Amalan 10 Hari Terakhir Ramadan

2:23 PM


Assalamualaikum

Sedar tak sedar, kita dah pun masuk di 10 hari terakhir Ramadan tahun ni kan. Cepat jer masa berlalu.

Alhamdulillah, untuk rezeki Ramadan kali ini dapat Solat Terawah berjemaah bersama keluarga dirumah, dapat bertadarus bersama. MasyaAllah seronok sangat rasa.

Jom kita manfaatkan 10 hari terakhir Ramadan ni dengan amalan-amalan ini.


1. BACA AL-QURAN TERUTAMA SURAH AL IKHLAS

"Siapa pun yang membaca surah Al Ikhlas akan mendapatkan pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran." (HR. Tirmidzi)


2. BERSEDEKAH


Lailatul Qadar adalah Malam kemuliaan kerana "lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr 97:3). Ini bererti amal baik yang dilakukan di malam tersebut akan diberi ganjaran pahala sebanyak amal baik yang dilakukan selama 83 tahun.


3. MELAKUKAN QIAMULLAIL


"Barang siapa solat di malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

(HR. Bukhari dan Muslim)


4. BANYAKKAN BERDOA


Aisyah radhiallahu 'anha, berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Beliau menjawab: "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni - Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, suka memaafkan, maka maafkanlah aku." (HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)


Firman Allah SWT :
“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”
(Surah al-Qadr: 4-5)


Mari sama-sama amalkan amalan di atas di 10 hari terakhir Ramadan. 

Semoga kita diizinkan Allah untuk bertemu dengan Lallatul Qadr. Aminnn

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)