Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online


    Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua. 

    Ok, seperti biasa Shaklee akan keluarkan promosi baru pada awal bulan. Dan korang wajib grab setiap promosi Shaklee ni okeh. 😁

    Jom, kita tengok apa promosi Shaklee untuk bulan Ogos 2021 ni.


    1. Love Your Body Set - FREE Shaklee Mug, FREE Postage & FREE Membership

    Promosi Shaklee Ogos 2021

    Mengandungi 5 item dalam 1 set. Iaitu ESP, Vitamin C, Omegaguard, Ostematrix dan Herblax.

    Set ini sesuai untuk semua golongan dewasa. Mengandungi semua vitamin-vitamin asas yang badan perlukan untuk kesihatan. Sesuai juga untuk ibu berpantang dan menyusu.


    Kebaikan setiap item dalam Love Your Body Set

    1. ESP - mengandungi sumber protein soya Non-GMO yang tidak diubahsuai. Baik untuk kulit, kuku dan rambut. Membantu memberi tenaga yang berpanjangan serta memberi rasa kenyang lebih lama.

    2. Vitamin C - Membantu menguatkan imun sistem. Juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.

    3. Omegaguard - Membantu melancarkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukan plak di dalam salur darah. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan, mengawal tekanan darah dan membantu mengawal paras kolesterol yang sihat.

    4. Ostematrix - Mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral untuk tulang yang kuat dan sihat. Mengurangkan keletihan dan simptom kebas/lenguh pada tubuh badan. Melancarkan sistem pencernaan serta mengurangkan rasa sakit kepala/migraine. Meredakan gejala PMS (Premenstrual Syndrome) bagi wanita. Juga sangat bagus untuk anda yang mengalami masalah insomnia atau susah nak tidur malam. 

    5. Herb-Lax - Membantu melancarkan sistem penghadaman dan membersihkan usus. Membantu mengatasi masalah sembelit. Dikenali sebagai agen detox. Mmebantu masalah berat badan dan dapat mengempiskan perut.


    2. Healthy Glow Set - FREE Shaklee Mug, FREE Postage & FREE Membership

    Promosi Shaklee Ogos 2021

    Set ini mengandungi 4 item iaitu ESP, Vitamin C, Omegaguard dan Youth Cleanser

    Set ini Eina sarankan untuk anda yang inginkan kulit cantik sihat. Sesuai untuk semua golongan dewasa. Lelaki atau perempuan. Mengandungi vitamin-vitamin asas untuk kulit sihat cantik dari dalam dan luar. Ibu hamil, ibu berpantang dan menyusu juga boleh ambil.


    Kebaikan setiap item dalam Healthy Glow Set

    1. ESP - Mengandungi protein tumbuhan non-GMO yang sangat bagus untuk penghasilan sel kulit baru. Protein adalah bahan utama yang menggantikan sel yang telah rosak atau mati. Ia juga membantu mencerahkan kulit.

    2. Vitamin C - Vitamin C juga asas untuk kulit sihat cantik. Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Membantu membaikpulih masalah kulit dari dalam juga menghalang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

    3. Omegaguard - Mengandungi Omega-3 yang dapat membantu melembapkan kulit, mengurangkan kegatalan kulit akibat alergi atau eczema. Membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang berbahaya dari matahari. Omega 3 dapat mengurangkan sensitiviti kulit terhadap sinar ultraviolet (UV). Juga berfungsi sebagai anti radang dengan membantu mengurangkan masalah jerawat pada wajah juga mengurangkan penampakan garis-garis halus pada wajah.

    4. Youth Luminious Gel Oil Cleanser - Mengandungi pH-seimbang dapat membersih dan menghaluskan kulit dengan lembut serta mengekalkan kelembapan kulit. Tidak mengandungi sabun. Mengandungi campuran vitamin Vital Repair+® yang dipaten dan polifenol Muscadine Grape Extract, serta Ekstrak Alga Hijau yang bantu membersih lebih mendalam dan menjadikan kulit lebih berseri. Youth Gel Oil Cleanser juga bertindak sebagai makeup remover.


    Ok, jangan lupa grab promo ini dan miliki Shaklee Mug yang sangat cantik ni ok. Ada 4 pilihan warna yang boleh anda pilih.



