Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
     
    Macam mana nak jadikan diri sentiasa ceria dan cergas sepanjang hari? Pasti akan ada satu-satu masa kita macam bad mood kan? Terutama bila terlalu letih. Eina nak share sedikit tips untuk kekal ceria dan cergas dari pagi hingga ke malam. Wahhhhh, boleh ke? Jom baca ;)

    5 Minit Tertawa
    Jangan memandang remeh tentang kekuatan ketawa. Ketawa juga salah satu bentuk senaman. Ketika anda sedang ketawa, oksigen akan masuk ke rongga mulut sekaligus meningkatkan pernafasan dan peredaran darah dalam tubuh. Dengan ketawa ia akan menyihatkan sistem jantung serta menjaga tekanan darah agar tidak meningkat. Tertawa selama 5 minit dengan lima kali sehari turut meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan tekanan.

    Opsss jangan ketawa berlebihan pula ya, lain jadinya nanti. Hehe

    Latihan Regangan Selama 10 Minit
    Membantu meningkatkan kelenturan otot dan mengurangkan risiko kecederaan. Baik dilakukan selepas beraktiviti agar pemulihan otot lebih cepat dan mengelakkan kekejangan otot. Lakukan regangan selama 10 minit pada setiap hari. Lakukan di mana sahaja bila-bila masa.

    Kalau anda bekerja di pejabat seharian mengadap komputer, sila lakukan latihan regangan ini. InshaaAllah stress pun akan hilang. :)

    10 Minit Bermeditasi
    Biarpun kelihatan mudah dan sederhana, meditasi amat baik untuk keseimbangan tubuh serta kesihatan mental. Meditasi melatih pernafasan dengan cara menarik dan menghembus secara perlahan-lahan dan teratur. Tubuh akan lebih segar dan fikiran akan lebih fokus. Meditasi selama 10 minit memberi manfaat sama dengan tidur nyenyak selama sejam.

    Tapi kebanyakannya lebih memilih untuk tidur kan. :D

    15 Minit Berjalan Kaki
    Ambil masa selama 10-15 Minit. Naik turun tangga dan meletakkan kereta jauh dari tempat yang biasa anda letak merupakan dua cara mudah untuk anda menggunakan kaki untuk bergerak.

    Haaa, kalau macam Eina duduk rumah ni, bukan 15 minit lagi dah. Duduk 15 minit, berjalan 30 minit. Siap berlari-lari anak dalam rumah ni. Haha.

    Tidur Siang Selama 30 Minit
    Membantu meningkatkan kesegaran tubuh serta ketajaman fikiran setelah bangkit daripada tidur. Walaupun singkat, tidur siang sangatlah bermanfaat kerana istirehat yang singkat mampu meningkatkan stamina yang sudah menurun pada waktu siang. Elakkan tidur siang yang berlebihan.

    Eina sangat jarang dapat tidur siang, kadang tu curi masa juga nak tidur siang. Tapi baru je seminit tutup mata, ada dah yang panggil. Lastly tak dapat juga tidur. Heee

    60 Minit Bermandikan Sinaran Matahari
    Tubuh memerlukan vitamin D yang juga dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Namun, tubuh masih memerlukan bantuan sinaran matahari untuk memenuhi keperluan vitamin D yang mencukupi. Oleh itu, jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari dengan SPF 15 supaya kulit tidak mudah terbakar dan menyebabkan masalah berkaitan kulit contohnya kanser.

    Ermm, sejak duduk rumah ni. Memang jarang sangat bermandikan sinaran matahari. 

    So, agak-agak boleh ikut tak tips ni, berkesan ke tips ni. Kalau nak tahu kesannya, cubalah ya. :)

    Selain tips di atas, boleh juga amalkan tips dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah di bawah ni ya.


    Oh ya, Shaklee juga ada sediakan minuman yang bantu kita ceria dan sergas sepanjang hari tau. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. Baca lanjut tentang Performance Drink di SINI

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Kentang digemari semua peringkat usia. Di masak dalam apa jua cara, keenakan kentang masih terserlah. Rasanya yang lemak, antara sebab mengapa ia digemari. Jom kenali khasiat kentang secara mendalam menerusi cara hidangannya.

