Cabaran Ketika Hamil

11:00 AM

Assalamualaikum

Anda sedang hamil? Mesti banyak cabaran yang anda hadapi kan?

Cabaran Ketika Hamil


Apa jua yang kita lalui pasti ada cabarannya, begitu  juga jika sedang hamil. Semua golongan wanita bergelar isteri pastinya seronok bila dapat tahu hamil. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Cepat atau lambat itu semua kerja Allah, ia dah tertulis untuk kita.

Sebelum hamil ada cabarannya sendiri apatah lagi jika sudah hamil. Eina sendiri pun pernah lalui pelbagai cabaran semasa hamil dulu. Setiap kehamilan, berbeza cabarannya.

Hamil anak pertama cabaran Eina morning sickness sepanjang trimester pertama (yg ni normal kan). Eina langsung tak boleh makan nasi, confirm keluar balik, just makan bihun jer, itupun lepas makan muntah semula juga 😁. Masuk trimester kedua, Eina kena cramp sebelah kaki sampaikan nak solat pun susah, menangis dibuatnya, nak tidur malam pun tak boleh salah pusing. Fuhhh memang mencabar. Masuk trimester ketiga, Eina selalu kena pedih ulu hati sampai nak bernafas pun tercungap-cungap. Allahuakbar ☺️. Masa ni, Eina tak kenal Shaklee lagi, hehe 🤭

Masa hamil anak kedua, Eina dah kenal Shaklee, tapi lain pula cabarannya 😊. Ishh panjang nak cerita, kena update entry lain nanti, hehe. Masa hamil anak ketiga 2 tahun lepas, lain juga cabarannya. Tapi since kenal Shaklee masa hamil anak kedua tu, Eina tak pernah kena lagi cramp kaki atau simpul biawak tu, pedih ulu hati pun tak ada. Nanti last entry Eina share vitamin-vitamin Shaklee yang Eina amalkan semasa hamil ya.

Ok, jom kita tengok cabaran-cabaran yang biasa ibu-ibu hamil hadapi

#1 Kekejangan Kaki

Cabaran Ketika Hamil


Haaa, yang ni la yang Eina hadapi masa 1st pregnant. Ia disebabkan berat badan berlebihan ataupun kekurangan nutrisi. Terlalu aktif pun salah satu penyebabnya. Kurang aktif pun boleh juga jadi penyebab kekejangan kaki ini. So amalkan tips seperti di dalam gambar ya.


#2 Berat Badan Berlebihan

Cabaran Ketika Hamil


Ini normal bagi semua ibu-ibu. Sememangnya berat ibu-ibu akan bertambah, tapi perlu jaga pemakanan tau, ada berat yang sepatutnya ibu-ibu perlu ikut sepanjang kehamilan. Sebab ia akan mempengaruhi kandungan kita. So tanya doktor anda okeh. Alhamdulillah, berat Eina ikut normal sepanjang kehamilan (Shaklee punya sebab juga ni, hehe)

Vitamin-Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil


#3 Keguguran Rambut

Cabaran Ketika Hamil


Untuk cabaran ini, Eina hadapi masa hamil anak ketiga. Memang banyak sangat rambut gugur. Masalah ni berlarutan hingga sekarang 😌. Pastikan anda ambil cukup nutrisi untuk elakkan masalah rambut gugur ni berlarutan ya. Antara vitamin penting untuk kekuatan rambut ialah protein, zat besi, biotin, vitamin B, vitamin C dan juga Zinc

Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil


#4 Perubahan Emosi

Cabaran Ketika Hamil


Haaa yang ni memang semua ibu-ibu akan hadapi. Emosi kita akan berubah-ubah sepanjang kehamilan. Antara faktor utama emosi kita berubah adalah disebabkan terlalu letih dan tak dapat rehat yang cukup. So, please make sure anda cukup tidur okeh. Then, lakukan aktiviti yang menenangkan fikiran, jangan stress tau. Untuk maintain emosi perlu ambil vitamin B, zat besi dan juga asid lemak.


#5 Jisim Tulang Berkurangan

Cabaran Ketika Hamil

Apa itu jisim tulang berkurangan? Semasa kita hamil, kebanyangan nutrisi dalam badan si ibu dan nutrisi yang kita ambil akan di serap pada kandungan kita. Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang cukup untuk perkembangan rangka tulang mereka, jadi bayi kita akan menyerap apa yang diperlukan dari tulang kita. Jadi, ibu-ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium. Jika si ibu tidak mendapat kalsium yang secukupnya, maka akan terjadi kekejangan kaki dan juga Osteoporosis. Jadi pastikan ambil Kalsium yang mencukupi ya.

Ostematrix - Sumber Kalsium Terbaik Untuk Ibu Hamil


#6 Mabuk Hamil

Cabaran Ketika Hamil

Cabaran mabuk hamil merupakan cabaran yang dilalui hampir semua ibu-ibu hamil terutamanya pada peringkat awal kehamilan atau pada akhir kehamilan. Tapi, ada juga yang mengalami mabuk hamil ni sepanjang kehamilan. Woww, memang mencabar. Pelbagai simptom mabuk hamil ni, seperti loya, muntah-muntah, sakit kepala dan macam-macam lagi. Cuba makan dengan kuantiti sedikit dan kerap, asalkan ada yang masuk ke dalam badan. Jika tidak, si ibu akan lemah dan tidak bertenaga. Boleh ambil Chewable-C Plus untuk dihisap bagi mengurangkan rasa loya.

Chewable-C Plus


Ok, ini merupakan cadangan Set Kehamilan yang Eina amalkan dulu

√ Vita-Lea Iron Formula
√ B-Complex
√ Vita-C
√ Ostematrix
√ Omegaguard
√ ESP
 

Sebarang pertanyaan mengenai vitamin-vitamin untuk kehamilan, boleh whatsapp Eina ok. :)

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)