Ulang Tahun Ke-4 Ilham di Hari Raya Haji
11:28 AM
Assalamualaikum
Lebih kurang seminggu juga Eina tak update blog ni. Agak sibuk dengan sambutan Hari Raya Haji di kampung. Mungkin agak terlambat juga nak ucap Salam Aidiladha pada semua. Hehe. Macam mana sambutan Aidiladha korang? Tahun ni Eina sambut di Johor, rumah mak abah Eina. :)
Walaupun tak ada buat ibadah korban, tapi sambutan raya tetap ada. Pada sebelah petang hari yg sama, kami buat Doa Selamat sikit sempena ulang tahun Ilham yg ke-4. Kebetulan birthday Ilham jatuh pada hari raya haji tahun ni. Tercapai juga hajat nak sambut birthday Ilham, walaupun serba sederhana. Yg penting Ilham seronok.
Alhamdulillah, besar dah anak bujang ibu. Syukur atas kurniaan Allah SWT yang sangat berharga untuk ibu dan ayah.
Ibu sayanggg sangat kat Ilham. Ibu doakan moga Ilham jadi anak yg soleh, baik budi pekerti, taat perintah Allah serta berbakti pada keluarga. Amiinnn Aamiinn Ya Rabbal Alaminnn.
Ok, itu jer untuk entry kali ni, tunggu next entry ya. Salam Aidiladha semua :)
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)