Tips Ceria dan Cergas Sepanjang Hari
11:01 PMMacam mana nak jadikan diri sentiasa ceria dan cergas sepanjang hari? Pasti akan ada satu-satu masa kita macam bad mood kan? Terutama bila terlalu letih. Eina nak share sedikit tips untuk kekal ceria dan cergas dari pagi hingga ke malam. Wahhhhh, boleh ke? Jom baca ;)
5 Minit Tertawa
Jangan memandang remeh tentang kekuatan ketawa. Ketawa juga salah satu bentuk senaman. Ketika anda sedang ketawa, oksigen akan masuk ke rongga mulut sekaligus meningkatkan pernafasan dan peredaran darah dalam tubuh. Dengan ketawa ia akan menyihatkan sistem jantung serta menjaga tekanan darah agar tidak meningkat. Tertawa selama 5 minit dengan lima kali sehari turut meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan tekanan.
Opsss jangan ketawa berlebihan pula ya, lain jadinya nanti. Hehe
Latihan Regangan Selama 10 Minit
Membantu meningkatkan kelenturan otot dan mengurangkan risiko kecederaan. Baik dilakukan selepas beraktiviti agar pemulihan otot lebih cepat dan mengelakkan kekejangan otot. Lakukan regangan selama 10 minit pada setiap hari. Lakukan di mana sahaja bila-bila masa.
Kalau anda bekerja di pejabat seharian mengadap komputer, sila lakukan latihan regangan ini. InshaaAllah stress pun akan hilang. :)
10 Minit Bermeditasi
Biarpun kelihatan mudah dan sederhana, meditasi amat baik untuk keseimbangan tubuh serta kesihatan mental. Meditasi melatih pernafasan dengan cara menarik dan menghembus secara perlahan-lahan dan teratur. Tubuh akan lebih segar dan fikiran akan lebih fokus. Meditasi selama 10 minit memberi manfaat sama dengan tidur nyenyak selama sejam.
Tapi kebanyakannya lebih memilih untuk tidur kan. :D
15 Minit Berjalan Kaki
Ambil masa selama 10-15 Minit. Naik turun tangga dan meletakkan kereta jauh dari tempat yang biasa anda letak merupakan dua cara mudah untuk anda menggunakan kaki untuk bergerak.
Haaa, kalau macam Eina duduk rumah ni, bukan 15 minit lagi dah. Duduk 15 minit, berjalan 30 minit. Siap berlari-lari anak dalam rumah ni. Haha.
Tidur Siang Selama 30 Minit
Membantu meningkatkan kesegaran tubuh serta ketajaman fikiran setelah bangkit daripada tidur. Walaupun singkat, tidur siang sangatlah bermanfaat kerana istirehat yang singkat mampu meningkatkan stamina yang sudah menurun pada waktu siang. Elakkan tidur siang yang berlebihan.
Eina sangat jarang dapat tidur siang, kadang tu curi masa juga nak tidur siang. Tapi baru je seminit tutup mata, ada dah yang panggil. Lastly tak dapat juga tidur. Heee
60 Minit Bermandikan Sinaran Matahari
Tubuh memerlukan vitamin D yang juga dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Namun, tubuh masih memerlukan bantuan sinaran matahari untuk memenuhi keperluan vitamin D yang mencukupi. Oleh itu, jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari dengan SPF 15 supaya kulit tidak mudah terbakar dan menyebabkan masalah berkaitan kulit contohnya kanser.
Ermm, sejak duduk rumah ni. Memang jarang sangat bermandikan sinaran matahari.
So, agak-agak boleh ikut tak tips ni, berkesan ke tips ni. Kalau nak tahu kesannya, cubalah ya. :)
Selain tips di atas, boleh juga amalkan tips dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah di bawah ni ya.
Oh ya, Shaklee juga ada sediakan minuman yang bantu kita ceria dan sergas sepanjang hari tau. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. Baca lanjut tentang Performance Drink di SINI
~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)