Jenis Makanan Yang Sesuai Ketika Ramadan

11:01 AM


Berpuasa mampu tingkatkan kesihatan seseorang.

Untuk mendapat manfaat yang penuh ketika berpuasa, seseorang itu perlu mengawal jenis dan kuantiti makanan ketika berpuasa.

1. Jangan makan secara berlebihan. Ambil makanan dengan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama (karbohidrat, lemak, protien dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan

2. Ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti bijian dan biji benih seperti barli, gandum, oat, kekacang, beras bathmathi dan lain-lain untuk bantu bekalkan tenaga untuk jangka panjang

3. Ambil makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin, ubi kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk bantu proses penghadaman.

4. Elakkan makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng dan lain-lain

5. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti manisan dan air terlalu manis.

6. Kurangkan minuman berkaffein kerana ia mengurangkan kandungan cecair dalam badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing.

7. Waktu sahur, ambil makanan yang tidak terlalu berat atau tidak terlalu mengenyangkan tetapi makanan tersebut dapat beri tenaga yang kekal lama. Contohnya seperti oat dan roti.

8. Waktu berbuka, mulakan dengan kurma kerana kurma dapat beri tenaga yang banyak dan dapar beri kesegaran. Ambil bersama jus buah-buahan.

Selain itu, Al-Quran, As-Sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing dan oat.

Jadi pastikan kita mengambil makanan yang sesuai ketika berpuasa di bulan Ramadan bagi mengekalkan kesihatan kita ya.




~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina
IG: mfs.empire

 

You Might Also Like

4 comments

  1. rasanya dah amalkan tips pemakanan di atas serba sikit. Alhamdulillah.

    P.S. Jom join segmen blog list di blog abam kie yg bakal tamat pd 10 Mei nanti. Peserta terakhir secara automatik akan dpt tunai RM5.

    ReplyDelete
  2. taktahu kenapa tapi saya tak berapa gemar kurma. tapi lepas ni kena paksa juga makan sedikit, mengambil berkat sunnah Nabi tu hehehe. tq for the tips! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sunnah Nabi tu, rugi tak makan, banyak khasiat dia. :)

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Followers

Pageviews