Cara-Cara Mengatasi Kulit Kering
11:13 PMPilihlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Anda perlu rajin membersihkan kulit yang kering agar tak tampak kusam. Cuba sesekali bersihkan muka dengan air sejuk/ais. Ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal. Boleh juga buat masker dari bahan semulajadi seperti labu, yogurt dan betik. Boleh cuba Masker dengan Vitamin E Shaklee
Madu juga bantu mengembalikan kelembapan kulit yang kering. Madu juga bantu mengatasi masalah bibir dan tumit yang kering pecah-pecah serta siku yang kasar.
Jangan mandi terlalu lama, sebab mandi terlalu lama juga membuat kulit semakin kering. Sebaiknya elakkan mandi dengan air panas, kerana ia akan membuatkan kulit semakin kering.
Amalkan penggunaan losyen/pelembap di seluruh tubuh selepas mandi. Terutamanya jika anda berada di bawah ‘Aircond’ sepanjang hari atau setiap hari. Dengan penggunaan pelembap, ia membantu mengekalkan kelembapan tubuh dalam jangka masa yang agak lama. Boleh juga menggunakan Minyak Vitamin E atau Baby oil agar kulit semakin lembap dan kenyal.
Selain merawat dari luaran, anda juga perlu menjaga pemakanan yang diambil. Sebaiknya nikmati makanan yang kaya dengan Vitamin A, B, C, E, dan mineral penting yang lain. Jangan lupa amalkan sayur dan buah-buahan yang tinggi kandungan airnya contohnya buah tembikai, tomato dan sebagainya.
Jangan malas minum air putih setiap hari seperti yang syorkan, iaitu lapan gelas sehari. Jika anda melakukan aktiviti yang lasak, bagi menjaga kelembapan kulit anda perlu mengambil lebih dari 8 gelas sehari.
Atasi Kulit Kering dengan Vitamin Shaklee
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)