Cara Menghilangkan Masalah Sembelit

11:02 AM


Setiap kali nak buang air besar, pastinya kita rasa risau dan takut kan. Eina pernah rasa sakitnya sembelit masa trimester pertama pregnantkan Mia. Doktor bagi Eina ubat lembutkan najis yang dipanggil Duphalac

Alhamdulillah, ia selamat di ambil oleh ibu-ibu mengandung. Kalau nak cuba boleh tanya doktor anda ya. Tapi hanya untuk orang dewasa sahaja tau.

Eina nak share sumber semulajadi yang boleh kita gunakan untuk masalah sembelit. Caranya hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur anda.


#1 Minyak zaitun dan perahan jus lemon. Gabungkan bahan tersebut kemudian minum

#2 Ambil 1/4 sudu garam dan larutkan bersama setengah cawan air kemudian minum.



Apa kelebihan minyak zaitun, jus lemon dan garam ini.


#1 Lemon bersifat asid dan berupaya membantu melancarkan pencernaan dan mencairkan lemak-lemak. Berdasarkan kajian, lemon membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan berupaya menentang pelbagai jenis penyakit termasuklah selsema kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain itu, ia juga memiliki kemampuan luar biasa untuk membantu melancarkan pencernaan

#2 Minyak zaitun berfungsi meredakan keradangan pada usus. Kajian yang dijalankan di Universiti Oxford membuktikan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Mengambil minyak zaitun membantu melancarkan proses pencernaan anda.

#3 Garam. Kadangkala sembelit akan menjadi teruk disebabkan oleh sekatan kalori atau lemak sihat seperti lemak yang ditemui pada ikan, kekacang dan avokado. Pengambilan garam bertindak sebagai pelarut lemak dan kalori yang diambil setiap hari.


Atau apa kata anda cuba Shaklee Herblax, bukan sahaja masalah sembelit akan hilang, perut pun boleh kempis tau.

Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal membantu pergerakan semulajadi usus
untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas menangani kesulitan membuang air besar

Tidak seperti orang dewasa, bayi tidak digalakkan menggunakan kaedah yang sama. Jika bayi anda berusia dua atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar beberapa hari, cubalah petua ini. Layur daun kunyit di atas api sehingga layu. Kemudian letakkan daun kunyit tersebut di atas api sehingga layu. Lima minit kemudian lihat hasilnya! Selain itu, ambil secamca madu dan bancuh dengan segelas air kemudian beri anak anda minum. Siapa pernah cuba? Selamat mencuba!

~~~~~

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

You Might Also Like

2 comments

  1. hai
    artikel yang sangat bagus terus berjaya
    artikel yang sangat membantu
    kelebihan sirup duphalac

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)