Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    kulit kering, cara atasi kulit kering


    Punca paling besar yang menyumbang kepada kulit kering adalah kurang pengambilan air kosong. Pengambilan air yang mencukupi sangat penting supaya kulit kekal terhidrat. Eina selalu alami kulit kering, bila kurang minum air kosong. Selain tu, kulit Eina akan jadi cepat kering jika terlampau lama atau selalu duduk dalam aircond. Memang terasa panas dan pedih-pedih je kulit muka ni.

    Jika kulit kering, masalah lain juga akan timbul seperti kulit kusam, sensitive, kulit kemerah-merahan, gatal-gatal dan sebagainya. Kulit juga akan terasa pedih bila terkena pancaran matahari. Antara penyebab lain yang boleh menjadikan kulit kering dan kusam adalah factor genetic atau keturunan. Selain daripada itu, kesan pengambilan ubat yang berlebihan dan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai juga salah satu factor penyebab kulit kering. Jika kurang pengambilan sayur dan buah-buahan juga, boleh menyebakan kulit kering menjadi kering. Kerana sayur dan buah-buahan kaya dengan vitamin B2 & E yang baik untuk kulit.

    Antara cara-cara mengatasi kulit kering

    Kerap Cuci Muka
    Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Anda perlu rajin membersihkan kulit yang kering agar tak tampak kusam. Cuba sesekali bersihkan muka dengan air sejuk/ais. Ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal. Boleh juga buat masker dari bahan semulajadi seperti labu, yogurt dan betik. Boleh cuba Masker dengan Vitamin E Shaklee

    Madu
    Madu juga bantu mengembalikan kelembapan kulit yang kering. Madu juga bantu mengatasi masalah bibir dan tumit yang kering pecah-pecah serta siku yang kasar.

    Mandi dengan Cepat
    Jangan mandi terlalu lama, sebab mandi terlalu lama juga membuat kulit semakin kering. Sebaiknya elakkan mandi dengan air panas, kerana ia akan membuatkan kulit semakin kering.

    Pelembap
    Amalkan penggunaan losyen/pelembap di seluruh tubuh selepas mandi. Terutamanya jika anda berada di bawah ‘Aircond’ sepanjang hari atau setiap hari. Dengan penggunaan pelembap, ia membantu mengekalkan kelembapan tubuh dalam jangka masa yang agak lama. Boleh juga menggunakan Minyak Vitamin E atau Baby oil agar kulit semakin lembap dan kenyal.

    Minyak Zaitun
    Selain menyihatkan tubuh, minyak zaitun juga berkhasiat untuk kecantikan. Sebab minyak zaitun membantu kulit kembali lebih lembap akibat kekeringan. Ambil 1 sudu minyak zaitun bersama 1/2 sudu cuka epal dan 1/2 sudu air kemudian sapukan di seluruh muka, pastikan permukaan muka dibasahi air terlebih dahulu.

    Makanan
    Selain merawat dari luaran, anda juga perlu menjaga pemakanan yang diambil. Sebaiknya nikmati makanan yang kaya dengan Vitamin A, B, C, E, dan mineral penting yang lain. Jangan lupa amalkan sayur dan buah-buahan yang tinggi kandungan airnya contohnya buah tembikai, tomato dan sebagainya.

    Minum Air
    Jangan malas minum air putih setiap hari seperti yang syorkan, iaitu lapan gelas sehari. Jika anda melakukan aktiviti yang lasak, bagi menjaga kelembapan kulit anda perlu mengambil lebih dari 8 gelas sehari.

    Moga bermanfaat :)

    Atasi Kulit Kering dengan Vitamin Shaklee

    Continue Reading

    Sarapan boleh menjadi masa makan yang agak sukar dijangka. Ada sesetengah yang tidak akan keluar selagi perut tidak diisi. Manakala yang lain pula langsung tiada selera atau masa untuk menjamah apa-apa. Namun ramai yang tahu pentingnya sarapan dalam diet seharian.

    Menurut Pakar Perunding Endokrinologi, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norlaila Mustafa, trend rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan pagi semakin merisaukan. “Tabiat meninggalkan sarapan menyebabkan paras insulin menjadi tinggi yang boleh mendedahkan tubuh terhadap risiko diabetes. Secara asasnya, pengambilan sarapan berfungsi menghindarkan kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu kemudian. Ini akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar sepatutnya dan membantu mengurangkan risiko obesity”

    Pengambilan sarapan pagi adalah lebih penting daripada makan tengahari. Diet pemakanan kita tidak akan lengkap sekiranya kita abaikan pengambilan sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita.

    Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti badan akan terasa lemah dan lesu.

    Konsentrasi anda juga mungkin akan terganggu. Selepas ‘berpuasa’ dari mengambil makanan ketika tidur malam, pada waktu pagi badan kita memerlukan makanan bagi membantu ‘boost up’ konsentrasi sewaktu bekerja dan sewaktu melakukan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong akan buatkan kita lapar dan hilang fokus.

