Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Ada tak yang sedang tertekan sekarang? Apabila berada dalam keadaan tertekan kita pasti tercari-cari ubat yang mampu memulihkan tekanan kita kan. Jangan makan ubat sembarangan ya. Jika terpaksa, pastikan dapat nasihat doktor atau pakar-pakar kesihatan terlebih dahulu. Jika ambil ubat secara berlebihan tanpa nasihat doktor, takut-takut mengundang padah terhadap diri sendiri. Seeloknya kita fikirkan kesan pada kesihatan. Mungkin kita akan berasa tenang setelah mengambil ubat, tapi ianya hanya bersifat sementara.

    Sejak Eina kenal Shaklee, memang Eina tak ambil apa-apa ubat dah selain B-Complex untuk legakan tekanan atau stress. Sangat berkesan tau. 

    B-Complex Shaklee mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita. Ia bantu mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. B-Complex juga mampu melegakan sakit kepala dan melawan tekanan. Baca lebih lanjut manfaat B-Complex di SINI

    Selain dari pengambilan suplemen, di sekeliling kita juga banyak sumber-sumber lain yang semulajadi dan selamat di ambil untuk melegakan tekanan.

    Apa yang terbaik adalah memilih makanan yang sudah terbukti selamat dan mudah diperolehi. Apatah lagi ia juga turut memberikan bonus jaminan kesihatan yang berkekalan untuk diri kita. Jadi haruslah bijak memilih yang sesuai bagi mengurangkan tekanan diri.

    Terdapat beberapa jenis makanan yang dipercayai bersifat anti tekanan. Bukan sahaja lazat bahkan ia kaya dengan zat mineralnua berbanding ubat-ubatan. Ini antara makanan-makanan yang mempunyai keistimewaan bagi mengurangkan tekanan.

    1. BADAM
    Kacang lazat ibu mengandungi khasiat anti tekanan yabg sungguh luarbiasa. Badam dilengkapi dengan vitamin B2, vitamin E serta magnesium. Vitamin B dan magnesium membantu menenangkan dan mengendalikan mood. Manakala vitamin E pula kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca tekanan. Sekaligus dapat melawan sakit jantung. Mengambilnya dalam anggaran segenggam dalam sehari sudah memadai kerana sekiranya berlebihan kandungan lemaknya mungkin boleh menyebabkan kegemukan.


    2. ROTI GANDUM
    Roti atau nasi putih adalah mengenyangkan tetapi setelah itu ia menyebabkan anda rasa mengantuk. Bahkan juga menjadikan anda gemuk jika dimakan secara berlebihan. Namun begitu, gandum mempunyai kesan yang berbeza. Gandum bukan sahaja mengenyangkan bahkan juga mengendalikan tekanan dalam jangkamasa yang lama. Cubalah! ;)

    3. IKAN
    Hampir semua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap terutamanya B6 dan B12. Ia merupakan sumber yang paking penting untuk meredakan tekanan. Tambahan lagi, vitamin B12 merupakan vitamin yang paling penting dalam mewujudkan zat 'kesenangan' yang dihasilkan oleh otak. Kekurangan vitamin B12 boleh mengakibatkan depresi. Amalkan memakan salad ikan tuna pada waktu siang atau malam. Boleh dimakan bersama nasi yang masih panas.


    4. DAGING
    Sumber daging sebenarnya tetap memberi kebaikan kepada tubuh jika anda bijak menilai khasiatnya. Walaupun daging mengandungi lemak tetapi daging turut mengandungi vitamin B serta zai besi yang kurang anda ketahui. Ianya sangat kaya dan bagus untuk anda yang sedang tertekan. Syaratnya, jangan makan terlalu banyak dan elakkan bahagian daging yang banyak dipenuhi oleh lemak.