    Setiap pembelian set promo ini juga, anda layak mendapat FREE Membership & FREE Postage.

    Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Eina ok. Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
    Continue Reading

    Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN.

    Protein DIPERLUKAN untuk MEMPERBAIKI tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada setiap manusia sejak dari usia kanak-kanak. Pengambilan protein 15-20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan. 

    Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dan lain-lain) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam atau produk tenusu)

    Protein berasaskan tumbuhan adalah yang terbaik untuk kesihatan. Menurut kajian, mereka yang mengamalkan diet yang kaya dengan protein dari tumbuh-tumbuhan mempunyai risiko lebih rendah menghidapi penyakit kolesterol, tekanan darah, dan penyakit jantung.

    Pengambilan protein berasaskan tumbuhan juga membantu anda berasa lebih kenyang juga mampu mengurus dan mengawal berat badan dengan lebih baik.

    Makanan protein berasaskan tumbuhan juga dapat membantu anda kekal lebih muda lebih lama. Dalam satu kajian, pengambilan protein tumbuhan yang lebih tinggi boleh menjadikan kulit yang lebih sihat dan bercahaya. 


    3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik

    1. ESP - Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour


    Protein ESP Shaklee membekalkan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Ia tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Protein ESP menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).

    Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.

    Protein ESP juga mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.

    Protein ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Membantu kekalkan paras gula darah dengan stabil, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang


    2. Cinch Shake - Mixed Soy Protein Vanilla/Choc/ Cafe Latte Shake


    Cinch Shake kaya dengan protein dan kalsium. Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian. Makanan tanpa kolesterol.

    Mengandungi LEUCINE iaitu asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan. Tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan LEUCINE, ia mesti diperolehi dari sumber makanan. 

    Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusina bermanfaat dalam:
    • Menggalakkan pengeluaran otot.
    • Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
    • Menyokong pemulihan otot.
    • Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
    LEUCINE diperlukan oleh individu yang:
    • INGIN MENGAWAL BERAT BADAN
    • INGIN MENGEKALKAN JISIM OTOT
    • SEDANG DALAM REJIM KECERGASAN
    • INGIN MENGAMBIL MAKANAN YANG CEPAT DAN BERKHASIAT SELEPAS SENAMAN

    3. Life Shake - Mixed Soy Protein with Elderberry 



    Life Shake merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap 20g protein bukan GMO dengan nisbah tepat bagi semua 9 asid amino perlu. Padat dengan 24 vitamin dan mineral harian yang penting, dengan hanya 150Kcal dengan tambahan ekstrak Elderberi untuk meningkatkan perlindungan badan.


    MANFAAT ELDERBERI YANG LUARBIASA

    • TINGGI KANDUNGAN ANTIOKSIDAN
    • KAYA DENGAN POLIFENOL-ANTOSIANIN
    • SECARA TRADISIONAL DIGUNAKAN UNTUK MELEGAKAN SIMPTOM DEMAM DAN SELSEMA
    • MENINGKATKAN PERTAHANAN BADAN
    • MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN, MENGURANGKAN DEMAM DAN SELSEMA YANG BERPANJANGAN
    Life Shake mempunyai rendah glisemik yang dimaniskan secara sempurna dengan Reb M, untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan berat badan yang sihat. Sangat bagus sebagai pengganti makanan. Membantu anda kekal bertenaga, berasa puas dan mengurangkan keinginan untuk makan.
    Life Shake juga mengandungi LEUCINE yang membantu mengekal dan membina otot tanpa lemak untuk meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak



    Jadi, yang mana satu pilihan anda? Ketiga-tiganya mempunyai keistimewaannya tersendiri dan ketiga-tiganya juga sangat bagus untuk kesihatan, untuk kuruskan badan dengan lebih sihat dan jadikan kulit lebih cantik.

    Kenapa korang kena PROTEIN Shaklee? Sebabnya ia

    ✔️ Tiada kesan sampingan
    ✔️ Tiada bahan kimia
    ✔️ Tidak bertoksik
    ✔️ Mesra alam
    ✔️ 100% natural/semulajadi
    ✔️ Produk ini berdaftar dengan KKM
    ✔️ Dijamin HALAL dari ISA yang diiktiraf oleh JAKIM .


