Kepentingan Vitamin Untuk Tubuh Badan
4:29 PMVitamin maksudnya bahan
organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia
berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan,
dan pencegahan penyakit.
Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan
proses protein,
karbohidrat,
dan lemak dalam
badan anda.
Sesetengah
vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon.
Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab
itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin)
yang lain.
Meskipun
kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti
suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda
perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda.
Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jenis-jenis dan fungsi vitamin
|
Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?
Semua orang
digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau
tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga
bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang
bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini,
lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk
mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan
vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Berbeza pula sekiranya
anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan
mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya,
rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel
darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat
besi.
Makanan yang boleh menggantikan vitamin
Susah hendak
dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri.
Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Kalau anda
hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan
sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan
vitamin.
Boleh
dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang
membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga
zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)