    5. SUSHI
    Bagi pencinta sushi, anda tentu boleh berbangga kerana terbukti memberikan manfaat kepada kesihatan. Kini terdapat pelbagai jenis sushi di pasaran. Rumpai laut yang sering menjadi bahan campurannya dipercayai mempunyai khasiat yang sama seperti ikan yang juga terdapat di dalam campuran sushi. 'Panthothenic acid' yang terkandung didalamnya adalah penting untuk fungsi kelenjar adrenal dalam pengurusan tekanan tubuh. Kekurangan Panthothenic acid' ini boleh menyebabkan jangkitan, kelelahan serta merasa gelisah yang berpanjangan.

    6. BROKOLI
    Mengapa brokoli? Terbukti bahawa sayuran hijau segar ini mengandungi asid folik yang masih tergolong di dalam keluarga vitamin B. Asid folik ini berfungsi untuk meredakan tekanan, rasa panik, gelisah bahkan depresi berat. Brokoli sebaiknya direbus untuk mengekalkan kandungan zatnya. Tetapi ingat, anda harus mencucinya dahulu dengan air garam agar ulat-ulat sayur yang biasa terselit di dalam brokoli dapat dibuang.


    7. BLUEBERI & STRAWBERI
    Buah blueberi ini mudah ditemui. Sekiranya sukar untuk memperolehinya, strawberi pun boleh menjadi penggantinya. Kandungan antioksidan dan vitamin C didalamnya dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang anda alami. Buah yang enak ini juga rendah kalorinya sehingga boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak tanpa mengalami kegemukan. Buah ini turut mengandungi serat didalamnya yang dapat membantu mengatasi masalah kekejangan serta sembelit yang sering berlaku sewaktu sedang tertekan. Jadikanlah blueberi sebagai snek dalam kandungan seharian anda. Rasailah kelebihannya sendiri.

    8. SUSU


    Sebelum mengambilnya, cari jenis susu yang paling sesuai dengan tubuh anda. Pilihan Eina sudah pasti ESP (Energizing Soy Protein) Hehe. Susu mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas penyebab tekanan. Susu boleh diminum pada setiap waktu pagi atau malam sebelum tidur.

    Ok semua jenis makanan di atas, anda suka dan mudah diperolehi. Jadi boleh diamalkan bagi anda yang sering mengalami tekanan. Oh ya, suplemen juga sangat membantu. :)

    Moga bermanfaat ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading


    Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
    .
    Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
    ✔️ Menjaga kesihatan jantung.
    ✔️ Meningkatkan tahap tenaga
    ✔️ Meningkatkan sistem imun tubuh
    ✔️ Menguatkan tulang
    ✔️ Kesihatan mata dan penglihatan
    ✔️ Menjaga kualiti kulit sihat
    .
    Nak dapat Multivitamin terbaik Shaklee dengan PERCUMA. Hubungi Eina sekarang 😊

    Nak tau jenis-jenis vitamin yang terkandung didalam Multivitamin Shaklee? Baca SINI

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Eina memang dah cinta sangat2 kat Vitamin C Shaklee ni. Sehari tak jumpa, rasa lemah tubuh badan. Hehe

    Rasanya semua dah sedia maklum manfaat Vitamin C pada kesihatan kan. Apatah lagi untuk kulit cantik. Terlalu banyak produk Vitamin C kat luar yang boleh kita ambil. Tapi kenapa anda perlu cuba dan kekal dengan Vitamin C dari Shaklee ni. Apa kelebihannya?

    Ok, jom Eina kupas sikit ya 😊

    "Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam.

    Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


    Selain itu, sudah semestinya anda pilih Vitamin C Shaklee sebab

    ✔️ Tiada kesan sampingan
    ✔️ Tiada bahan kimia
    ✔️ Tidak bertoksik
    ✔️ Mesra alam
    ✔️ 100% natural/semulajadi

    Tahukah anda?

    Haiwan juga menghasilkan vitamin C mereka sendiri, seperti, arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari.

    Adakah Vitamin C dari Buah sudah cukup untuk kita?

    Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.


    Untuk kekalkan kecantikan kulit, ambillah Vitamin C setiap hari kerana ia membantu pembentukan kolagen dengan menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan juga mengelakkan kulit menjadi terlalu kering dan kasar.

