Wednesday, 26 August 2015

Pantang Larang Pemakanan Untuk Penderita Darah Tinggi


Kaitan penyakit darah tinggi dengan penyakit-penyakit berisiko yang lain seperti jantung, buah pinggang serta organ-organ adalah sangat rapat. Darah tinggi juga boleh meningkatkan risiko strok dan melumpuhkan sistem buah pinggang. Bagaimanapun, punca sebenar serangan darah tinggi masih belum diketahui secara total. Tetapi setiap individu sentiasa disarankan supaya berhati-hati terhadap pengambilan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Malah setiap individu digesa menjalani pemeriksaan doktor secara kerap.

Meskipun risikonya tinggi, penyakit darah tinggi masih mudah dikawal jika penghidapnya mengamalkan pengambilan makanan dan ubat-ubatan secara konsisten. Penderita darah tinggi harus memperhatikan pola pemakanan seharian. Pola makan yang dianjurkan semakin rumit jika usia pesakit melebihi 50 tahun. Ini kerana, pada usia ini darah tinggi sering ditambah dengan komplikasi lain seperti penyakit jantung koroner, strok dan sebagainya.

Apakah bentuk pola pemakanan yang sesuai dan perlu dijauhkan oleh penderita darah tinggi?
Makanan yang SESUAI diambil
Matlamat utama anda untuk mengawal pemakanan adalah bertujuan merendahkan kolesterol dan lemak tepu dalam darah. Walaupun sukar untuk mengelak daripada mengambil makanan tanpa lemak, sekurang-kurangnya penderita boleh mengurangkan pengambilannya.

Lemak tepu banyak terdapat di dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu. Jika mengambilnya tanpa kawalan akan menyebabkan peningkatan paras kolesterol di dalam darah. Apapun, kandungan lemak tepu dalam diet boleh dikurangkan dengan mengikuti panduan-panduan berikut:-

#1 Makan ikan dan ayam tanpa kulitnya. Jika memasak daging merah (lembu atau kambing) pilih bahagian tanpa lemak sahaja. Buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti yang sederhana.

#2 Gunakan sedikit minyak sayuran dan marjerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahri ketika memasak. Ini boleh mengurangkan kandungan lemak tidak tepu dalam darah.

#3 Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain (tanpa kolesterol) untuk menggantikannya.

#4 Tukar kaedah memasak dengan cara membakar, memanggang, merebus dan mengukus, elakkan menggoreng.

#5 Makanan yang disajikan mestilah mengandungi semua zat gizi iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Penggunaan garam perlu dibataskan.

#6 Makanan yang kita makan sehari-hari biasanya mengandungi 2800-6000mg natrium. Sebahagian besarnya datang dari garam dapur dan selebihnya terdapat secara semulajadi dalam bahan makanan. Bagi pesakit darah tinggi ringan, natrium mestilah diambil pada kadar 1-1.5gm per hari sahaja. Penambahan garam dapur hanya boleh diambil sekitar 2gm atau setengah sudu teh. Bagi pesakit darah tinggi sederhana pula, natrium dibenarkan ialah 600-800mg per hari. Penambahan garam dapur 1g sehari atau setara 1/4 sudu teh. Bagi pesakit darah tinggi yang serius, natrium hanya boleh diambil 200-4--mh per hari, tanpa penambahan garam dapur.

#7 Pilihlah makanan yang kaya dengan serat, misalnya oat dan gandum

#8 Ikan juga baik untuk anda. Untuk menyediakan makanan yang sihat, hidangannya sama ada direbus, dipindang, dibakar atau ditumis (tanpa minyak)

#9 Jus buah-buahan. Ia kaya dengan vitamin C dan serat

Makanan yang TIDAK SESUAI diambil
 
#1 Hindari makanan manis. Pesakit perlu membatasi atau menghindari biskut, kek, halwa serta makanan lain yang banyak mengandungi gula (manis)

#2 Semua bentuk makanan yang melibatkan daging merah, misalnya rendang dan daging goreng. Begitu juga dengan ikan masin, sardin, mentega dan daging panggang. Selain itu, makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet juga tidak baik untuk pesakit darah tinggi.

#3 Minuman yang tinggi natrium, misalnya kopi. Selain itu, alkohol juga tidak baik untuk penyakit darah tinggi

#4 Daging kambing dan durian serta makanan yang bergizi tinggi (daging merah) dan tinggi natrium (bergaram) hendaklah dibatasi. Makanan bersantan yang kaya lemak juga mestilah dikurangkan.

#5 Bacalah label makanan terlebih dahulu terutama yang menyebut tentang sodium chloride, garam, MSG, sos soya, serbuk penaik, monosodium dan sos teriyaki.

#6 Makanan yang mempunyai nilai tenusu yang tinggi juga tidak baik untuk pesakit darah tinggi. Jika ingin mengambil susu dan soya misalnya, pilihlah yang rendah lemak.

#7 Selain mengawal pola pemakanan, rokok juga perlu dijauhkan. Merokok boleh mendatangkan risiko darah tinggi. Berat badan juga perlu dikawal, kerana ia bersangkutan dengan risiko jantung.

Perubahan diet tidak boleh dilakukan dengan tiba-tiba. Adalah merbahaya kepada tubuh badan jika nutrien penting tidak diambil. Diet yang melampau boleh menyebabkan masalah kesihatan lain yang timbul. Walaubagaimanapun, perubahan diet yang beransur-ansur, senaman yang konsisten dan perhatian yang diberikan terhadap pengambilan kolesterol dan lemak tepu dapat memastikan paras kolesterol berada pada tahap normal.

Shaklee juga boleh bantu pesakit darah tinggi. Baca testimoni pengguna di SINI

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat


~ Instagram : kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

2 comments:

  1. Skrg ni mudah sgt org dapat sakit darah tinggi ni. Salah satu faktornya adalah pemakanan harian kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MAM. Kebanyakannya berpunca dari pengambilan pemakanan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...