    So, jika berminat atau perlukan konsulatasi boleh terus hubungi Eina ok

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Kalau nak register ahli dan terus beli di website, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini (Hubungi Eina selepas daftar untuk proses seterusnya)


    Continue Reading
    Mulakan rutin kecantikan kulit dengan 3 langkah mudah. 

    Serlahkan kulit yang berseri dengan rutin penjagaan kulit yang sesuai untuk anda.

    Mulakan dengan tiga langkah asas.
    • Membersih - Mencuci
    • Menyegar - Menyeimbang
    • Melembap - Menghidrat
    Matlamat bagi mana-mana rutin penjagaan kulit adalah untuk memperbaiki keadaan kulit untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Jadikan tiga langkah asas di atas sebagai rutin harian bagi menguatkan kulit anda.

    Youth Basic Set


    Set penjagaan kulit ini mempunyai segalanya yang anda perlukan untuk kulit yang sihat, berseri. Ia memberikan kulit anda kelembapan dan perlindungan terbaik pada waktu siang. Ia menyubur dan menyegarkan kulit anda sepanjang waktu malam supaya anda bangun tidur dengan keadaan kulit yang bertenaga dan cantik.


    1. Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)


    YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser - Kombinasi unik yang menggabungkan manfaat pembersih minyak dan gel
    • Memberikan pengalaman pembersihan wajah yang menakjubkan
    • Pembersihan yang mendalam
    • Menyingkirkan penyumbatan liang pori
    • Menyerap kekotaran
    • Tidak mengeringkan kulit
    • Menanggalkan solekan secara lembut
    • Memperhalus kulit dengan lembut
    • Menyuci dan mempersiapkan kulit untuk rejimen penjagaan wajah yang seterusnya.
    • Sesuai untuk semua kulit

    2. Perfecting Skin Toner (177ml)


    Youth Perfecting Skin Toner - Dengan campuran vitamin, polifenol, dan bahan-bahan botanikal berpaten, ia bantu membekalkan nutrisi kepada kulit anda.
    • Menanggalkan sel kulit mati dan membebaskan kulit dari sel-sel kusam
    • Membantu menghidratkan kulit
    • Merupakan ejen pencemar persekitaran untuk kulit lebih cerah dan berseri 

    3. Age Defense Moisturizer SPF 50 (50ml)


    Youth Defense Moisturizer SPF 50 - Melindungi kulit anda dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF50 UVA/UVB. 

    Youth Defense Moisturizer SPF 50 memberi perlindungan lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Vitamin dan Botani bernutrien di dalam Youth Defense Moisturizer SPF 50 ini melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.



    Hargailah kulit anda dengan Set Penjagaan Youth ini. Ia telah direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. 

    Shaklee juga telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk Shaklee selamat.

    So, cepat-cepat grab ok.

    KLIK SINI untuk beli YOUTH BASIC SET + SHAKLEE D'DAUN BEG

    KLIK SINI untuk beli YOUTH STARTER SET + NIGHT CREAM (FREE SHAKLEE D'DAUN BEG)

    ATAU

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Continue Reading
    Siapa tak suka nampak muda dari usia kan?

    Umur dah masuk 40-an tapi wajah nampak muda macam awal 20-an. Seronok bila ada orang cakap macam tu pada kita. :)

    Ada pelbagai cara dan petua yang boleh diamalkan untuk nampak lebih muda dari usia. Tapi, kali ni Eina nak share 5 cara yang ringkas dan mudah untuk kelihatan muda dan melambatkan tanda penuaan pada wajah.



    1. Tegangkan Kulit dengan Kolagen
    Kolagen banyak terdapat di bawah kulit anda, membrikan struktur dan mengekalkan keanjalannya. Menambah pengambilan kolagen sangat digalakkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan. Penghasilannya meningkat dengan penambahan vitamin C kerana ia membantu menghubungkan kolagen, menjadikan kulit semakin tegang dan muda.