    Ok, Eina share satu testimoni yang best kesan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"


    Hanya dengan VITAMIN C, dapat membantu mambaikpulih struktur kulit, menghilangkan jerawat, parut jerawat, kulit berminyak dan jeragat dengan berkesan.

    Best ke best? 😊

    Jom lihat testimoni Vit C lain kat SINI.

    Hubungi Eina untuk konsultasi ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
    Continue Reading
    Hai semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam ya. Amalan pemakanan sihat sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Eina nak share sikit khasiat yang terdapat pada beberapa makanan kita seharian. Contohnya macam telur, salad, daging dan lain-lain.

    1. Telur separuh masak


    Telur separuh masak yang diambil putihnya sahaja adalah sajian rendah lemak dan rendah kolesterol yang terbaik untuk dijadikan sarapan pagi. Abda hanya perlu campurkan bersama mayonis bebas lemak dan hirisan salad untuk dijadikan sandwich. Sajian anda bukan sahaja berkhasiat malah mampu memberikan tenaga yang secukupnya tanpa menjejaskan kesihatan jantung anda.

    2. Salad


    Tubuh anda akan menyerap nutrisi dalam hidangan salah anda dengan lebih baik jika dicampurkan sedikit lemak baik. Lemak baik yang disarankan di dalam salad adalah terdiri dari minyak zaitun. Anda hanya perlu campurkan sekurang-kurangnya satu sudu besar minyak zaitun ke dalam salad anda. Ia akan membantu tubuh anda menyerap lebih banyak beta karoten yang merupakan agen terbaik menentang penyakit jangkitan virus.

    Glosari Lemak
    Bebas Lemak
    Produk makanan mengandungi kurang daripada 0.5gm lemak satu hidangan

    Bebas Lemak Tepu
    Produk makanan mengandungi kurang daripada 0.5gm lemak tepu satu hidangan

    Rendah Lemak
    Produk makanan mengandungi kurang daripada 3gm lemak satu hidangan

    3. Biji Teratai


    Biji teratai merupakan di antara sajian berkhasiat yang digemari oleh masyarakat Cina di negara kita. Biji teratai boleh dijadikab sup atau digunakan sebagai snek setelah direbus. Ia dipercayai dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur, membantu melancarkan aliran darah dan membantu memudahkan buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan dalam tubuh. Biji teratai yang dibuat sup juga dikatakan dapat membantu mengubati masalah cirit-birit dan gangguan penghadaman.

    4.  Serat


    Jika anda sayangkan jantung anda, pastikan anda makan minima 10gm serat sehari. Jika anda mengamalkan secara konsisten setiap hari, ia akan mengurangkan 27 peratus risiko kematian akibat sakit jantung.

    5. Brokoli dan Cendawan


    Kombo brokoli dan cendawan cegah kanser. Goreng keduanya dengan sedikit minyak zaitun dan kesannya adalah imunisasi menentang kanser sebanyak 13 kali ganda lebih baik dari set individu. Mengapa? Ini kerana nutrisi hebat 'sulphotaphane' yang terdapat di dalam brokoli dan selenium yang terkandung di dalam cendawan mampu berfungsi dengan lebih baik apabila dikombinasikan.

    6. Daging Merah & Lobak Merah


    Menurut satu kajian pemakanan di Amerika Syarikat, kandungan beta karoten di dalam lobak merah boleh membantu penyerapan zat besi di dalam daging merah sebanyak dua kali ganda. Ubi manis juga dikatakan mempunyai nilaian beta karoten yang sama seperti lobak merah. Anda boleh nikmatinya dalam bentuk sup atau pai.

    Antara tip2 amalan pemakanan sihat



    1. Jangan biarkan diri anda dahaga. Maksudnya, sentiasa minum air apabila terasa dahaga. Sebanyak mana pun serat yang anda ambil tidak akab berdungsi sewajarnya tanpa air yang cukup. Kesannya, sembelit!!

    2. Cuba untuk jangan makan terlalu lewat di malam hari. Ia akan mengganggu penghadaman dan membuatkan perut anda tidak selesa. Kesannya tidur anda akan tergangggu.