    Kentang Goreng


    Siapa suka makan kentang goreng? Kentang goreng adalah makanan segera yang paling famous dan paling digemari. Samaada di restoran makanan segera, restoran makanan barat atau boleh juga disediakan sendiri di rumah. Oleh sebab ia makanan yang diproses dan kandungan garamnya agak tinggi, anda dilarang mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Dalam 24 auns atau 68gm hidangan kentang goreng yang kecil, ia mengandungi 210 kalori, 10 lemak dan tiada kolesterol.

    Hashbrown


    Hashbrown adalah hidangan sarapan pagi yang sedap. Banyak syarikat sudah mengeluarkan produk Hashbrown mereka sendiri dan anda tidak perlu ke restoran makanan segera untuk menikmatinya. Hashbrown mengandungi sebanyak 135 kalori, 1.87gm protein, 18.28gm karbohidrat, 25mg kalsium, 11mg magnesium dan 29mg phosphorus. Selain itu, ia juga mengandungi 72.51gm air. Untuk rasa yang lebih sedap, makanlah bersama-sama sos.

    Kentang Putar


    Kentang putar juga adalah antara makanan Barat yang sangat digemari, terutamanya golongan kanak-kanak. Penyediaannya mudah dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Dalam satu hidangan kentang putar, ia mengandungi 161 kalori, 7gm lemak, 19mg kolesterol, 82mg sodium, 22.2gm karbohidrat dan 2.7gm protein. Anak-anak Eina pun suka kentang putar ni, tapi hanya kentang putar dari KFC jer. Hihi. 

    Kerepek Kentang


    Kebanyakan daripada kita amat gemar dengan keenakan kerepek kentang. Rasanya yang rangup, masin dan berlemak menjadikan kita juga tidak jemu mengunyahnya setiap masa. Betul tak? Banyak di pasaran sekarang ni kan? Oleh sebab ia mengandungi bahan perasa yang agak banyak, anda tetap tidak boleh mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan. Dalam sebungkus kerepek kentang, jumlah kalori yang ada padanya ialah antara 110-160. Jumlah lemak pula adalah 10gm, sodium 180gm, potassium 443gm, karbohidrat 15gm dan vitamin C sebanyak 10%.

    Ishhh semua kat atas ni, memang favourite kita & anak-anak juga kan. Tapi tak boleh ambil selalu. Cukuplah sekadar ingin merasa. Hehe
    Continue Reading
    Bulan ni, banyak betul item FREE Shaklee nak bagi. Hihi

    Sempena sambutan 100 tahun Vitalea yang juga merupakan multivitamin pertama dan terbaik di dunia, Shaklee akan memberi ganjaran pada anda yang memilih produk Shaklee sebagai suplemen harian anda.

    Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia iaitu pada tahun 1915 oleh Pengasas Shaklee, Dr Forrest C. Shaklee, Sr. 


    Pada asalnya dikenali sebagai "VITALIZED MINERALS" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.


    Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

    Ok, macam mana nak dapat Vitalea ini secara PERCUMA. Salah satu offer boleh refer sini >>> Complementary Vitalea. Offer terbaru dari Shaklee ialah dengan membeli YES Pack Prenatal atau YES Pack Postnatal, anda layak dapat satu lagi Vitalea dengan percuma. 


    Healthy Prenatal (Set Kahamilan/Mengandung)

    1. Vitalea - Multivitamin, bantu untuk tambah darah. Sesuai utk masalah HB rendah. Dan mengelakkan Anemia.

    2. B-Complex - Mengandungi asid folik yg sesuai utk hamil. Bantu tumbesaran bayi dgn sempurna.

    3. Vitamin C - Antibodi utk ibu2, supaya dpt elakkan dari mendpt sakit teruk seperti demam, batuk & selsema semasa hamil.

    4. Omegaguard - Mengandungi Omega 3, DHA & EPA yg bagus utk tumbesaran otak dan mata baby

    5. ESP - Sumber protein utk ibu2. Protein juga sgt penting utk tumbesaran baby dlm kandungan. Bantu ibu2 menjadi lebih bertenaga juga.