    Tip: Carilah suplemen dengan berat molekul yang rendah iaitu pada 1,000 Dalton untuk penyerapan yang lebih baik bagi merangsang sistesis kolagen

    2. Suplemen dengan Vitamin C
    Vitamin C merangsang keupayaan kulit untuk memulihkan dirinya, yang mengurangkan penampilan kedutan, dan melembutkan kulit yang kering dan kasar. Ia bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Ia juga adalah komponen penting dalam sintesis kolagen yang membantu meningkatkan ketegangan, kelembutan, keserian dan kesihatan kulit



    Tip: Carilah suplemen dengan sistem pelepasan berperingkat supaya badan anda menyerap dos vitamin C yang diperlukan dengan berkesan!

    3. Ambil Asid Lemak Penting
    Makanan yang kaya asid lemak perlu (asid lemak omega-3 dan omega-6) adalah sangat bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, menambah baik penampilan kulit yang berumur dan kelihatan lesu. Miliki kulit yang kelihatan muda dengan memasukkan makanan seperti salmon atau lain-lain minyak ikan, sayur-sayur berdaun, bijian, kekacang dan bijirin ke dalam diet anda.

    Tip: Carilah suplemen dengan tiga penyulingan molekul untuk menyingkirkan bahan cemar berbahaya dan meminimumkan bau serta rasa hanyir

    4. Gunakan Produk Penjagaan Kulit Yang Betul
    Miliki kulit sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Beralihlah kepada produk semulajadi, berasaskan tumbuhan seperti YOUTH, dihasilkan dengan mengutamakan keperluan pengguna untuk mengembalikan keserian dan merawat tanda-tanda penuaan. Dengan memanfaatkan kuasa botani, anda boleh mengharapkan YOUTH untuk menyihatkan dan melindungi kulit anda supaya anda kelihatan muda setiap hari.



    Tip: Mulakan dari asas dengan YOUTH Starter Kit, mengandungi pembersih, penyegar, pelembap dan krim malam untuk kulit yang berseri

    5. Minum Banyak Air
    Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain ia kelihatan kering dan berasa tegang. Apabila kulit mengalami dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan air yang tidak cukup, menyebabkan jerawat, keradangan dan tompok kering. Jadi, minumlah air secukupnya dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan gebu, serta dapat mengurangkan penampilan kedutan dan liang pori.

    Tip: Berikan kelainan pada air kosong dengan menambah hirisan buah-buahan kegemaran anda untuk mendapatkan minuman yang enak dan menyegarkan.

    So, jika anda ingin kelihatan muda dari usia sebenar, bolehlah amalkan 5 cara di atas ok. 

    Ingin konsultasi produk Shaklee, Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
    Continue Reading
    Finally, ESP in sachet is available for sale now!



    Ia semudah 1,2,3! Hanya koyakkan, tuang dan minum!

    Nikmati ESP Soy Protein Shaklee yang kaya dengan protein dan kalsium kini lebih mudah. Didatangkan dalam bentuk sachet, lebih senang di bawa kemana-mana dan lebih cepat disediakan. 

    Boleh dimasukkan ke dalam beg mahupun poket kalian dan nikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja.


    Sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja, yang selalu skip breakfast atau tak sempat nak breakfast. Sesuai untuk pengembara, remaja dan juga orang tua. Juga sesuai untuk ibu hamil dan menyusu.

    Dengan ESP dalam bentuk sachet ini, kalian tidak akan terlepas breakfast lagi dan boleh dijadikan alas perut kalian pada bila-bila masa. Badan juga akan kekal sihat dan bertenaga. 

    Cara pengambilan:
    Masukkan 1 sachet (28g) produk ini ke dalam air kosong atau segelas susu atau jus buah atau minuman kegemaran kalian dan kacau dengan sekata. Boleh tambah buah-buahan dan kisar.



    Buat pilihan yang lebih sihat!


    Keistimewaan ESP Shaklee in Sachet
    • Sachet individu yang sesuai untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
    • Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
    • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
    • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
    • Membekalkan 9 asid amino.
    • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
    Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


    Harga ESP in Sachet

    Harga Ahli - RM79
    Harga Retail - RM98.75

    Ada 10 sachet dalam 1 kotak ESP.


