Kepentingan Sarapan Pagi
3:47 PM
Sarapan boleh menjadi masa makan yang agak sukar dijangka.
Ada sesetengah yang tidak akan keluar selagi perut tidak diisi. Manakala yang
lain pula langsung tiada selera atau masa untuk menjamah apa-apa. Namun ramai
yang tahu pentingnya sarapan dalam diet seharian.
Menurut Pakar Perunding Endokrinologi, dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norlaila Mustafa, trend rakyat
Malaysia tidak mengambil sarapan pagi semakin merisaukan. “Tabiat meninggalkan
sarapan menyebabkan paras insulin menjadi tinggi yang boleh mendedahkan tubuh
terhadap risiko diabetes. Secara asasnya, pengambilan sarapan berfungsi
menghindarkan kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada
waktu kemudian. Ini akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar
sepatutnya dan membantu mengurangkan risiko obesity”
Pengambilan sarapan pagi adalah lebih penting daripada makan
tengahari. Diet pemakanan kita tidak akan lengkap sekiranya kita abaikan
pengambilan sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang
tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita.
Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu
tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda
juga akan lebih teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk
memulakan kerja atau aktiviti seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti
badan akan terasa lemah dan lesu.
Konsentrasi anda juga mungkin akan terganggu. Selepas ‘berpuasa’
dari mengambil makanan ketika tidur malam, pada waktu pagi badan kita
memerlukan makanan bagi membantu ‘boost up’ konsentrasi sewaktu bekerja dan
sewaktu melakukan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong akan buatkan
kita lapar dan hilang fokus.
Sarapan pagi juga baik untuk kesihatan jantung. Orang dewasa
dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat
kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko
besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti
roti memberikan anda tubuh yang ‘fit’ dan sihat.
Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat
#1 Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam
9 pagi. Tiada istilah brunch.
#2 Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan.
Elakkan mengambil sarapan yang lewat
#3 Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan
rasa lapar dalam tempoh yang lama
#4 Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin
dan lada benggala dalam omelette
#5 Elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti
donut dan muffin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa
lapar
#6 Banyakkan juga meminum air kosong setiap hari
Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk
mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat
berfungsi dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan pagi ia akan membuatkan badan
anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan
pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan abaikan sarapan pagi ya.
:)
~~~~~
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan.
Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari
artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda
mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda
digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk
mendapatkan rawatan susulan.”
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)