beli 2 botol Diskaun 5%. 
    ✔️ Free postage
    ✔️ Sebotol Vitamin C untuk penggunaan 3-6bulan

    ✅ Vitamin C Shaklee membantu mengekalkan & membina kolagen untuk kulit yang sihat, bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan untuk membaiki kulit rosak serta menjaganya agar selalu licin, tegang dan sihat.

    ✅ Selain itu, Vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi.

    Promosi Vitamin C Shaklee sedang berjalan hingga hujung bulan November. Beli 6 botol, dapat lagi 1 botol dengan percuma. Atau boleh beli 2 botol untuk dapat 5% diskaun lagi ok.

    Hubungi Eina ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Bukan senang nak senang, tak susah nak susah. Ingin berjaya perlukan usaha yang berterusan dan jangan pernah putus harapan, jangan pernah putus asa. 

    Perbetulkan niat, kenapa ingin berjaya? Perlu fokus dan tetapkan matlamat. Doa, usaha & tawakal. Buat kerana Allah.

    Siapa yang follow Dr Azizan Osman, mesti selalu baca motivasi & tips yang dikongsikan oleh beliau. Entry ni, Eina nak share 9S yang perlu kita buat jika masih belum berjaya yang Dr Azizan Osman share di FB beliau. Ia sangat bermanfaat juga bagus untuk peringatan.

    #Credit to Dr Azizan Osman











    Jom follow DAO 


    Dah habis baca, jom kita praktikkan. :)

    Continue Reading
    Assalamualaikum.

    Siapa suka makan Spaghetti Aglio Olio? Yeah kita geng. Hehe. Spaghetti merupakan salah satu hidangan kegemaran Eina dan suami. Eina suka masak spaghetti ni, sebab mudah dan ringkas. Bila google, banyak version cara penyediaan spaghetti ni. Saje nak share resepi spaghetti Eina yang menjadi kegemaran en suami.

    Bahan-bahan:-

    Spaghetti (Segenggam)
    Daging kisar
    Udang (penyedap)
    Sotong (kalau ada, boleh letak)
    1 biji Bawang besar *
    2-3 ulas Bawang putih*
    1 batang Lada merah* (Yg sederhana besar)
    1-2 biji Cili padi* (Kalau jenis pedas, letak 1btg pun dah cukup)
    Brokoli
    Carrot (potong bulat/memanjang)
    Capsicum (Lada benggala) (potong dadu/memanjang)
    Tomato (potong dadu)
    1 sudu besar sos tomato (tak letak pun tak apa)
    Chili flake
    Oregano leaves
    Parsley flake
    Olive oil (Minyak zaitun)
    Garam secukup rasa
    Sedikit serbuk perasa (Eina guna serbuk Maggi cukup rasa, hehe)

    Rupa Oregano & Parsley

    Cara-cara penyediaannya:-
    1. Rebus spaghetti hingga lembut, campurkan sedikit minyak zaitun dan garam. Toskan, letak tepi dulu
    2. Rebuskan sebentar udang, sotong, toskan dan letak tepi juga
    3. Celurkan sebentar brokoli & carrot yang dah di potong (ikut suka nak potong macam mana & banyak mana korang nak letak). Eina celurkan sekejap dalam air rebusan spaghetti tadi je. Tomato & lada benggala tak payah celur ya.
    4. Cincang/kisar bahan-bahan yang bertanda * (bawang besar, bawang putih, lada merah, cili padi).
    5. Panaskan 2 sudu minyak zaitun, tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar. Tumis hingga daging agak garing dan naik bau. Masukkan sos tomato dan sedikit garam. Kacau rata
    6. Masukkan udang & sotong. Kemudian masukkan semua jenis sayuran termasuk tomato & lada benggala.
    7. Dah kacau rata, masukkan spaghetti.
    8. Dah bebetul sebati semua bahan-bahan dengan spaghetti, baru taburkan chili flake, oregano, parsley (agak-agak nampak cantik dan terasa semua bahan)
    9. Last skali, taburkan serbuk perasa
    10. Kacau rata semua. Tutup api, boleh terus sediakan.

    Inilah rupa Eina masak masa akak ipar datang rumah baru-baru ni. Bertambah-tambah anaknya makan. Hehe


    Sorry la eh, kalau tak berapa faham cara Eina tulis resepi ni. Hehe. 

    Thanks sudi baca ;)
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPLE GEM
      Assalamualaikum..hari pertama puasa...kali ni saya diuji dengan batuk yang agak teruk..dugaan berpuasa..Alhamdulillah..sesungguhnya setiap p...
    • Cara-Cara Mengenal Pasti Jenis Kulit Muka
      Setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminya...
    • Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri
      Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. S...
    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top