    Promosi ESP in Sachet


    Beli 3 kotak ESP in sachet, dapat FREE 1 kotak dengan harga RM296.25 sahaja. Promo ESP in sachet ini bermula 17 Jun hingga 30 Jun 2021 atau selagi stok masih ada.

    So, cepat-cepat grab ok.

    Ingin beli dengan harga ahli? Register ahli di bawah dan terus beli di website. 

    KLIK SINI untuk beli PROMO 3 kotak ESP (SACHET)

    atau

    KLIK SINI untuk beli 1 kotak ESP (SACHET)

    ATAU

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Continue Reading
    Alhamdulillah syukur atas pencapaian MFS Empire Team untuk bulan May 2021 yang lalu. Kenaikan bonus hampir 10% berbanding bulan sebelumnya. Jumlah jualan pun meningkat dari bulan April lepas. Syukur Ya Allah.



    Tahniah juga kepada semua team #MFSempire atas usaha kalian. Tahniah kepada anda yang berjaya dapat bonus dari Shaklee untuk bulan May lepas.











    Jom kita sama-sama terus sebar manfaat dan kongsi kebaikan dengan niat untuk bantu lebih ramai lagi orang sihat dan berjaya dengan Shaklee. InsyaAllah

    Untuk anda yang masih tercari-cari bisnes yang boleh anda sertai waktu pandemik ini, Eina sangat alu-alukan kalian sertai kami di MFS Empire Team untuk sama-sama bina kesihatan sambil jana pendapatan sampingan. Duduk rumah pun masih boleh jana income 3 atau 4 angka sebulan. InsyaAllah

    Bisnes Shaklee boleh dikategorikan sebagai bisnes yang stabil dalam waktu pandemik ini. Ini adalah kerana kesihatan menjadi faktor utama kenapa kita waktu ini dan kita sangatlah disarankan ambil vitamin/suplemen untuk tingkatkan tahap kesihatan kita.

    Shaklee mempunyai rekod prestasi melebihi 65 tahun dalam perniagaan dan lebih 100 tahun dalam inovasi produk pemakanan kesihatan. Ia terbukti berkesan dapat membantu ramai pengguna mengubah hidup mereka kekal sihat dan lebih sihat.

    So, nak tau lebih lanjut tentang bisnes Shaklee atau produk Shaklee, boleh jer terus contact Eina. InsyaAllah Eina akan reply secepat mungkin ok.

    Kalau nak register ahli boleh klik sini >>> DaftarAhli di Website Shaklee Di Sini

    atau

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina


    Eina Md Ali
    Shaklee Business Leader
    Founder of MFS Empire by Eina Md Ali

    Continue Reading

    Assalamualaikum. Hai semua, didoakan semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan juga. Aminn.

    Ok, macam biasa setiap bulan akan ada promosi baru dari Shaklee. Untuk bulan ini, Shaklee akan sambung promosi Best Seller Set untuk support kesihatan kalian sekeluarga.

    Promosi Shaklee Jun 2021


    Mengandungi 5 item iaitu
    1 x ESP
    1 x Vitamin C
    1 x B-Complex
    1 x Omegaguard
    1 x Ostematrix


    Setiap pembelian set ini, anda juga akan dapat

    ✅FREE MEMBERSHIP (worth RM35)
    ✅FREE DELIVERY (worth RM10)
    ✅FREE EXCLUSIVE SHAKLEE SHAKER (worth 

    Cantik tau Shaklee Shaker ni, material jenis tahan lama. Sangat berbaloi.

    Shaklee Best Seller Set


    Harga asal Best Seller Set ini ialah RM515, tapi harga promo cuma RM412. Anda jimat sebanyak RM103


    Manfaat Setiap Item di dalam Best Seller Set

    1. Vitamin C - Membantu menguatkan imun sistem untuk melawan radikal bebas. Sangat bagus untuk kesihatan kulit juga untuk kesihatan gigi, gusi dan tulang

    2. B-Complex - Membantu menukarkan makanan kepada tenaga untul sel-sel anda. Menggalakkan fungsi tubuh yang normal. Juga baik untuk saraf. Membantu mengurangkan simptom sakit kepala seperti migrane. Mengandungi Asid Folik yang sangat bagus untuk wanita yang sedang usaha mendapatkan zuriat.