    3. Makanlah makanan berserat secukupnya. Kombinasi makanan terdiri dari meal penuh, buah-buahan dan sayuran.

    4. Makan dalam kuantiti yabg sedikit tetapi ketap untuk memudahkan proses pencernaan dilakukan dengan berkualiti.

    5. Cuba perkenalkan makanan baru yang mengandungi komponen mineral yang baik pada tubuh anda secara berperingkat.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    kempiskan perut

    Tahukah anda ukuran pinggang yang lebar bukan sahaja menjejaskan penampilan anda malah boleh memudaratkan kesihatan. Lemak berlebihan di bahagian perut sahaja (tanpa mengambil kira berat badan keseluruhan) boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit yang dikaitkan dengan obesiti, kencing manis, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

    Secara amnya lemak berlebihan di bahagian perut, merupakan sebab utama 'sindrom metabolik' (metabolic syndrome). Keadaan ini dikenalpasti menerusi kehadiaran lemak berlebihan di bahagian perut, kandungan lemak tinggi, tekanan darah tinggi serta ketidakupayaan mengawal paras gula badan yang seterusnya meningkatkan risiko kencing manis dan penyakit hati.

    Ketahui samaada anda ada mengalami perut buncit :)

    Cara yang paling saintifik bagi memastikan sama ada anda mengalami masalah perut buncit adalah dengan menghitung ukuran. 'Waist hip ratio' (WHR) anda.

                   Ukuran Pinggang (cm)
    WHR =   ——————————
                   Ukuran Pinggul (cm)

    Sekiranya ukuran WHR anda melebihi 0.85 (untuk wanita) dan 0.95 (untuk lelaki), ini bermakna perut anda buncit.

    Haaa, cepat-cepat kira. Hehe

    Sebab-sebab Perut Buncit


    Ramai antara kita tidak menyedari kombinasi diet kurang seimbang, stress dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar saban hari menyebabkan pengumpulan sisa toksin yang serius di dalam usus besar (kolon). Mendakan sisa bersifat toksik ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah membebankan usus besar (kolon).

    Pada asasnya kenaikan berat badan selalunya berpunca dari bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar (kolon). Ali naturopathi serta homeopathi tidak menyangkal hakikat ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya 3 kg di dalam usus besar tanpa disedari. Pakar pemakanan turt berpendapat individu-individu yang memiliki usus besar yang bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya menyebabkan mereka berkecenderungan untuk makan lebih dari sepatutnya.

    Menerusi pemerhatian yang dijalankan, individu yang telah menjalani proses pembersihan kolon mula mendapat berat badan serta ukuran pinggang mereka semakin berkurangan dengan sendirinya. Usus besar yang dapat berfungsi dengan lancar membantu sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tahukah anda mendakan bahan buangan yang terkumpul di dalam kolon bukan sahaja menambahkan berat badan tetapi juga menghasilkan toksin yang mengganggu proses metabolisma badan, mengakibatkan badan tidak bermaya di samping membebankan organ penyahtoksin utama iaitu hati dan ginjal.

    Untuk menyingkirkan lemak badan dengan efektif, langkah utama adalah dengan memastikan segala sisa toksik telah dibuang dari usus besar agar ia tidak meracuni badan. Hasilnya, metabolisma badan dapat berfungsi secara optima dan anda telah pun berjaya melepasi halangan utama dalam mengurangkan berat badan.

    senaman kempiskan perut

    Moga tips di atas memberi manfaat ya. Jika ingin cuba produk bagi membantu mengempiskan dan menurunkan berat badan, refer SINI


    Continue Reading
    Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sudah 21 hari kita berpuasa. Rasa sedih pun ada kan, tak lama jer lagi Ramadan akan berlalu. Apa-apa pun semoga segala amalan kita bulan Ramadan ini diterima Allah dan mendapat keberkatan.