    Sarapan pagi juga baik untuk kesihatan jantung. Orang dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang ‘fit’ dan sihat.

    Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat

    #1 Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam 9 pagi. Tiada istilah brunch.
    #2 Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan. Elakkan mengambil sarapan yang lewat
    #3 Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama
    #4 Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette
    #5 Elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa lapar
    #6 Banyakkan juga meminum air kosong setiap hari

    Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan pagi ia akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan abaikan sarapan pagi ya. :)

    Sarapan sihat bertenaga dengan Mighty Triple Gems

    ~~~~~
    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Hai, apa khabar semua hari ni? Harap semua sihat-sihat jer ya. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah & semoga hari ini lebih baik dari semalam. InshaaAllah


    Eina nak cerita sikit tentang "Weighing Scale" yang Eina baru beli dari Lazada last month. Harganya boleh tahan murah juga la. Biasanya kalau Digital Scale mesti mahal kan, Eina dapat beli dgn harga RM28 jer hari tu. Setakat hari ni kualiti agak terjamin :)

    Dah lama tak ada alat penimbang kat rumah ni. Jarang2 dapat timbang berat sendiri. Selalu dapat timbang berat anak-anak jer, sebab bila bawa anak-anak check-up, mesti kena ambil berat badan dulu kan. Hehe

    Sebenarnya husband yg suruh beli, sebab ramai tegur dia badan dah berisi. Haha. So kononnya, scale tu sebagai dia punya "push factor" la untuk maintain semula berat badan macam dulu. Sebab hari-hari boleh timbang berat badan kan. Tapi anak-anak pun ikut sama excited nak timbang setiap hari. Bukan si abang jer, si adik Mia pun pandai tau. Hehe

    Ok ini hasil timbangan Eina & Abg Ilham dua hari lepas. Berat Eina maintain sejak bersalinkan Mia setahun yg lalu, sekitar 41-43kg jer, terasa melayang-layang dah ni. Penangan menyusukan Mia & berkejar-kejaran dengan anak-anak kat rumah setiap hari. :)


    Berat Ilham pun susah nak naik, sebab dia seorang yg "Picky Eater". Tapi sejak beberapa bulan ni, nampak peningkatan. Konsisten bagi suplemen, selera makan dia pun bertambah, susu pun still minum. Selalu juga saiko dia, supaya dia berselera makan. Doktor pakar Ilham pernah cakap, budak umur 4 tahun macam Ilham ni, berat badannya cuma akan naik sekitar 1-3kg jer setahun (betulkan Eina kalau salah ya). Asalkan pertumbuhan lain dia mengikut graf dan sihat, itu dah kira okla. Alhamdulillah. :)

    Yg ni, berat adik Mia untuk hari ni. Ermm 8.8kg di umur 1 tahun 1 bulan 22 hari. Not bad. Hehe


    Banyak choice kat Lazada, bolehlah tengok-tengok kat link ni ya Tempered Glass Weighing Scale.

    ~~~~~
    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading



    TOKSIN merupakan bahan kimia yang diketahui mempunyai kesan berbahaya pada tubuh. Ia boleh didapati daripada makanan atau air, bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan makanan dan daripada udara yang kita sedut.

    Walaubagainanapun, badan kita boleh memproses sisa toksin ini melalui hati dan buah pinggang lalu menyingkirkannya dalam bentuk peluh, air kencing dan najis. Tetapi, dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal, minum alkohol berlebihan dan kurang tidur boleh membawa kepada kurang keberkesanan organ kita untuk menjalankan detoksifikasi secara semulajadi.

    Disebabkan itulah toksin terkumpul di dalam badan. Pada mulanya, ia meletakkan seseorang dalam status sub-sihat. Jika tahap toksik adalah lebih daripada tahap yang selamat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan.

    Berbeza dengan badan berasid, ia pula berlaku disebabkan fungsi yang dikurangkan dalam organ tertentu yang terlibat dalam proses homeostasis. Punca utama badan berasid lebih kepada corak pemakanan yang tidak seimbang.

    Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat pula merupakan antara penyumbang utama kepada keasidan di dalam badan.



    Antara Penyakit yang disebabkan Badan Berasid

    1. Kanser Sel
    Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser

    2. Kencing Manis
    Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.

    3. Penyakit Buah Pinggang
    Pengumpulan toksik berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang

    4. Darah Tinggi
    Toksik berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilaro darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

    5. Darah Rendah
    Toksik berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah

    6. Gout
    Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit

    7. Osteoporosis
    Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis

    8. Sembelit
    Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

    Tahukah Anda? Bahagian badan yang paling berasid adalah PERUT. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.