    6. Ostematrix - Sumber kalsium utk ibu dan juga baby. Bila hamil, baby dlm kandungan akan ambil sumer kalsium ibu, sbb tu ibu2 selalu cramp kaki. Kalsium ini sgt penting.

    Healthy Postnatal (Set Berpantang)

    1. Vitalea - Multivitamin, bantu untuk tambah darah. Selepas bersalin, ibu-ibu akan banyak kehilangan darah kan, so Vitalea membantu ibu-ibu untuk tambah darah. Vitalea juga membantu memberi tenaga pada ibu yang sedang berpantang. 

    2. Vitamin C - Bantu kuatkan Antibodi ibu berpantang supaya dpt elakkan dari mendapat sakit teruk seperti demam, batuk & selsema semasa berpantang.

    3. Omegaguard - Mengandungi Omega 3, DHA & EPA yg bagus utk tumbesaran otak dan mata baby yang dapat disalurkan melalui penyusuan. 

    4. ESP - Sumber protein utk ibu berpantang. Bantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga juga. ESP juga membantu penyusuan ibu-ibu dengan menghasilkan susu lebih pekat, berkhasiat dan berkualiti. Baby pun akan cepat kenyang dan tidur nyenyak.

    5. Alfafa Complex - Alfafa bantu memulihkan urat selepas bersalin. Mengurangkan ketegangan urat dan mengelakkan sembelit. Meningkatkan kandungan susu juga bertindak sebagai agen detox. Sesuai untuk ibu-ibu yang ingin turunkan berat badan juga

    6. Ostematrix - Sumber kalsium utk ibu dan juga baby. Bila hamil, baby dlm kandungan akan ambil sumer kalsium ibu, sbb tu ibu2 selalu cramp kaki. Kalsium ini sgt penting.

    Ok, maknanya jika anda beli Set Hamil atau Set Berpantang ini anda akan dapat 2 Vitalea tau. Jika nak dapat harga murah sebanyak 20% dari harga pasaran, Eina nasihatkan anda beli set ini dan Register as Member, anda akan dapat 3 botol Vitalea sekaligus. Wahhhh best betul offer ni la. Masih tak clear, boleh whatsapp Eina ok.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading

    MELAMPAU tau Shaklee ni 😂😂😂

    Suka buat orang gundah gulana.

    Promo BEST SANGAT sepanjang September 2015. HOT ITEM Shaklee


    esp shaklee


    Beli 6 tong ESP dapat FREE 1 Tong ESP, anda juga layak mendapat KEAHLIAN secara PERCUMA SEUMUR HIDUP, juga layak menerima CASH REBATE bernilai RM30++ Beli 2 tong ESP anda dapat DISKAUN sebanyak 5%

    Cepat borong, sementara duit gaji ada lagi. Hehhe 😝

    Siapa yang perlukan ESP???

    promo esp shaklee

    Lelaki @ Wanita perlu ambil ESP. Protein dalam ESP banyak manfaatnya untuk kesihatan mahupun kecantikan.

    🍊 Kulit CANTIK, gebu & anjal. ESP membantu membaikpulih struktur kulit. ESP membantu merangsang regenerasi kulit dan otot. Ia juga memulihkan tisu-tisu kulit sambil mengurangkan kedutan.

    🍎 Ibu HAMIL & BERPANTANG sangat perlukan ESP kerana bagi memenuhi keperluan protein bagi ibu juga memberi tenaga.

    🍅 Ibu MENYUSU juga perlu ambil ESP bagi menghasilkan lebih banyak susu dan susu yang dihasilkan lebih pekat dan berkualiti.

    🍋 WARGA EMAS juga perlu ambil ESP untuk kesihatan menyeluruh, bantu menguatkan tulang, bantu menganjalkan kembali kulit dan lebih bertenaga.

    🍏 Nak KURUS? ESP bantu anda berasa kenyang lebih lama dan bertenaga. ESP juga membantu memejalkan otot supaya tiada lemak yang tinggal, badan juga tidak menggelebeh.

    🍒 Golongan pekerja & pelajar memerlukan ESP agar sentiasa bertenaga, aktif, cergas dan lebih fokus.

