Tips Untuk Tingkatkan Kadar Metabolisme
10:30 PM
Metabolisme adalah semua tindak
balas kimia yang berlaku di dalam organisma, termasuk yang berlaku di peringkat
selular.
Secara
umum, metabolisme mempunyai dua arah lintasan reaksi kimia organik
#1 Katabolisme iaitu reaksi yang
mengurai molekul kompaun organik untuk mendapatkan tenaga
#2 Anabolisme iaitu reaksi yang
merangkai kompaun organik dari molekul-molekul tertentu, untuk diserap oleh sel
tubuh.
Kadar
metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada
komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah
lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori
untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang
mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi
berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kadar metabolisme. Antaranya adalah faktor otot dan saiz tubuh badan. Seseorang yang mempunyai tubuh lebih besar biasanya mempunyai Basal Metabolisme Rate atau BMR yang besar. Ini disebabkan oleh
organ internal yang lebih besar serta volume cairan yang diperlukan juga
disesuaikan dengan keadaan tubuh. Jaringan otot juga mempengaruhi metabolisme pada
tubuh anda . Otot memerlukan lebih banyak tenaga untuk berfungsi daripada lemak.
Semakin banyak rangkaian otot , maka semakin banyak pula tenaga yang diperlukan
oleh tubuh.
Selain itu, faktor umur dan genetik
juga mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Semakin bertambahnya usia , maka kadar metabolisme juga semakin menurun.
Ini disebabkan kerana hilangnya sebahagian rangkaian otot serta perubahan
hormon dan saraf. Sebaliknya, ketika bayi dan kanak-kanak memasuki masa
pertumbuhan, semakin cepat pula proses metabolismenya.
Faktor genetik atau
keturunan mempunyai peranan penting untuk menentukan sama ada seseorang
mempunyai proses metabolisme yang cepat atau lambat. Selain itu, beberapa
kelainan genetik juga boleh mempengaruhi proses metabolisme.
Kadar metabolisme boleh berubah. Bagi anda yang sedang cuba
menurunkan berat badan, sekiranya kadar metabolisme anda tinggi, ia boleh
membantu proses penurunan berat badan anda dengan lebih cepat. Jadi, sekiranya
anda rasa berat badan anda susah turun, itu bermakna kadar metabolisme anda
adalah rendah.
Bagaimana meningkatkan kadar
metabolisme? Eina share beberapa cara atau tips untuk meningkatkan kadar
metabolisme anda. (Sumber: KevinZahri)
#1 Minum Air Putih
Meminum 8 gelas air atau 2-3Liter
air sehari boleh membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Lagi
banyak anda minum, lagi cepat dan berkesan proses pembakaran dapat dilakukan.
#2 Makan Dengan Kerap dan Teratur
Makan dengan kerap dan teratur dapat
membantu meningkatkan metabolisme. Jangan berlapar. Jangan abaikan sarapan
pagi. Sekiranya anda tidak bersarapan, fungsi tubuh akan menurun dan anda
mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Mengambil hidangan kecil atau snek setiap 3
hingga 4 jam akan memastikan metabolisma anda terus bekerja, jadi anda membakar
lebih banyak kalori sepanjang hari. Pilihlah
snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan,
biskut berfiber tinggi atau dadih.
Tahukah
anda, makanan pedas juga membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar
kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
#3 Tidur Secukupnya
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8
jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan
tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih
juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang
konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
#4 Lakukan Senaman Pemberat (Weight Training)
Bersenam
menggunakan pemberat (weight
training) sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Ia dapat membina otot dan
membakar lemak. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar
metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Satu paun
otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya
5 hingga 10 kalori.
#5 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan kopi atau teh tarik dengan
teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang
dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak
daripada biasa. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat
kesannya.
#6 Ambil Vitamin C dan Kalsium
Suplemen Vitamin C dan kalsium juga
penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan
metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C
membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
Kajian menunjukkan bahawa
kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan
anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh
mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan
oatmil.
~~~
Semoga bermanfaat untuk anda yang
ingin menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan ideal. Next
entry, Eina akan share suplemen Shaklee yang boleh bantu tingkatkan metabolisme
anda dengan berkesan.
4 comments
nice info.. mekasih sudi share.. ptut la bl dah dewasa kadar metabolisma rendah.. mok mok dah skrg ni
ReplyDeleteHehe, takpe boleh cuba tips tingkatkan metabolisme kat atas ;)
Deleteooo faktor keturunan pn mainkan peranan ya
ReplyDeleteYup anies :)
DeleteTerima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)