Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil
5:36 PM
Assalamualaikum..
Semua tahu protein sangat penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan sel tubuh yang sihat, ini adalah kerana protein merupakan bahan
asas pembinaan sel tubuh manusia.
Berapa keperluan protein untuk tubuh badan kita?
Keperluan protein setiap orang bergantung kepada
faktor-faktor seperti usia, saiz, tahap aktiviti.
Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan
minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8,
kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8
gram setiap kilogran berat tubuh dewasa.
- Keperluan protein = berat badan (kg) x 0.8
Kali ni Eina nak tekankan keperluan protein bagi ibu
hamil. Protein adalah salah
satu daripada nutrien yang baik yang
diperlukan oleh bayi. Pertumbuhan
bayi dalam rahim itu memerlukan lebih
protein ini adalah
kerana protein membantu pertumbuhan otak bayi menjadi lebih optimum.
Ya, wanita dinasihatkan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protein, samaada bagi mereka yang merancang ingin hamil mahupun yang sedang hamil. Keperluan protein sangat penting terutama apabila usia kandungan sudah pada minggu 37 kerana pada masa itu bayi memerlukan pengambilan protein lebih. Pertumbuhan otak yang baik pasti akan mempunyai kawalan badan yang baik juga. Pertumbuhan jantung akan jauh lebih baik jika anda memakan banyak protein.
Ya, wanita dinasihatkan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protein, samaada bagi mereka yang merancang ingin hamil mahupun yang sedang hamil. Keperluan protein sangat penting terutama apabila usia kandungan sudah pada minggu 37 kerana pada masa itu bayi memerlukan pengambilan protein lebih. Pertumbuhan otak yang baik pasti akan mempunyai kawalan badan yang baik juga. Pertumbuhan jantung akan jauh lebih baik jika anda memakan banyak protein.
Keperluan
protein bagi seorang wanita hamil adalah sekitar 75gm atau lebih 25gm dari
sebelum hamil. Pada Trimester pertama ibu hamil memerlukan protein adalah lebih
kurang 50 gm sehari, Pada Trimester kedua keperluan protein akan meningkat kepada 68 gm dan
seterusnya semakin meningkat pada Trimester ketiga.
Selain itu, lain-lain nutrisi yang mencukupi juga amat
penting dalam tempoh kehamilan agar dapat melindungi ibu dan janin daripada
pelbagai risiko yang berbahaya. Antara nutrisi penting bagi ibu hamil adalah Zat
Besi, Asid Folik dan Kalsium.
Pentingnya PROTEIN untuk Ibu Hamil kerana:-
- Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin
- Merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi
- Ia membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan pertumbuhan otak janin
- Ia juga membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah
- Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
- Pada trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Risiko
Kekurangan PROTEIN untuk Ibu Hamil adalah seperti:-
- Dikhuatiri melahirkan bayi premature/tidak cukup bulan
- Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan menyebabkan kematian/keguguran
- Pertumbuhan bayi akan terbantut dan tidak normal mengikut usia kehamilan
- Ibu hamil mungkin berisiko mendapat anemia atau kekurangan sel darah merah
- Penghasilan susu juga mungkin akan berkurang
2 comments
good info..thank you for sharing.
ReplyDeleteu r welcome :)
DeleteTerima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)