    Whatsapp Eina cepat ya ;)

    Continue Reading
    Weekend hari tu, Eina & husband banyak spend time untuk anak-anak. Banyak juga aktiviti melayan anak-anak ni walaupun hanya duduk rumah. Hehe

    Bila anak-anak jumpa 'Clown' kat shopping mall, dorang mesti seronok kan. Sanggup tunggu atau beratur nak dapatkan balloon dalam bentuk yang dorang suka. Paling famous, bentuk pedang dan bentuk dog.



    Kami cuba beli sepeket balloon untuk layan permintaan anak-anak terutama sekali si abang la Ilham Ziqri. Beli kat Mr DIY, harga murah juga la.


    Husband belajar cara-cara nak bentukkan balloons tu dari Youtube jer. Setakat ni, dapatlah buat bentuk pedang, anjing, bunga. Saje suka-suka.

    Tapi balloon tu tak tahan lama, samaada pecah sendiri atau anak-anak yang pecahkan. Ok, inilah hasil gigih ayah untuk anak-anaknya. hehe



    Selamat mencuba :)


    Continue Reading

    Hari tu pergi buat Facial Treatment. Saje nak release stress sambil cantikkan kulit. Hehe. Eina memang suka buat facial. Dulu almost everymonth akan buat. Tapi since pregnant Mia, Eina stop sampai la sekarang. Hampir 2 tahun juga la. Maklumlah SAHM (Stay At Home Mom) mana ada masa nak pergi Spa atau Facial Treatment kan? Tempat Eina selalu buat facial pun dah bertukar staff dah.

    Problem kulit Eina ialah jenis kulit kering, kalau kurang minum air, sangat ketara rasa kasar kat bahagian muka & kaki. 2-3L air sehari tu wajib, kalau nak kulit sentiasa moist ok. Memang agak mencabar la nak minum air 2-3L sehari kan. Tapi percayalah air sangat penting untuk kulit sihat.

    Menurut beauty consultant di centre tersebut, jika air dalam tubuh badan kita mencukupi, masalah kulit akan mudah diatasi, even pigmentation juga boleh pudar tau. Yang penting konsisten ambil air secukupnya setiap hari, jaga pemakanan dgn kurangkan atau elakkan makanan jenis berminyak beserta penjagaan kulit yang rapi. Penjagaan kulit tu termasuklah membersih, melindungi, dan sebagainya

    Ok ini keperluan air dalam tubuh badan seseorang
    Keperluan Air Mengikut Berat Badan Seseorang
    Satu lagi problem Eina ialah lingkaran gelap bawah mata atau Eyebag. Utk kurangkan dan hilangkan masalah ini ialah mesti cukup tidur dan rehat. Bila cukup tidur, mata kita akan segar dan cantik. Sejak bersalinkan Mia, memang Eina selalu tak cukup tidur sebab Mia bangun menyusu malam 2 kali sampailah sekarang. 

    Apa yang Eina buat ialah rajin buat Masker Vitamin E untuk kurangkan Eyebag Eina. Bila rajin, inshaaAllah berkesan. Kulit pun jadi moist jer. Sesekali masker guna Vivix atau ESP. Memang best. Sekarang Eina start ambil Collagen semula. Set Kulit Cantik Shaklee yang lain Eina tetap ambil setiap hari. Sesekali nak manjakan diri pergi Spa atau Facial Treatment untuk cantik, tak salah kan. Untuk kepuasan diri dan of coz la untuk suami juga. Hehe

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus whatsapp Eina ok. Klik icon Whatsapp di sebelas kiri blog.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...
    • Impian Nak Ada Laman Rumah Besar dan Cantik
      Assalamualakum, hai semua. Semoga sihat-sihat selalu ok :)   Beberapa bulan lepas mentor Eina dalam bisnes Shaklee minta kami semua tuliskan...
    • Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri
      Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. S...
    • Kurus Dalam Masa 3 Bulan, Berat Turun Sebanyak 16kg
      Bukan senang tau nak turun berat badan dengan banyak dalam masa sebulan. Ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi terutamanya dalam pengamb...
    • Tips Kembalikan Kesegaran Kulit Kering
      Siapa sini mempunyai jenis kulit kering? Jemput baca tips di bawah ya. Tekstur kulit kering biasanya kasar dan nampak kusam. Lubang pori-por...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top