    Semua sedia maklum, sepanjang Julai ini, anda boleh dapatkan Vivix dengan harga promo beserta ganjaran yang sangat hebat. Boleh refer entry Eina sebelum ini ya. DI SINI

    Ok, sebenarnya entry kali ni, Eina nak share dengan korang testimonial Vivix yang memberi kesan kulit cantik dan awet muda pada si pengamal tegar Vivix. Memang best tau.

    Sebelum Eina proceed dengan testimonial, jom kita baca dulu kandungan satu hidangan Vivix yang power ni.

    ~~~

    Satu hidangan Vivix mengandungi sama banyak Resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah. 



    Mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi dengan Resveratrol dan Polifenol yang lain.
    ✔️ Muscadine Grape
    ✔️ Purple Carrot
    ✔️ Polyganum Cuspidatum
    ✔️ European Elderberries



    Polifenol
    * Sekumpulan fitokimia (bahan kimia tumbuhan yang meningkatkan kesejahteraan kesihatan) yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan memiliki khasiat bagi potensi antioksida dan antipenuaan sel

    Elderberi
    * Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan lembab di serata Eropah dan Amerika Utara. Ia membekalkan sumber antociannin yang tiga kali ganda lebih hebat dan baik berbanding karotenoid

    Lobak Ungu
    * Merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun lalu. Ia adalah sumber asli vitamin A terbaik dan memiliki pelbagai kandungan fitokimia seperti karotenoid, fenolik dan isokumarin.

    Polyganum Cuspidatum 
    * Merupakan sejenis pokok peribumi di Asia, Amerika Utara dan Eropah. Turut dikenali sebagai Japanese Knotweed. Memiliki kandungan resveratrol yang sama seperti yang terdapat pada kulit dan biji anggur merah. 

    ~~~

    Ok, ini dia testi yang super duper best untuk awet muda. 

    Semakin kita berusia, kulit dan organ dalaman kita juga turut berusia. Untuk kekal sihat, tubuh badan kita memerlukan khasiat yang dapat membantu membaikpulih DNA sel, organ juga sistem tubuh kita. Jadi, suplemen yang tinggi kandungan Resveratrol seperti Vivix ini dapat membantu kita kekal sihat dan kelihatan awet muda.


    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Dulu kulit agak kusam, kini setelah mengamalkan Vivix, rasa lebih ceria dan kelihatan lebih muda. Alhamdulillah. Makin berusia makin sihat. 

    ~~~

    Siapa sahaja boleh amalkan Vivix, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.


    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Amalkan Vivix tak sampai sebulan, tiada lagi kulit kusam. Kulit tidak lagi kering bersisik, jerawat dah kurang & warna kulit juga lebih sihat, lebih sekata dan bersih. Pipi juga nampak anjal, garis di bibir juga semakin kurang. Kesan lebih cepat jika di ambil bersama Collagen Powder Shaklee ya. Oh ya, Vivix juga boleh dijadikan masker. 

    ~~~

    So, kalau anda mula rasa lemah-lemah seperti tak cukup nutrisi, Vivix penyelamatnya. Jika kesan-kesan tua dan garis-garis halus mula kelihatan, Vivix penyelamatnya. Percayalah, anda pasti akan terus "BERCINTA" dengan Vivix.

    Jadi, apa tunggu lagi, jom sama-sama jadikan Vivix sebagai pelengkap nutrisi harian kita.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Impian Nak Ada Laman Rumah Besar dan Cantik
      Assalamualakum, hai semua. Semoga sihat-sihat selalu ok :)   Beberapa bulan lepas mentor Eina dalam bisnes Shaklee minta kami semua tuliskan...
    • Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri
      Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. S...
    • Tips Kembalikan Kesegaran Kulit Kering
      Siapa sini mempunyai jenis kulit kering? Jemput baca tips di bawah ya. Tekstur kulit kering biasanya kasar dan nampak kusam. Lubang pori-por...
    • Kurus Dalam Masa 3 Bulan, Berat Turun Sebanyak 16kg
      Bukan senang tau nak turun berat badan dengan banyak dalam masa sebulan. Ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi terutamanya dalam pengamb...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top