    3. ESP - Merupakan sumber protein terbaik dan berkualiti. Non-GMO iaitu ia tidak diubahsuai dan dihasilkan secara natural. Tinggi dengan kalsium. Bantu bina sel-sel yang baru yang lebih sihat. Membantu mengurangkan kadar kolesterol, mengurangkan gejala gastrik dengan memberikan rasa kenyang lebih lama serta memberi tenaga yang berpanjangan. 

    4. Omegaguard - Membekalkan asid lemak penting Omega-3 untuk kesihatan sendi dan menggalakkan peredaran darah yang sihat serta mengurangkan keradangan. Sangat baik untuk mengurangkan kadar kolesterol juga membantu masalah eczema

    5. Ostematrix - Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan 4 nutrien pembina tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Membantu mengurangkan rasa kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan serta menjadikan tidur malam lebih nyenyak dan berkualiti.


    Best Seller Set ini sesuai untuk siapa?

    Sesuai untuk kesihatan lelaki dan perempuan, tua atau muda. Sesuai juga untuk suami isteri yang sedang usaha mendapatkan zuriat. Juga sesuai untuk ibu-ibu berpantang dan ibu menyusu.

    Set ini boleh bantu tingkatkan kesihatan, tingkatkan imuniti, bantu tingkatkan kesuburan dan bantu perbaiki hormon dalaman. Bagi ibu yang berpantang pula set ini boleh bantu ibu-ibu kekal bertenaga, kembalikan kesegaran badan dan bantu percepat sembuh luka bersalin. Untuk ibu menyusu pula, set ini dapat bantu ibu-ibu kekal cergas, kurangkan keletihan dan dapat bantu meningkatkan penghasilan susu ibu yang berkualiti. So, sangatlah berbaloi dan bermanfaat ok.

    Jika berminat boleh terus hubungi Eina untuk konsultasi

    Kalau nak register ahli dan terus beli di website, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini

    atau

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Continue Reading

    Performance Drink ini membantu mengekalkan cecair dalam badan kita. Dengan proprietari OPTI-LYTE campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.

    Performance Drink ialah produk Shaklee yang paling popular di bulan puasa. Sekarang ni pun ramai yang sedang ganti puasa kan, so sangatlah disarankan ambil Performance Drink ni ok.

    Memang ramai suka Performance Drink ni sebab ia sangatlah membantu beri tenaga dan kurangkan rasa haus masa puasa. Eina sendiri pun, memang tak tinggal Performance Drink ni setiap kali berpuasa. Sangatlah best.

    Jom baca satu-satu testimoni Performance Drink Shaklee untuk puasa di bawah. 😊


    Testimoni Performance Drink Untuk Puasa - Tekak tak kering

    Testimoni Performance Drink Untuk Puasa - Badan bertenaga, tak rasa penat

    Testimoni Performance Drink untuk Puasa - Badan rasa lebih segar, tak mengantuk, kurang rasa haus dan kurang penat

    Testimoni Performance Drink untuk Puasa - Bersahur dengan PD, tak rasa dahaga. Badan pun sentiasa  bertenaga


    Baca DI SINI info lanjut tentang SET PUASA 
    SHAKLEE :)

    Grab cepat jika anda ingin sihat bertenaga semasa berpuasa. Contact Eina +60192275759


    Kalau nak register ahli dan terus beli di website, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini

    atau

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Continue Reading
    Promosi bulan April istimewa sempena menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi. Bulan ini Shaklee lebih fokus kepada produk-produk yang boleh bantu kalian berpuasa dengan lebih sihat dan cergas.

    Lihat poster di bawah.

    Promosi Shaklee April 2021


    Ok, pembelian mana-mana produk di dalam poster dengan minimum 100UV dalam satu resit, kalian boleh beli Shaklee Limited Edition Shaker dengan harga RM8.50 sahaja. Harga asal shaker tu RM18 ya. Tapi bulan ni Shaklee offer RM8.50 sahaja. Rugi tak grab.

    Kalian juga layak mendapat FREE Membership dan juga FREE Postage dengan pembelian RM300 ke atas. So, memang berbaloi ok.

