Tips Kembalikan Kesegaran Kulit Kering

9:30 AM

Siapa sini mempunyai jenis kulit kering? Jemput baca tips di bawah ya.


Tekstur kulit kering biasanya kasar dan nampak kusam. Lubang pori-pori pula agak kecil. Jika tahap kelembapan bagi jenis kulit kering tidak cukup, ia boleh menyebabkan kulit menjadi merekah. Tanda-tanda penuaan juga akan nampak lebih jelas berbanding jenis kulit yang lain.
 
Kulit kering terjadi disebabkan kulit memiliki kalenjar minyak dan tahap kelembapan yang sangat sedikit dipermukaan kulit. So, sebab tu setiap kali kita mencuci muka, kulit akan terasa kering.

Lebih teruk lagi, garis-garis halus dan kedutan pada wajah akan mudah terbentuk sehingga menyebabkan kita akan nampak lebih berusia atau tua dari usia sebenar.

Kalau anda sering menggunakan sabun, pembersih muka atau penyegar secara berlebihan, keadaan kulit kering akan bertambah teruk dan bermasalah. Faktor cuaca juga mempengaruhi keadaan kulit, contohnya apabila cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

Bagi memastikan kulit kering tetap sihat dan bermaya, anda perlu pastikan kelembapan kulit kita mencukupi. Kalau anda memiliki jenis kulit kering, jom ikuti langkah-langkah di bawah

Tips Penjagaan Wajah Kulit Kering
 

1. Untuk tanggalkan solekan di mata, letakkan sedikit pembersih solekan mata yang berasaskan minyak pada kapas muka dan bersihkan kawasan mata dengan perlahan-lahan. Produk berasaskan minyak ini akan membantu mengurangkan kekeringan kulit. Tapi jangan guna berlebihan pula ya, boleh menyebabkan kulit terkena alahan. Mostly orang guna baby oil kan, boleh juga. tapi jangan guna berlebihan ok. 

2. Untuk mencuci wajah, pastikan anda menggunakan pembersih wajah yang mampu menyingkirkan kotoran dan solekan yang terdapat pada permukaan kulit. Lebih elok guna pembersih wajah jenis gel oil cleanser macam Youth Gel Oil Cleanser ni. Buat sedikit urutan kemudian biarkan seketika, then bersihkan wajah dengan menggunakan kapas muka. Selepas itu barulah bilas wajah dengan menggunakan air bersih. Sebaiknya gunakan air sejuk untuk rasa lebih segar. Penggunaan air sejuk juga membantu peredaran darah pada kulit wajah.

3. Langkah ini paling penting. Pastikan sapu pelembap wajah selepas mencuci. Sapukan dengan menggunakan hujung-hujung jari dalam gerakan bawah ke atas. Gunakan pelembap yang mempunyai tekstur yang pekat kerana ia mengandungi lebih banyak air berbanding minyak. Jika ingin bermakeup pastikan pelembap telah meresap ke dalam kulit dahulu kira-kira 15-20 minit.
 
 
 
Jika anda lakukan secara rutin dan konsisten dengan menggunakan skincare yang sesuai, boleh mengurangkan garis-garis halus pada wajah dan kedutan juga dapat dikurangkan. Kulit pun akan jadi lebih halus dan licin.
 
Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering ok.
 
 
Nak tanya vitamin atau skincare untuk kulit kering? 

You Might Also Like

10 comments

  1. for now , i pakai Vaseline ja... setakan ni work la .. cuma muka tak segar ... sbb tade vitamin kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah maybe juga tu kurang vitamin. Sebab mostly org more kpd skincare luaran tp tak jaga dari dalam. Dua2 penting

      Delete
  2. thanks for the tips. Even men have to take care of their faces...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu abamkie. Lelaki pun kena jaga kulit 😊

      Delete
  3. kita pun kulit jenis kering...mmg kena rajin apply skincare siang n malam utk kekalkan kelembapan kulit :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tak boleh tinggal rutin skincare siang dan malam.

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)