    Lebihan asid yang banyak tidak dapat di rembes oleh ginjal dan bertakung di dalam salut pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal di dalam salur percernaan.

    Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang dan menyebakan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.

    Jadi, jaga pemakanan kita dengan mengambil makanan seimbang ya, "We Are What We Eat". Singkirkan asid, seimbangkan pH. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ok. 

    ~~~~~
    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
    Continue Reading

    Lecithin merupakan campuran kompleks fosfolipid yang terdapat dalam sel-sel badan kita yang menyediakan manfaat kesihatan dari segi fizikal dan mental. Malah 30% daripada komposisi kering otak dan 20% daripada saraf anda adalah Lecithin.

    Lecithin melindungi sel-sel dan menguatkan struktur sel-sel dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan dan nutrient di dalam dan di luar sel-sel tubuh

    Lecithin sangat penting dalam :-

    ✔️ Meningkatkan fungsi kognitif


    Lecithin merupakan sumber yang kaya dengan kolina, ia ditukarkan menjadi asetilkolina. Sejenis bahan kimia dalam otak yang penting untuk kecergasan mental, tumpuan dan memori, jumlah asetilkolina yang mencukupi dapat mengekalkan tahap tumpuan, membantu meningkatkan memori dan membantu meningkatkan intelektual. Apabila tahap asetilkolina adalah rendah, ia boleh menjejaskan keupayaan untuk belajar dan mengingati maklumat.

    ✔️ Menggalakkan hati yang sihat
    Lecithin dipercayai dapat membantu hati dalam mempercepatkan aliran lemak dan kolesterol, mengurangkan pengumpulan lemak dan membantu dalam menghapuskan toksin berbahaya dalam badan. Fungsi hati yang terjejas boleh dikembalikan apabila diet kolina diberikan kepada individu yang tidak mempunyai kolina dalam diet mereka.

    ✔️ Membantu mengekalkan berat badan dan badan yang sihat


    Lecithin merupakan pengemulsian lemak yang membantu dalam memecahkan dan mencairkan lemak. Dengan ini, ia membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan berkesan apabila disokong dengan program senaman yang betul.

    ✔️ Membantu dalam peredaran darah yang sihat
    Lecithin membantu dalam mencegah pembentukan lemak pada dinding hati anda dan memecahkan deposit lemak dalam arteri dan otak. Dengan ini, ia mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular

    ✔️ Mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit


    Kepekatan asid lemak yang tinggi membolehkan lecithin mengekalkan kelembapan kulit dengan amat berkesan. Kulit anda menjadi lembab dan lembut

    ✔️ Membantu dalam meningkatkan penyerapan nutrien
    Lecithin membantu dalam meningkatkan penyerapan lemak larut seperti vitamin A, D, E dan K

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    siapa perlukan ESP SHAKLEE

    Assalamualaikum

    Banyak betul koleksi testimoni pengguna ESP nak share dengan semua. Macam-macam kesan positif boleh dapat hanya dengan ESP. Antaranya:-

    - Kulit semakin cerah
    - Kulit tidak kusam lagi
    - Jerawat sudah hilang
    - Parut pudar dan hilang
    - Susu bertambah
    - Susu lebih pekat
    - Badan semakin kurus
    - Gastrik dah tak ada
    - Rasa lebih bertenaga
    - Rasa kenyang lebih lama
    - Tiada lagi masalah selulit
    - Bacaan kolesterol, gula, darah tinggi kembali normal
    - Luka cepat sembuh
    - Kulit tidak kering
    - Kurangkan masalah alergi

    Ishhhh banyakkk lagi lah. Bila dah cuba, memang jatuh cinta terus.

    siapa perlukan esp shaklee

    Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

    Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

    Tubuh badan kita sangat memerlukan protein. Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.

    Ok, tunggu entry selanjutnya untuk koleksi testimoni ESP yang best-best ya. Eina dalam proses compile semua koleksi testimoni untuk anda.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee Melalui Blog
      Alhamdulillah, selesai sudah online kelas Superb Blogger Seminar 1.0 - Jana Income Shaklee dengan Blog hari ni. Sepatutnya kelas...
    • Senarai Harga Produk Shaklee Bermula Mei 2019
      Senarai harga Produk Shaklee SOLUTION SET Daily Essential Set - RM547.50   (Include ESP, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, B-Co...
    • Testimoni Set Resdung Shaklee
      Ada tak antara korang yang kerap bersin waktu pagi atau kerap gatal-gatal hidung dan sekitar mata atau mungkin ada masalah jerawat kat muka ...
    • Vitamin Shaklee Untuk Resdung
      Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung , juga ...
    • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.
      Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina a...

    Blog Archive

    • ▼  2025 (3)
      • ▼  Jun 2025 (2)
        • Hello! I'm Back
        • Apa Yang Ada Dalam ESP Anda?
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top