    Boleh pilih Set Combo Ramadan seperti cadangan di bawah mengikut keperluan kalian ok.













    So, nak lebih jimat, lebih untung dan nak beli Shaklee Limited Edition Shaker tu, boleh pilih mana-mana Set Combo Ramadan di atas mengikut keperluan kalian ok.

    Berminat nak order, boleh terus contact Eina di Whatsapp +60192275759

    Ingin daftar dan beli sendiri di website, klik DI SINI

    Sebarang bantuan atau pertanyaan terus hubungi Eina ok. 

    Jom Berpuasa bersama Shaklee. 😊





    Continue Reading
    Testimoni ESP untuk Ibu Menyusu

    Protein penting untuk tubuh badan kerana protein adalah makanan sel. Protein juga merupakan antara komposisi utama dalam susu ibu. Ketika menyusu, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan protein bagi menyokong penghasilan susu badan. 

    Pengambilan protein yang disyorkan ketika menyusu:
    • 6 bulan pertama : +19g/sehari
    • 6 bulan seterusnya : +13g/sehari
    ESP Shaklee merupakan salah satu item penting untuk ibu menyusu. Setiap hidangan ESP membekalkan 14 gram PROTEIN berasaskan tumbuhan. Membekalkan 9 asid amino yang tidak dihasilkan oleh badan serta tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.


    Kelebihan ESP Untuk Ibu Menyusu

    Kelebihan ESP Shaklee untuk Ibu Menyusu


    1. Sebagai milkbooster - membantu memperbanyakkan susu ibu

    2. Membantu menghasilkan susu badan yang pekat

    3. Membekalkan nutrisi untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi

    4. Membantu membina otot, kesihatan kuku dan rambut yang sihat untuk ibu dan bayi

    5. Memberi tenaga yang berpanjangan untuk ibu menyusu

    6. Membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang sihat untuk bayi


    Kenapa kena pilih sumber protein dari berasaskan tumbuhan?
    • Kerana ia lebih selamat
    • Kerana ia bebas lemak
    • Kerana ia sifar kolesterol
    • Dari sumber non-GMO
    • Dari sumber semulajadi

    Testimoni ESP Untuk Ibu Menyusu

    Testimoni ESP untuk ibu menyusu
    ESP dapat bantu penyusuan anak sehingga umur anak 2 tahun


    Testimoni ESP untuk ibu menyusu
    Ambil ESP, susu meriah, badan tidak letih


    Testimoni ESP untuk ibu menyusu
    Ambil ESP semasa berpantang, susu meriah dan pekat


    Testimoni ESP untuk ibu menyusu
    Ambil ESP semasa berpantang, susu meriah. Berjaya menyusu anak sehingga umur anak 2 tahun


    Testimoni ESP untuk ibu menyusu
    Asbab ESP dalam set menyusu, dapat buat stok susu dan berjaya menyusu sehingga umur anak 2 tahun lebih

    Ibu-ibu yang mengambil ESP Shaklee sebagai supplemen tambahan untuk memperbanyakkan susu, harus mengambil air putih yang mencukupi. Selain itu, teruskan mengepam atau menyusukan bayi secara direct mengikut demand bayi bagi menggalakkan penghasilan susu ibu. Jika perlu, berurutlah untuk melancarkan susu dan jangan lupa kerap berzikir juga supaya dapat mengawal stress dan emosi dengan baik :)


    Baca juga :
    Set Menyusu Shaklee & Testimoni

    Sebarang pertanyaan, konsultasi atau belian boleh berhubung terus dengan Eina di talian WhatsApp 0192275759

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Promosi Shaklee November 2020
        Hai semua, Eina nak share Promosi Shaklee untuk bulan November 2020 ini. Ok, bulan ni Shaklee sambung promo bulan lepas. Ada 2 Set Promo j...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya
        Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semua seko...
    • Jenis Topeng Muka Yang Sesuai Ketika Musim Jerebu
      Terdapat pelbagai jenis topeng yang boleh didapati di luar sana. Tetapi, topeng yang macam mana paling sesuai digunakan semasa musim jerebu?...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top